Kongsi buku: Semusim di Barzakh - Hadi Fayyadh

Bismillah.




baik, tengok tajuk dah tau kan.

ulasan buku #2 iaitu Kerna Syurga Bukan Percuma, aku minta tangguh dulu. serius, sebab buku tu masih lagi belum ada di tangan aku. minta maaf sangat-sangat. tapi memang aku recommend korang baca laaa KSBP tu seriussss.

baik, cukup untuk meminta maaf atas post yang tertangguh.

terus pada post kali ini. pada asalnya, (cehh skema gile) memang malas nak buat ulasan buku, (boleh pulak malas dulu rajin sangat kan semangat berkobar, Lailaha illaAllahh.!) tapi atas kerana komen kawan aku kat insta, tanya berapa bintang aku bagi kat buku Semusim Di Barzakh, maka, alang-alang tu aku buatlah terus ulasan untuk Novel Penjara, takut nanti tertangguh pulak lagi.

jadi, asalnya macam tak berniat sangat nak beli dua-dua buku ni. memang lah excited, tengok buku baru publish (penjara tu la yg semusim di barzakh dh lama dah keluar cuma erm tak terdetik nak beli pulak)

****

"Kamu ada tak buku Semusim Di Barzakh?, Kawan kita kata best sangat buku tu. Popular lah."

Berkerut kening. Cuba nak ingat buku mana satu. Biasa dengar dah tajuk tu.

oooo. "Haaaa dah ingat! Novel yang siap masuk surat khabar kata ada bekas pelacur bertaubat selepas baca buku tu kan?"

haaa. tengoklah nanti macam manaa.
"Penulis diaaa..."

"Hadi Fayyadh!.."

haaaa

***

telefon yang mati bateri terus di cas.

bunyi mesej masuk bertalu-talu.

6 missed call?

pehal daaa dia ni?

mesej terus, "pehal call sampai 6 kali?"

tak lama lepas tu, "Assalamualaikum, weh aku kt kedai buku ni, nak aku belikan dulu tak buku Penjara."

aaaa.

"Boleh jugak, berapa harga?"

"RM30.."

"Kalau ada duit lebih beli sekali Semusim di Barzakh!.." 

"thanks"

****

dapat, terus balut, terus baca, sebab tahu ramai yang nak pinjam lepas ni.

****

jadi, aku ulas Novel Semusim di Barzakh dulu lah ye?



baik, pertama sekali, aku bukannya reti pun bab-bab bagi bintang ni. sebab lain orang lain cita rasa dia kan. jadi, apa kata untuk buku ni, anda baca sendiri, kemudian rate lah sendiri huhu. serius tak reti.

aku cuma boleh bagi pandangan aku je.

bila baca respon orang tentang buku ni, memang nampak buku ni sangat memberi kesan. 

bagi aku, novel ni memang luar biasa sikit lah. sebabnya, berdasarkan kisah benar yang bukan biasa-biasa punya kisah benar tau!

ini kisah benar tentang alam barzakh, yang mana tak akan ada orang yang pernah melaluinya dengan penuh detail melainkan orang yang dah melalui alam tersebut iaitu orang yang pergi tak kembali.

selain daripada hadis-hadis Nabi yang ada menceritakan perihal gambaran sebenar alam barzakh, buku ni menyebabkan iman anda terhadap alam barzakh semakin kuat in sya Allah. 

jika anda baca dengan mata hati..

saranan aku, baca waktu tengah malam, sorang-sorang untuk dapat feel. hayati setiap bait penulisan yang ditulis oleh penulis, dan cuba rasakan, yang ada dalam watak novel itu ialah anda sendiri. 

bayangkan jika anda sendiri yang kena azab siksa seperti apa yang diceritakan dalam novel tersebut.

kena paper cut sikit pun dah mengaduh sakitnya yang amat, apatah lagi siksaan alam barzakh.

Allah, lindungilah kami daripadanya!

saranan aku lagi, setiap kali anda terbaca gambaran siksaan-siksaan yang diceritakan, mohon istighfar dan selawat banyak-banyak dalam hati.

bait-bait penulisan dia kira tinggi jugaklah, memang guna bahasa melayu yang betul. 
sedap dibaca mudah difahami jika baca dengan teliti.

memang membuatkan diri kita terus insaf, sentiasa teringat akan hari akhirat, neraka dan sebagainya.

apa yang aku dapat dari buku ni salah satunya, ilmu tauhid kena mantap. Tauhid. Kalau rasa tk mantap gi cari guru cepat. Guru yang betul lah jangan nanti menuntut ilmu yang sesat pula. Na'uzubillahi minzalik.

novel ni tak setebal, yang aku sangka. tapi okeyh je just nice.

okey tu je kut aku rasa untuk novel ni. kut la kalau ada apa-apa soalan tentang buku ni, drop comment below. :P

jadi! jom pergi ke buku seterusnya. Iaitu, novel Penjara, penulis Najmi Fetih.

last, nak sahre satu link ni. moga bermanfaat.
tekan kat sini haaa semua baca sampai habis
wallahu'alam, semoga bermanfaat.


Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh maaaf terdelete komen sis. Siapa2 nak beli buku boleh tanya sis ni 👆🏼

      Delete

Post a Comment

Popular Posts