Kerinduan yang tak pernah habis - Mekah dan Madinah

Bismillah.

"Amalan orang mukmin  
tidak terhenti pada bulan Ramadhan."
-Syeikh Sudais

Langit Mekah :)

Alhamdulillah, tak sangka Allah izinkan lagi. Menghabiskan baki Ramadhan 1440H yang tinggal dengan beribadah di dua Tanah Suci bersama ibu dan ayah.


Nikmat mana lagi yang ku dustakan.


Kalau orang dengar tujuan kami pergi umrah Ramadhan sehingga Syawal, mesti tidak mudah diterima semua orang, sama ada yang telah melaluinya atau tidak.

Ntah, tenang dan aman dengan suasana raya sini, jauh dari sifat bersolek, dan menunjuk-nunjuk pakai baju apa di hari raya - langsung tiada di sini.

Tetap hitam jugalah baju raya mak-mak arab ni. Seperti pakaian biasa mereka seharian, mungkin beli yang baru, tapi itulah, hitam. Yang dihias cantik adalah anak-anak kecil mereka. Macam pengantin.

Orang luar adalah juga yang bersolek-solek. Aduh, semoga mereka diberi hidayah.

Ahh. Kenapa terus cerita raya ni?  Masih dalam mood raya mungkin.

Arab sini cuti dia tiga hari.
1-3 Syawal.

-------

Aku tulis intro kat atas ni dah lama gais, hahaha.

Serius garang betul intro aku tuh. Rasa cam nak edit balik, tapi malas hahah.

Tajuk asal post aku yang  ni;
Umrah Ramadhan 15 hari terakhir + 3 hari Syawal 1440H.

Panjang tak panjang gaiss >.<

Jap, jap sebelum korang mula baca kemerepekan aku, apa kata tengok dulu video nih. Tekan sini. Nak bagi korang feel siket. Hahah.

Aku pergi haritu, 15 Ramadhan, so sekarang dah 13 Zulqaedah. Lebih kurang nak masuk dua bulan dah baru aku dapat tulis penuh cerita umrah kali ni :)

------

Ramadhan kali ni, tak pergi sebulan, sebab takde orang nak ganti kerja aku. Hahah.

Alhamdulillah la sepuluh akhir ramadhan cuti sekolah, dapatlah aku tunaikan hajat kedua ibubapaku, sementara mereka masih hidup, teman mereka beribadah umrah Ramadhan.

Kali ni, kami ke Madinah terlebih dahulu. Turun di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah, tapi kat Terminal Haji.

Disebabkan aku pergi dalam keadaan berpuasa, jadi kami kena berpuasa selama lebih kurang 17-18 jam ke 19 jam entah aku tak ingat tapi lebih laaa dari orang Malaysia sebab Mekkah lambat lima jam dari Malaysia.

Yang paling best ialah suasana dalam flight, jemaah dari Malaysia kebanyakkannya bawa mushaf Al-Quran sendiri okehhh, dan masing-masing baca Quran dalam flight termasuklah pramugari.
(Sorang je la yang aku nampak, waktu aku ke bahagian belakang kapal terbang sebab nak gi tandas hahah)

Memang suasana yang wowwww. Takleh nak gambarkan.

Aku pulak, macam biasa lah kena bawak jugak kan dua tiga buku paling kurang, jadi kali ni kat hand luggage aku bawak buku Menggapai Bintang tulisan Ustaz Syaari.

Sebab buku tu berkaitan dengan kisah-kisah dalam Al-Quran jadi, memang bertepatan lah en dengan bulan Ramadhan.

(sampai sekarang tak habis baca lagi buku tu sebab sayang, rasa cam nak baca lambat-lambat sebab nak bagi faham betul-betul kisah dalam Quran)

Lepastu aku ternampak ada jemaah depan aku ni, tapi dia bukan satu kumpulan pakej yang sama dengan aku la, pakcik ni dia tengah baca buku Kompas114. Wauu #Malaysiamembaca

Selepas 8 jam tidur, bangun,  baca Quran, baca buku; Alhamdulillah sampai.

Waktu tu baru lepas asar.

Aku agak kalau dah nak dekat 10 hari terakhir Ramadhan mesti airport kat Jeddah ni sesak dan sibuk. Biasanya Arab dari negara lain semua target nak datang Mekah time tuh.

Selepas beberapa jam naik bas menuju ke Madinah, (kali ni baru perasan Jeddah ke Madinah 6 jam perjalanan dengan menaiki bas, mungkin sebab tak sabar nak buka puasa kut hehe), kami berhenti di sebuah Masjid di mana aku tak ingat pun nama masjid tersebut tapi serius lawa dan bersihh, tandas dan tempat ambil wudhu perempuan dia dalam taman dipenuhi pokok-pokok ye gais.

Selalunya, umrah sebelum-sebelum ni memang aku takut sikit nak gi mana-mana bilik air sebab agak kurang bersih, tapi kali ni Alhamdulillah. Syabas untuk pihak Harmony Excellence Holidays.

Sampai je kat masjid tu memang dah azan maghrib, terus je lah kan makan sebab dah lama sangat berlapar dahaga.

-tapi sampai sekarang aku tak perasan yang aku puasa lebih 18jam haritu-



Sampai Madinah, 16 Ramadhan. Maksudnya dah lebih separuh Ramadhan. Masih tak ramai orang dan boleh aku katakan agak lengang jugak lah. Lengang tak lengang jugak lah bagi musim ramadhan.

Masuk Raudhah pun ..kali pertama Alhamdulillah dapat solat lama sedikit.. sebab giliran masuk last sekali.

Di Madinah, tiada apa sangat peristiwa yg berlaku. Aku ke Masjid sebelum Subuh sehinggalah habis terawih.

Sepanjang tempoh lima hari itu, aku berbuka dalam Masjid Nabawi. Urusan berbuka lebih tersusun di Madinah. Setiap orang akan mendapat sekeping roti, cheese, kurma, sebotol air dan Yogurt.Dalam satu plastik.

Rupanya kalau kat luar kawasan Masjid, iaitu di dataran Masjid Nabawi lebih meriah!

Ada nasi beriani, yang masih panas-panas lagi sebab diorang bawak sekali dengan periuk.

Kalau kita datang lewat ke Masjid, pasti ramai orang yang berebut-rebut mengajak kita makan makanan berbuka di tempat yang disediakan oleh mereka. Berebut nak bersedeqah dan dapat pahala!

Begitu pemurahnya mereka, subhanallah.

Tapi, aku tak pernah berbuka dekat luar. hehe. Sebabnya.... mak aku suka dapat solat maghrib dalam masjid, bukan di kawasan dataran masjid.. Dan di dalam Masjid, tak boleh bawa nasi, untuk menjamin kebersihan. Maka, siapa yang nak makan nasi, kena makan diluar.

Lagipun, bila dah keluar susah untuk mendapat tempat solat untuk isyak dan terawih. Kena berebut, tak elok lah pulak.

Alhamdulillah, kami tak rasa panas pun sepanjang di Madinah. Kerana zuhur asar kami tak keluar langsung dari masjid. Hanya untuk urusan ke tandas dan ambil air wudhuk.

Bahkan, dalam Masjid dilengkapi dengan pendingin hawa. Sejukk.

Hari kedua, kami cuba lagi untuk masuk ke Raudhah, Alhamdulilah dapat tetapi tak berkesempatan untuk solat. Orang dah mula ramai!

Hari terakhir, sebelum solat Jumaat, kami cuba masuk ke raudhah sebagai ziarah wida' selamat tinggal.

Rupanya, kalau bulan Ramadhan, hari Jumaat lagi penuh orang. Kerana, Arab Saudi cuti hari minggu pada hari Jumaat.

Jadi, tak dapat nak masuk, aku sekadar ziarah dan berdoa dari luar Maqam Nabi je.

ouh lupa pula, pada bulan Ramadhan, Raudhah dibuka untuk perempuan hanya pada waktu selepas subuh hingga sebelum zuhur, dan selepas terawih hingga sebelum subuh.

Tetapi, kalau 10 malam terakhir, hanya selepas subuh sahaja dibuka waktu ziarah untuk perempuan. Sebab lepas terawih ada qiyamullail.

Berbeza dengan bulan selain Ramadhan, waktu ziarah bagi perempuan ke Raudhah ialah selepas subuh, selepas zuhur dan selepas isyak.

ouh ya, di Masjid Nabawi ni kerap diadakan pengajian. Ada suatu kerusi khas untuk penceramah biasanya berdekatan dengan tiang.

Jadi, Alhamdulilah banyak input ilmu yang aku dapat. Antara tajuk tazkirah ialah, adab di Masjid Nabawi, kelebihan Masjid Nabawi, kelebihan Madinah, hukum-hakam berkaitan umrah, hadis qudsi dan sebagainya.

Selepas tazkirah biasanya akan diadakan sesi soal jawab.

Tapi, yang aku kagum nya, Ustazah-Ustazah ni semua nya melarang untuk kami record & ambil gambar.

Seolah-olah tak mahu dikenali.
Dan bukan polulariti yang mahu diraih.

Dan sebenarnya maruah diri mereka yang mereka sangat jaga. Tak mahu mana-mana lelaki ajnabi mendengar suara dan melihat mereka.

Ahhh. Cemburu betul aku. Sebab, mereka dapat tahan hawa nafsu seorang perempuan yang biasanya ingin dilihat dan dipuji orang ramai.

Lima hari di Madinah, puas betul aku rasa. Jarang dapat lama dekat Madinah.

Macam biasa, kalau kat Madinah akan ada ziarah luar ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Bukit Uhud.

Boleh baca kat sini lebih lanjut berkenaan Masjid Quba', jangan malas-malas ok.

Ada satu kejadian pelik jugaklah selepas aku solat sunat kat Masjid Quba'.

Aku pun keluar nak menuju semula ke bas.. Tetiba ada sorang mak Arab ni, dari segi pemakaian dia boleh agak yang dia tu dari Saudi.

Tetiba dia tanya aku, "Apa pendapat kau, adakah perempuan yang haidh dibenarkan masuk ke Masjid?"

ermm. aku terkedu jap. aku faham je perasaan dia sebab umrah yang dulu pun aku period so aku duduk je kat luar Masjid Quba' sambil tu berdoa lah kan.

Bila dia tengok aku senyap je.. dia cakap "ok, kalau solat, memang sepakat lah semua kata haram, tapi kalau masuk dalam masjid?" dia tanya lagi. hahah aduii.

Aku jawab je lah setakat yang aku tahu, Mazhab Syafie, tak boleh...

Yang peliknya dalam beratus manusia kat situ bolehla pulak dia tanya aku, ada nampak ciri-ciri ustazah sangat ke aku ni. dalam bahasa arab pulak tu. Baiklah dia cakap fushah.

Haa siapa yang pergi kat bukit Uhud jangan lupa singgah dan baca doa untuk para syuhada' Uhud, lepastu iktikaflepak kat Masjid Jamek Syuhada' kalau aku tak silap. Dekat je kat situ. Masjid tu baru dibina (aku pergi dua tahun lepas takde lagi, so maksudnya masjid tu dibina dalam masa setahun je?) lepastuuuu cantiiik sangat, dia punya tandas flush sendiri ok, hahah macam kat airport pulak dah.

Dah masuk masjid tu jangan lupa niat iktikaf pulak rugi je dah boleh dapat pahala kat situ.

Last day kat Madinah, 19 Ramadhan.

Menghampiri sepuluh malam terakhir.. Fuhhh memang ramaiii.
Hari Jumaat pulak tuh, aku sempat la merasa solat Jumaat kat Madinah sebab ada ruang khas perempuan kat Masjid Nabawi ni.

Tapi, sebab aku pergi lambat.. Ruang solat perempuan kat dalam dah penuh.

Itu lah kali pertama kami rasa solat pada waktu siang tengahari di luar (dataran). Panas okey, serius.

Ha, tu la selama ni solat kat dalam masjid yang dipenuhi aircond je kan, baru tau perasaan orang yang solat kat luar, macam mana kepanasan dia.

Lepas solat Asar, kami gerak balik ke hotel. untuk siap-siap tunggu bas.

---

Ahh, lagi satu, waktu aku pergi ni, kat Masjid Nabawi banyak betul belalang dengan cengkerik. Sampaikan kat dinding-dinding masjid dah jadi macam hiasan corak dah. Adeh.

Yang bestnya, Arab ni semua takut betul dengan serangga-serangga macamtu, habis dibunuhnya. Ya Allah. (ye lah belalang kunyit kut yang besarr tu, korang pun mesti ade yang takut jugak kan.. haha mengaku je lah)

Setakat yang aku tahu, takleh sengaja bunuh bintang kat Tanah Haram. huhu.

----------

Disebabkan kami bertolak ke Mekah selepas asar, maka kami terpaksa berbuka di pertengahan jalan. Sekali lagi, kami berhenti singgah di sebuah masjid, ada menyediakan makanan untuk orang berbuka, dan bersih ye tandasnya. Selesa la senang cerita.

Alhamdulillah.

Setelah 6 jam perjalanan (mungkin lebih sebab campur dengan masa berhenti) , Alhamdulillah sampai hotel Ajyad Qemma. Dekat je dengan masjid, 80meter gitu.

Selepas sahur kat hotel, terus ke Masjidil Haram untuk sempurnakan umrah.

Sempurna ibadah umrah yang pertama selepas subuh, Alhamdulillah.

-----

Kalau waktu ramadhan, memang kena pandai cari tempat solat yang selesa, takleh main solat je kat mana-mana tempat kosong lagi-lagi lah kalau perempuan.

Tau-tau nanti kena kena halau dengan polis/askar.

Kalau dua tahun lepas, aku sentiasa solat kat rooftop, sebab pergi selepas asar sampai laaa lepas subuh baru balik hotel. Zuhur asar solat kat hotel sebab dulu hotel aku agak jauh dan mak aku tak larat nak tempuh perjalanan panas terik tengahari.

 Suasana lepas subuh, memang kosong.
Aku pernah tertidur sampai pukul 8:30 pagi, orang dah tak ramai, tinggal pekerja je, terjaga dengan izin Allah, sebab cahaya matahari dah meninggi.

Salah satu sebab kat rooftop ni best, ade kanak-kanak tolong ambik kan air zamzam. Tapi tahun ni dah berkurang, kalau dua tahun lepas, tiap-tiap malam ada je budak-budak ni.

Rooftop memang panas kalau siang. Kalau panas sangat tuuu sampai malam boleh rasa bahang dia. Lantai pun panas tau. Kena bawak sejadah tebal.

Tapi, kali ni, bila aku pusing-pusing bahagian tingkat satu masjid, aku terjumpa tempat yang agak selesa, cuma dia jauh jugak la dari pintu masuk (Pintu Ajyaad)

Disebabkan hotel yang dekat dan aku dah jumpa tempat yang agak selesa untuk iktikaf, maka, aku dan mak aku pun pergi sebelum zuhur, stay masjid sampai lepas subuh esoknya.

Tengoklah, kalau larat balik, balik sekejap selepas terawih, lepastu datang balik untuk qiyamullail.

Beberapa hari yang awal memang aku tak naik kat rooftop padahal rindu sangat scenery langit subuh dan langit maghrib.

Hari yang ketiga kut kalau tak silap aku, selepas asar, aku gerak naik rooftop. Waktu ramadhan, kat rooftop ni pun penuh tau. Padat. Rooftop ni jugaklah tingkat yang terakhir untuk tutup kalau kau dah terlambat datang. itupun kalau tak penuh la. kalau dah penuh, pak guard tutup jugak, solat kat dataran masjid lah nama dia.

--------

Ada satu hari tu, aku solat zuhur dengan asar kat tingkat satu, tapi kat tempat ruang solat perempuan yang paling dekat dengan pintu. Dia punya sesak tuuu.. Tuhan je tau. Macam tak bernafas lagi la kalau duduk sebelah mak arab. Kerdil je kita ni.

Waktu nak solat asar, betul-betul sebelum nak iqamat, tetibe ade makcik kecoh-kecoh. Aku dah cuak.

Rupanya ada sorang makcik tua ni pengsan. Mungkin penat sangat, tak larat. Puasa en.
Alhamdulillah, kat Masjidil Haram ni memang diorang standby je bila emergency apa-apa. Yelah, yang datang pun ramai yang dah tua-tua kan.

Lepastu, maghrib dengan isyak terus aku pindah naik rooftop. Tak tahan kepadatan tuh.

-------

Beberapa hari lepastu, aku solat kat tingkat satu yang aku kata selesa sebab jauh dari pintu masuk tu, lepas habis maghrib, semua orang sambung makan makanan berbuka yang masih berbaki.
(sebab kat sini lepas azan maghrib, dalam 5-10minit terus iqamat dan solat maghrib, ye nak makan puas-puas lepas solat maghrib. berbuka dengan kurma dan air zam-zam je dulu)

Aku tak perasan pun sebab tengah syok makan roti kut. Ada sorang makcik tua Pakistan, satu saf dengan aku. Terbaring. Takde orang perasan dia. Masing-masing sibuk hal sendiri. huhu.

Sampai dah nak dekat isyak biasanya orang akan ramai datang, jadi biasanya orang yang tidur memang akan dikejutkan untuk penuhkan saf.

 Tapi, makcik Pakistan tadi tu, bila orang gerakkan dia, suruh dia bangun dia macam tak gerak.

Terbaring je lagi camtu.

Aku perasan pun bila ade sorang dari emergency centre datang. Aku macam huish apa terjadi.

Lepastu, datang pulak dua orang doktor dengan tong oksigen, aku cuak dah hidup lagi tak makcik tuuu.

Alhamdulillah, dia gerak-gerak lagi tapi sangat lemah, sampai kena angkat dengan stretcher.

Dan, dia sorang je, takde kengkawan mahupun ahli keluarga.

Memang pengalaman betul la, aku dah la minat bab-bab pertolongan cemas ni, sekali haaa kau nampak dua kali depan mata.

Waktu tu belum sampai ke malam 27 Ramadhan lagi, memang gigih la aku doa malam tu supaya panjangkan umur aku dan mak aku sampai malam 27. Sebab Arab ni memang yakin betul dia dengan Lailatulqadar malam tu.

Sekian cerita pengalaman dengan emergency case Masjidil Haram.
------

Sambung cerita hujan di Mekah.

Sebelum-sebelum ni aku ke Mekah, tak pernah lagi ada pengalaman berhujan lebat camnih.

Satu hari tu, nak gi solat asar kat Masjidil Haram, memang tengah hujan-kilat-petir tapi tak lebat sangat. Aku redah je sebab orang kata hujan rahmat en.

Hehe.

Kali ni, sebab kerap kali hujan antara lepas asar sampai la maghrib, maka aku pun tak selalu pegi rooftop.

Tapi, abah aku ada pengalaman berbuka sambil berhujan dekat rooftop, Arab semua rilek je baju diorang basah ke ape.

------

Malam ke 28 Ramadhan kalau aku tak silap, lepas asar memang hujan lebat dan kilat petir semua.

Sampai lepas berbuka masih hujan lagi.

Bila solat Maghrib, Syeikh Sudais jadi imam.

Dia baca ayat ni;


A024
Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):


Start je ayat tu aku dah macam fuhhhhh.

Memang feel betul sebab baru je buka puasa dengan kurma dan roti selepas berpuasa berjam-jam.

Sambung ayat kedua;

A025
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

Fuhh memang waktu tengah hujan lebat, boleh faham tak perasaan dia macam mana.

A026
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

A027
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,




A028
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,


A029
Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,


A030
Dan taman-taman yang menghijau subur,

A031
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, 


A032
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.


Aku rasa itulah solat maghrib aku yang paling khusyuk sekali waktu tu #doneriyak #riyakdetected

-------

29 Ramadhan.

Lepas tidur jap kat hotel lepas subuh, terus gerak ke Masjid sebab nak habiskan saki baki ramadhan dengan iktikaf kat Masjidil Haram, kalau esok raya, pahala dah tak sama dah sebab dah tak Ramadhan.

Huhu.

Aku dengan mak aku duduk kat saf paling hujung sebelah dinding. senang. privacy siket.

Tetibe ade makcik tua Turki, datang dengan roti seplastik besar, aku tak faham dia cakap apa sebab dalam bahasa Turki, tapi dari gaya dia cakap tu boleh faham la yang dia kata nak duduk kat tepi dinding, mungkin dah penat bawak roti tu jalan jauh-jauh. heheh.

Aku agak mesti dia nak sedeqah time nak buka nanti. Biasa memang camtu lah. Orang kat sini bawa banyak-banyak kurma, roti dan cheese sebab nak sedeqah kat orang time berbuka. So, jangan risau kalau korang takde makanan time berbuka mesti ade je Allah hantar orang untuk sedeqah kat kita, insyaAllah.

Walaupun kat hotel ade sediakan makanan untuk berbuka dan sahur, tapi aku jarang sangat lah sebab memang akan duduk kat Masjid, tak balik hotel, melainkan kalau abah aku tapaukan dan simpan dalam peti hehe.

Okey, sambung cerita makcik tua Turki tadi.

Dalam satu jam sebelum maghrib tu, makcik tu cakap lagi dengan aku gaya dia macam suruh aku yang tolong edarkan roti dengan cheese dia tuh.

Aku macam speechlees jugak, sebbnya aku memang nak je join orang yang tauzi3 (edarkan) makanan sebelum berbuka ni, tapi selalunya tak kesampaian.

Bila tengok budak-budak kat sini pun dah dilatih untuk bersedeqah, tolong edarkan makanan, volunteer diri masing-masing, memang Subhanallah sungguh.

Ha, sekali, hari terakhir Ramadhan ni memang Allah bagi betul lah.

Lain rupanya perasaan dia gais, kalau kita memberi nih.

Makcik Turki ni memang berterima kasih betul dekat aku dengan mak aku, siap bagi aku satu tupperware roti dengan cheese sekali sengan sebotol laban.

Nampak tak rezeki tu, bila kita memberi, Allah bagi lagi banyak.

Sekian cerita aku jadi orang yang tolong edarkan makanan walaupun bukan makanan aku, tolong edarkan jer.

Lepas maghrib tu, ada sorang akak Melayu ni tanya, raya esok ke lusa?

Tak tahu ok gais, time tu tak konfirm lagi, ayah aku kata, kalau dia azan isyak pukul 8:30 malam maksudnya esok raya, sebabnya, bulan Ramadhan musim panas, azan isyak akan dilewatkan setengah jam.

Tapi, kalau dia azan isyak pukul 9 seperti kebiasaan dalam bulan Ramadhan, maka, esok puasa lagi.

Tunggu punya tunggu, azan isyak pukul 9. Aku dah set mind okey esok puasa lagi satu hari.

Mak-mak arab pun tak kecoh gais, kalau dua tahun lepas tu, lepas maghrib je terus diorang kecoh esok raya, esok raya.

Aku pun ok je la, kalau tanya mak arab sebelah ni pun dia cakap tak tahu. Waktu ni lah nak pulun segala amalan kebaikan en, sebab kita tahu tak lama lagi nak berakhir dah ramadhan.

Sekali, lepas habis solat isyak yang diimamkan oleh Syeikh Sudais, terus je dia bagi ucapan.

Tahniah buat semua yang telah menepuh sebulan ramadhan dan telah sampai ke malam hari raya.

Okey, waktu tu jugak aku terus doa, Ya Allah sampaikan aku ke bulan Ramadhan tahun depan, jangan jadikan Ramadhan ini yang terakhir, izinkan aku dapat beribadah lagi dalam bulan Ramadhan kat tanah haram ni lagi.

Lepas isyak tu balik hotel, sebab biasanya pekerja-pekerja akan bersihkan kawasan perempuan untuk solat raya esok.

Bila balik hotel, sempat singgah kedai aiskrim hahaha selalu lalu je, mana nak sempatnya, siang puasa, so kira macam sambut malam raya dengan aiskrim.

Rupanya abang-abang aku dah kecoh dalam group telegram kata eh Mesir puasa lagi esok. Ahahah.

Mekah raya dulu okeh.

Kali ni, aku pergi solat raya awal sikit, pukul 2pagi lebih.

Alhamdulillah, dapat masuk dalam masjid, kalau dulu pergi pukul 3 pagi pintu dah tutup gais ahahah.

Aku, solat raya kat rooftop. Ramai betul orang, hampir je takde tempat aku nak solat subuh.

Lepas je solat raya, lengang okey kat masjid, sebab Arab-Arab dekat sini semua pulang ke kampung halaman masing-masing lepas solat raya.

-------------

Okey, sekarang ni aku nak cerita pengalaman pergi Thaif ke Thoif ke Taif eh eja dia. Tapi yang penting, طائف.  Di mana, aku rasa ini lah highlight post ni, hahah sebab pengalaman paling best dan memang aku tak akan lupakan.

Kitaorang pergi waktu tu 2 Syawal, kira cam #teamrayaTaif la gituu.

Untuk pengetahuan semua, ziarah ke Taif ni, tak semua pakej buat, sebab dia memerlukan masa dan perancangan yang teliti jugaklah, kena ada tourguide yang biasa pergi ke sana.

Aku tak tahu lah kalau pakej lain memang ada sertakan sekali bayaran termasuk ziarah ke Taif, tapi ziarah ni optional, tak semua orang diwajibkan pergi (haha ayat akuu apebendelah) 

Maksudnya, siapa nak ikut serta ziarah tu, kena tambah bayaran. haa gitu.


-------

Selama gi umrah sebelum-sebelum ni, memang aku tak pernah lagi pergi Taif, famili aku pun tak pernah lagi pergi, kira macam pengalaman pertama jugak lah.

Mekah ---> Thaif dalam 2jam lebih perjalanan dengan bas.

Rupanya Taif ni bandar macam Cameron Highlands lah kalau kat malaysia ni, tanah tinggi dan suhu yang agak sejuk sedikit berbanding di Mekah.

Ada satu masa tu kalau pergi waktu kabus memang sampai bas takleh pergi sebab tak nampak jalan. Haa tu yang kena ada tourguide yang bawa.

Apa pun, aku agak teruja lah untuk pergi, sebab kota ini terkenal dengan cerita nabi Muhammad pergi berdakwah dan dibaling dengan batu sehingga berdarah. Cerita tu tak pernah gagal untuk air mata aku mengalir walaupun dah banyak kali dengar. ok hiperbola nyer.

(Takleh bayangkan macam mana perjalanan yang berbukit bagai macam tu, tapi Nabi masih lagi bersabar dengan ummatnya.) :'( 

Secara umumnya, tempat yang aku ziarah bila sampai kota Taif ialah,

1) Pasar buah (memang banyak ada macam-macam buah tapi kena tengok kalau bukan musimnya, buah kat situ agak kurang segar, biasanya buah-buah tu dari Turki atau Mesir.)

2) Kilang Bunga Ros, paling best kat sini. Dia macam (memang pun bukan macam lagi dah) kilang minyak wangi, dia ada tunjuk cara dia buat minyak wangi dari bunga ros. Masuk je kilang terus bau wangi ye, siap dapat minum teh bunga ros lagi, kalau tengah musim berbunga kat situ memang penuh bunga ros.

Tapi, mahal la minyak wangi dia. (sila bawa duit banyak-banyak hehe)

3) Masjid Abdullah ibn Abbas. (sepupu Nabi Muhammad saw.) Masjid dia besar betul, tandas bersih dan lawa pulak tuu. Kitaorang solat zuhur dan asar kat sini.

4) Masjid-masjid yang lain yang ada cerita sejarah di situ, tapi kebanyakkannya tengok dari dalam bas je.

5) Makan nasi Arab kambing, (ni paling penting ye gais)
Paling best sebab makan dalam dulang jadi tak membazir, kalau tak habis tu, boleh tapau bawak balik.

Lepas asar, kitaorang gerak balik ke Mekah, target sempat solat Maghrib kat mekah lah.

Tapi...

Allah lebih tahu...

Dalam perjalanan balik tu, dalam beberapa kilometer lagi nak sampai ke Mekah, bas rosak ye, kena berhenti tepi jalan (tak kan lah tengah jalan pulak kan. ok lawak hambar) .

Waktu tu dah masuk waktu maghrib.

Sebab takut tak sempat, (tak pasti sampai bila bas boleh jalan/bas lain sampai) jadi jemaah kami pun ambil keputusan untuk solat tepi jalan, berbekalkan air mineral yang dibawa bekal untuk minum, kami berwudhu'.

Memang pengalaman yang Subhanallah, Allah je tahu. Dekat luar bas udara panas, dalam bas pun panas sebab penghawa dingin tak berfungsi.

Tapi, dalam hati aku bersyukur sangat yang Allah takdirkan bas kami ni rosak sewaktu perjalanan balik, dan sebenarnya tak jauh sangat dah pun nak sampai Mekah.

Beberapa jam jugaklah tunggu.

Akhirnya, bas lain sampai.

Waktu ni lah, ada satu peristiwa berlaku.

Setelah pastikan semua barang aku dah angkut, aku pun beratur lah nak turun bas untuk nak naik ke bas lagi satu yang baru sampai..

Aku pun acah-acah toleh ke tempat aku duduk takut ade lagi barang yang tercicir-takut tak perasan en.

Okey, konfirm takde. ceh padahal takdelah tengok betul-betul pun.

Sekali, pakcikmamat belakang aku ni cakap "eh, ni fon sape ni" (dan memang dia nampak pun aku tertoleh-toleh kat tempat duduk aku tadi)

"Kenapa awak tinggal fon awak, awak nak waqafkan ke?"

"Kalau nak waqaf boleh tinggalkan nota, tulis kat situ, boleh company guna.."

Haah, memang pun sengaja nak tinggal kat situ fon ni. Kah kah kah.

Aku dah cuak, haha memang aku punya pun, dalam hati duk pikir bila lah aku keluarkan fon dari bag aku nih. Baru teringat yang aku nak tengok jam tadi pukul berapa, dan seingat aku dah masukkan semula dah dalam bag.

Siapa yang tahu fon aku macam mana, oppo yang nipis hitammm tu je memang aku kat sini pun hairtu ade tertinggal kat surau masalahnya aku tak perasan langsung pun fon tu tertinggal, sebab nipis dan ringan sangat, kalau terjatuh dari bag mmenag tak perasan sangat. aduiii

Aku mampu ucap terima kasih je lah, padahal dalam hati, memang bersyukur gile, tak tahulah kalau Allah tak bagi balik fon aku tu macam mana.

Tamatlah cerita fon aku, yang mana aku rasa, kalau tertinggal pun pasti ade hikmahnya.

----------

Siapa yang pernah pergi umrah bulan ramadhan, pastinya tak nak dah pergi umrah selain Ramadhan.

Siapa yang pernah pergi umrah 10 akhir Ramadhan , mesti nak pergi sebluan.

Ni realiti ye gais.

Paling tidak 10 terakhir la, walaupun ramai, bersesak ke ape ke tetap nak pergi time tu jugak, aku doakan semua pembaca blog aku (bajetnya ade orang nak baca :P) yang belum diizinkan untuk menjadi tetamu Allah, semoga kalian akan sampai juga satu hari nanti sebagai tetamu Allah.

Wassalam,

aku coretkan sedikit pengalaman di sini, supaya tak lupa.

Haaa lagi satu, bila sampai malaysia, dah malam ke 4 hari raya, takdek orang ok, teksi pun takde, dah la sampai pukul 11:30malam, abang-abang aku semua beraya lagi.

Alhamdulillah ada grab. Hampir-hampir je nak tido kat hotel.

Tak tahula kalau sampai Malaysia 1 Syawal macam mana.

okeyh dah cukup sampai sini,

Wassalam kali kedua.


Comments

Popular Posts