Kongsi buku : Izinkan Aku Mencari Tuhan - Aizuddin Hamid

Bismillah.

Alhamdulillah, dah 4 Ramadhan dah kita Allah panjangkan usia kita. Sudah termakbul doa kita supaya Allah panjangkan umur kita sampai ke bulan Ramadhan 1438H ini. Alhamdulillah. Mari lh kita gunakan peluang ini dengan sebaiknya.

Jadi, dah berapa juzu' semua orang? Ada yg dah khatam? MasyaAllah..

Teruskan. Masih belum terlambat lagi.

-------
Baik, mari teruskan sahaja kepada tajuk post kali ni (lel asal dah macam indon ni)

Macam biasa, aku kalau travel, lebih-lebih lagi kalau travel naik kapal terbang barang yg mesti dibawa dalam hand luggage ialah, Al-Quran (walaupun kapal terbang skrg banyak dah canggih, boleh dengar Quran melalui apps yang disediakan di screen tempat duduk, tapi aku lebih prefer mushaf Al-Quran sebagai peneman)

dan juga buku. Yes buku. Dalam kapal terbang tak sama dengan kereta jadi tak pening pun kalau baca buku dalam kapal terbang lagi-lagi perjalanan yang ambil masa berjam-jam tak kan nak hadap screen tengok cerita- ntah-hape-hape atau main game berjam-jam lamanya.

Jadi, aku selalu target, (selain target habiskan satu juzuk setiap kali perjalanan balik/pergi)  satu buku habis baca ketika perjalanan balik, dan satu buku habis ketika perjalanan pulang. (Pulang, ye)

Jadi, kali ni aku bawa dua buah buku yang agak santai. Novel. Ye, novel.

1) Diagnosis2 (tahu dah lama dah keluar bestseller 2014/5 kutt hahaha lambat betul baru nak baca tak up to date langsung)
2) Izinkan Aku mencari Tuhan (buku baru, sangat baru. 2017, time pbakl haritu.)

Jadi, memandangkan buku Izinkan Aku Mencari Tuhan ni baru lagi, dan aku rasa cam tak popular sangat lagi. Lel ikut sedap aku je kata buku ni tak popular (bestseller top10 kut kat Hijrahindie time pbakl!) , maka aku ambil keputusan nak review buku Ni je. Diagnosis2 taknak sebab diorang dah popular. Luls, diskriminasi betul. (Jangan marah tapi betul la mungkin dah ramai kut yg review buku Diagnosis2 sebab buku tu dah lama dah published.)

Mula-mula bila tahu yang buku baru penulis nak tulis ialah novel, aku teruja. Serius teruja sebab sebelum ni buku yang penulis tulis dengan Sentap Press ni buku motivasi, bukan novel. ; 1. Tamak pahala, 2. Lari dari neraka (terus terang tak beli pun lagi dua-dua ni) haha. Cuma sebab nak terjadi beli novel Izinkan Aku Mencari Tuhan ni ialah sebab dia buku baru kat pbakl, pastu dapat diskaun! Selalunya buku baru susah nak dapat diskaun kut! (Haaa nampak keterujaannya disitu)

---------
Ok, dah jom mula.

Tak tahu kenapa, tapi ramai orang cam tak berminat tengok cover depan mungkin agak sedikit malap, lantas terus judge kata yang buku ni cam tak best je. Oi agak ah. Ada seni tersendiri kat cover buku ni and memang kaitan sangat dengan cerita dalam.

gambar gugel. tetibe gambar yg upload tu hilang. nangis tak berlagu T.T



Tema novel ini ialah perubahan, tak kurang lebih sama tema dengan KSBP1 dan KSBP2. Tapi jalan cerita watak utama ni dapat hidayah lain sikit.
Asalnya dia bukanlah seorang yang teruk, tapi ada lah beberapa sebab (Kehadiran watak Rafi, Syamsul dan rumahtangga yang bagai neraka)yg menyebabkan dia melakukan perkara-perkara jahiliyyah.

Macam biasa, mesti ada seorang watak sampingan (Faizal) yang akan bantu watak utama (Malik) untuk berubah. Tapi, Malik tak endahkan Faizal ni walaupun pelbagai usaha dah dibuat. Hinggalah usaha yang terakhir (bagi hadiah buku tanpa pengetahuan Malik.)sesuatu menimpa Faizal.

Bila sambung belajar, Allah masih tak tinggalkan Malik keseorangan. Allah hadirkan Asyraf sebagai ganti kepada Faizal. Dan beberapa asbab lain (Kehadiran Kalai, dan buku Masih ada Syurga Buat Kita) yang menyebabkan Malik akhirnya sedar dan berubah.

Dan sebenarnya Asyraf ni bukan sebarangan orang! (Kena lah baca baru tahu! Hehe)

anddddd mula-mula tu dah agak camne jalan cerita dia sebab macam cliche jugak, sekali tengok, last-last gelak habis. Aduii. Pandai penulis menarik pembacanya supaya suruh sambung novel Izinkan Aku Mencari Tuhan 2.

Jalan cerita mudah, ringkas tapi setiap bab ade pengajaran yang boleh diambil.
Best.

Semua wajib baca lah.

Orang yang dah rasa diri tak buat dah perkara-perkara jahiliyyah lagi kena baca.

Wallahu'alam.

P/s : rating 4.5/5 kut(?) rate lah sendiri selepas anda baca. :) yang penting dapat manfaat.

Comments

  1. menariknya sis rasa tertarik! and last nak gitau cover buku tu lawa gila pls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi citer dia cam cliche sikit tak tahu lah sis suka tak

      Delete

Post a Comment

Popular Posts