One day one ayat :D

Bismillah.

Ya Allah!
17 Ramadhan sudah!

Adush!
Teruknya aku.
Tilawah ketinggalan.
Waktu terawih pun ngantuk tersengguk-sengguk.
Tak dapat nak tadabbur apa imam baca.

Haih.

-----------------

Adakah hati anda pernah berkata-kata seperti dialog di atas?
Kalau ada.
Jangan risau.
Anda tidak keseorangan.
Masih ramai lagi makhluk yang bernama manusia sepertia anda.

Dan yang paling penting tahniah!
Ya.
Tahniah sebab Allah hadirkan rasa bersalah itu pada diri anda!

Sila gembira siket.
Tapi.

Takde guna nya kalau persaan bersalah itu tak disertai dengan perubahan.
Betul tak?

Rilek. Rilek.

Start dari sekarang.

Istighfar dulu.
Kemudian ambil wudhu' dan mula buka Quran.

Baca dalam setengah jam.
Tak perlu kejar muka surat.

Yang penting ibadah yang anda lakukan dalam bulan Ramadhan ini pastikan juga anda lakukannya di LUAR bulan Ramadhan.

Supaya nak elak kan jadi adat.

Ibadat kepada adat.

Tak nak yang ituuuuuu.

Tapi kita nak ibadat kekal jadi ibadat! Hoyeah.

Kalau dalam bulan Ramadhan boleh khatam 1 hari 1 juzu',
Mengapa tidak di luar bulan Ramadhan.

Eh, derr.
Kan dalam Quran kata bulan Ramadhan ni bulan Quran?

Eh, itu tk bermakna anda perlu buka & baca Quran hanya di bulan Ramadhan sahaja.

Der, cuba baca ayat tu sampai habis.
Ayat yang sebut bulan Ramadhan diturunkan Quran tu.

----------------

Btw, banyaaaaaak sangat benda nak sahre dalam blog ni.
Terutamanya ilmu yang aku dapat dari tazkirah ramadhan.

InsyaAllah bila-bila kesempatan.

Cumanya, tahun ni aku bila tadarrus dengan budak-budak ke makcik-makcik ke diornag semua baca maksud ayat Quran tu.

So, agak beza la sikit dari tahun-tahun lepas. Memang rasa lain.

So, aku rasa aku nak kongsi satu ayat Quran setiap post yang aku rasa ayat tu perghhh best & mantap supaya sama-sma kita dapat faham apa isi dalam Quran, bukan setaka baca je okey?

So, ayat untuk petang ni.
17 Ramadhan 1436H

Holy Quran 10:61
------------------
وَمَا تَكُونُ فِى شَأْنٍ وَمَا تَتْلُوا۟ مِنْهُ مِن قُرْءَانٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَآ أَصْغَرَ مِن ذَٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرَ إِلَّا فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.

Wallahu'alam.







Comments

Popular Posts