Kongsi buku ; Ketika Hati Berfatwa - Serban Putih



Tajuk buku :Ketika Hati Berfatwa

Penulis : Serban Putih

Harga : RM25 (macam biasalah beli kat PBAKL dapat diskaun)

Ketebalan : 215+

Rate : 5/5
-------


Pertama sekali, jujur aku cakap aku tak kenal penulis, tak pernah baca buku-buku dia yang lain sebelum ni.

Aku terjumpa buku ni pun, sebab waktu tu beberapa minggu sebelum PBAKL2019, dekat instagram @whitecoat. Diorang kata kat booth diorang ada jual buku ni. Siap ada jual sekali penanda buku dia. (malangnya aku tak beli penanda buku tu.)

Bila first time aku ternampak tajuk buku ni aku macam wow, menarik! tajuk buku je dah menarik! Cover buku tak payah cerita lah kan. Memang lawa habisss.

Tajuk buku tu membuatkan aku terus teringat kepada satu hadis ni, dan mafhum dari hadis tu telah pun dijadikan sebuah nasyid oleh kumpulan Nowseeheart ft JayJay yang bertajuk Fatwa Hati.




Seorang lelaki bernama Wabishah bin Ma’bad r.h. datang berjumpa Nabi SAW. Belum sempat dia membuka mulut, Rasulullah SAW meneka,“Kamu hendak tanya tentang kebaikan?”

Terkejut Wabishah mendengar tepatnya sangkaan Nabi. Wabishah yakin, Nabi tidak mengetahui perkara mendatang (termasuk perkara ghaib) kecuali apa yang Allah beritahu kepadanya. Ini satu mu’jizat. Wabishah lantas mengiyakannya.“Benar!”

Baginda lalu menjelaskan satu ilmu yang sangat penting

 Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.” 
(Hadis hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).

Hadis yang lain daripada an-Nawas bin Sam’an diriwayatkan Muslim dalam al-Bir wa ash-shilah, bab Tafsir al-birr wa al-itsm. Nabi mengajar kita, 
“Kebaikan  adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya.”

Kredit blog Ustazah Fatimah Syarha.

-----

Jadi kuatnya aku nak beli buku ni, bila aku bukak instagram, selepas tu ada sorang ni buat story gambar satu muka surat dalam buku KHB ni.

Ayat dia macam.. pergh.

mula-mula je terus dah mula dengan ayat macam ni.. sape tak tertarik nak baca lebih kan..

Jadi, aku pun ambil keputusan untuk beli buku ni.

Alhamdulillah tak rugi pun beli.

Buku ni, ada bahagian cerita, ada bahagian puisi.

Bahagian pertama tu kisah pendek yang memang membuat kan aku muhasabah semula, kondisi hati aku, memanglah payah kan nak sama dengan ulama' dan orang soleh terdahulu, tapi paling tidak kita cuba.

Tapi memang Rasulullah dah sebut kan, hati ni seketul daging yang bila baik hati tu, maka baiklah seluruh jasad.

Sebab tu lah, ulama' dulu memang sangat mementingkan tentang hati.

Hati tu lah tempat yang Allah akan pandang dan nilai kita.

Aku belanja lah satu kisah.

huhu


Selepas kisah pendek, ada bahagian puisi pulak.

Bahagian puisi ni memang ya Allah...baca tiap-tiap hari pun tak jemu. Sebab kata-kata dia sangat dekat dengan hati.

Sangat banyak puisi yang best dan memberi kesan pada hati, tapi aku pilih yang ni ;


huaaa

Buku ni, ayat dia santai, senang faham.

Boleh baca waktu tengah nak rehat-rehat gitu.

Aku memang suka dan rekomen sangat.

Supaya dapat lah sama-sama kita perbaiki hati kita.

Macam biasa, buku ni ada beberapa muka surat yang semuanya hitam, dan ada quote kat situ contohnya macam nih;


alamak senget pulak. tapi ayat tu macam dalam hadis kan.

okeyh, aku rasa dah banya kut aku bagi spoiler kandungan buku ni.

Tapi, yang aku kongsi ni baru sikit je tau!

Korang kena dapatkan dan baca sampai habis.

Sebab best!

Wallahu'alam.



Comments

Popular Posts