Ni, siapa yang nak kena rotan ni?

Bismillah.

Kesinambungan post yang lepas.
tajuk post : Pukul berapa?

cari sendiri ah. Malas pulak nak bagi link :P
--------------------

Periksa akhir tahun tak lama lagi dah.

Sesibuk manapun seorang guru itu menyiapkan solan periksa, pastikan dia masuk mengajar dalam kelas,

Jangan sampai sibuk buat soalan, anak murid terbiar membazair masa mereka dan tak belajar.

Kalau dah besar bolehlah mereka belajar sendiri, itupun sedikit sangat.

Kerana hakikatnya bukan periksa itu yang penting, ia hanya menjadi sebahagian kayu ukur sebanyak mana dan sefokus mana kita terhadap sesi pengajaran oleh guru.

Yang penting, belajar.
Guru menyampaikan ilmu, murid menerima ilmu & aplikasikan dalam khidupan.

Periksa, 
bukan yang utama,
bukan Tuhan.

eh.

Kadang-kadang duk sibuk tanya bila periksa, tajuk mana yang masuk periksa, haa kat situ dah nampak dah yang kita belajar bukan kerana Allah kan.

tak sepenuhnya.
Kerana kalau kita betul-betul belajar kerana Allah,

kita takkesah pun tajuk apa yang masuk, semua tajuk dalam buku tu kita baca sebab nak ilmu!
kita tak rajin buat ibadat-ibadat waktu nak dekat periksa je, lepas periksa kut-kut solat fardhu pun ambil takkesah je.

Nauzubillah.

waktu nak periksa tak pentingkan ibadat sunat, sebab alasan takde masa! nak kena baca buku. padahal main handset lebih. Masa kita main handset tu boleh je dapat solat sunat dua rakaat lepas solat fardhu.

------------------------
Alhamdulillah, 
Sekolah aku, ada jugak ujian amali solat & wudhu'.
Pentingkan.

Sebab berapa ramai yang ambil ringan.
Dia ingat ilmu solat & wudhu' dia dah settle perfect sangat la.

Padahal ilmu dia setakat kafa darjah6 je.
Takda semangat nak belajar lagi mendalam ilmu tentang solat ni.

Berapa ramai yg tahu rukun qauli dalam solat ada berapa,
Boleh ke kalau nak berimamkan budak kecil berumur 10 tahun, dan sebagainya.

----------------------

"Okey, harini kita amali wudhu' & solat ye. Buka stokin dan tudung sorang-sorang Ustazah nak tengok dia ambil wudhu'.

Pelajar pertama.

"Bukak air slow je jangan kuat sangat nanti basah kain awak."

Paip air dipusingkan, supaya air yang keluar perlahan je.

"Bismillah".

Dia basuh tangan.

Pastu dia diam. Seakan berfikir.

"Eh cepat kenapa awak diam je teruskan ambil wudhu', membazir air tu nanti"

Dia sengih je.

Angkat kening. "Hah cepat. Membazir air tu.."

"Lepas tu apa Ustazah?"

"Berkumur.."

Markah untuk tertib dah siap sedia je nak ditolak 0.5 markah.

Lepas kumur dia terus basuh muka. Memang la basuh hidung tak wajib tapi aku perlu isi markah untuk basuh hidung.

"Awak dah basuh hidung ke belum?"

Geleng. Terus dia basuh hidung dia.

"Masukkan air dalam hidung, lepas tu hembus keluarkan balik."

Buat tapi tak sempurna.

Lepas basuh muka, dia terhenti lagi.

Pandang aku seakan berlaku silent dialog pulak,

Lepastu apa?

"Tangan hingga siku."

Markah tertib aku tolak lagi 0.5

Sampai akhir basuh kaki dia teragak-agak.
Seakan tidak biasa mengambil wudhu'.

Aku lama berfikir.
Otak aku penat, puas mencari jawapan mengapa murid berumur 9 tahun masih lagi teragak-agak untuk mengambil wudhu'. 

Seakan tidak hafal tertib anggota-anggota wudhu'.

Aku teringat, kalu Surah AlFatihah itu seakan sudah sebati dalam jiwa kerana kita ulang banyak kali setiap solat, seakan lancar sahaja di mulut.

Sama jugak dengan wudhu', kalau dah biasa dah dijadikan rutin in syaAllah tak lupa lah urutan anggota wudhu' tu.

Takkanlah, dia tak biasa ambil wudhu', dah darjah 3 kan. Dalam hati aku kata.

Aku panggil dia.

Dekat rumah awak solat tak?

Geleng.

Nak marah tak termarah.

Mak ayah tak marah?

Geleng.
"Masa bulan Ramadhan je mak marah.."

"Bulan Ramadhan je, awak puasa tak?"

"Puasa.."

"Kalau ikutkan awak tahun depan dah 10 tahun dah boleh kena rotan dah kalau tak solat, tapi sebab mak ayah kamu tak suruh....."

Terhenti ayat aku kat situ.

"Kat sekolah solat tak?."

Teragak-agak nak jawab.

"Eh waktu zuhur dengan asar mesti awak ada di sekolah kebangsaan kan?"

Angguk.

"Tak solat?"

Tak jawab senyum je.

"Habis sekolah pukul berapa?"

"6:30, 6:40 petang."

Tak sanggup dah nak tanya soalan lain.

"Subuh tadi solat tak?"

Geleng.

"Awak ganti solat subuh awak sekarang. Siapa yang ambil awak balik dari sekolah nanti?"

"Mak."

"Cakap kat mak, Ustazah nak jumpa sekejap nanti".

Angguk.

loceng bunyi tanda habis waktu persekolahan. 
Aku tunggu mak dia tak datang-datang pun.

Lain kali lah kut.

------------------

Rujuk kitab Alwafi, Syarah arba'in Imam Nawawi :
بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة
Pemisah antara seseorang dengan syirik & kekufuran adalah solat..
[Dikeluarkan oleh Muslim dan lainnya]

Tak takut ke.
Apa beza kita dengan orang kafir kalau kita tinggal solat?

Rujukan Buku Tarbiah Sentap m/s 138:
"Kedudukan solat di sisi Islam umpama kepala pada badan.."

Kalau hantu, takde kepala boleh je lagi terlompat-lompat terbang sana sini. Manusia?


Berbalik kepada tajuk dan post yang lepas.

Wallhu'alam.

Comments

  1. thanks remind lagi2 yg pasal pekse tu.Kadang mmg tersalah niat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts