Jaga tepi kiri kanan kain orang.

Bismillah.

Kalau dapat kawan jenis yang suka tegur kesalahan kita,
Kalau kita lalai leka dengan dunia sikit, terus dia tarik kita semula;

Ingat dunia ni sementara, akhirat yg kekal.

Kalau kita leka duk pegang henpon memanjang scroll fb, insta dan twitter;
Terus dia hulur Quran tanpa perlu cakap apa-apa.

Kalau kita keluar tak tutup aurat dengan SEMPURNA; kalau dia tak tegur direct, tapi kita boleh rasa yang dalam hati dia, dia tak suka cara berpakaian kita yang boleh menarik perhatian ajanabi,

Tolong jangan lepaskan kawan yang begini.
Tolong jangan menyampah dengan perangai dia yang tak habis-habis nak tegur kita, nak enjoy sikit pun tak boleh,
Tolong jangan cari kawan lain yang langsung tak mendekatkan kita pada Allah, malah lebih menjauhkan. 

Nauzubillah.
Kita punya Iman tak sentiasa tinggi, maka perlukan sokongan untuk Iman tu tak terus menerus turun.

Kerana kita tahu, sebab apa dia tegur,
Dia bukan sesaja tegur untuk tunjuk dia lebih baik,
Dia bukan sesaja tegur sebab dia benci kita,

Tapi, dia tegur kita.
Sebab dia sayang kita.


Sebab dia rasa kemanisan dalam setiap perkara yang dia buat,
Sebab dia tahu hidup kat dunia ni tak lama mana pun.
Sebab, dia tahu nanti diahadapan Allah dia kena soal kalau dia tak tegur kau,

Sebab dia nak masuk syurga sesama dengan kau.

Masih tak boleh terima dia?
Tak tahu nak cakap apa dah.

--------------------------------

Slow sangat kita ni dalam nak tegur kemungkaran, maksiat.
Al least kalau takleh nak tegur direct, tunjukkan yang kita tak suka dengan kesalahan yang dia buat dalam masa yang sama, muahasabah dan syukur sebab Allah tak takdirkan kau jadi begitu.

Masalahnya, orang-orang tua tak proaktif dalam menegur, mana lah orang muda nak tahu yang dia buat tu satu kesalahan, sebab benda tu benda biasa dah masyarakat buat.

---------------------------------

"Wehh.."

"Hurmmm?"

"Wehhhh.."

"Hurmm?"

"Malas lah aku nak layan kau ni, buat dengar tak dengar je.."

"Lahhhh merajuk pulakk, cakap je la aku dengar la ni, telinga aku berfungsi lagi ni.."

Dia alih posisi badan dari berbaring kepada duduk, mengahadap aku.

"Hah kenapa? Monyok semacam je muka. Ada masalah negara?"

"Banyak la kau punya masalah negara. Ni... aku.."

Dia buat muka suruh aku proceed.

"Aku rasa banyak bazir masa la scroll news feed fb dengan insta. Sekali bukak news feed tu memang jadi berjam-jam lah, plan asal sekadar nak tahu apa perkembangan je."

"Ouhhh apa masalahnya, selama aku kenal kau, kau kan follow page yang bermanfaat je kan takdelah yang lagho pun."

"Ye la, tapi kalau dah berjam-jam tu lalai lah tu, padahal banyak lagi kerja kita boleh buat time tu".

Aku pandang AlQuran atasa meja, agak-agak kalau satu jam boleh habis separuh juzu'.

"Macamni lah, kau kena set masa sebelum nak buka fb, insta tu. Sebelum buka, tengok jam. Pastu set la lagi lima minit kena stop."

"Rasa macam nak uninstall lah apps insta. Tapi.."

"Tapi.?"

"Takda kekuatan".

"Meh sini phone kau, biar aku tolong delete. Bila-bila kau rasa ada benda penting nak share kau install la balik app insta tu.."

Senyap. 

"Eh cepatlah kau ni. Nak betul-betul berubah ke nak taknak?"

"Eh macam pernah dengar je ayat kau tu."

"Ye la peminat nombor satu Tarbiah Sentap enn.."

Haha. Sengih.

Phone aku hulur.

Buatang uninstall app ditekan.

Phone diletakkan kat tangan aku semula.

Rasa legaa.....

Takyah dah sekejap-sekejap nak gi bukak insta. Nak tengok updates.

Bila-bila perlu nanti install la balik. Mudah je.

Aku pandan dia.

"Wehh. Terima kasih. Kalau aku teringat kau, aku mesti ingat satu ayat ni dalam Quran."

"Ayat manaa? Mana ada nama aku pun dalam Quran. Taklah sehebat Maryam bt. 'Imran."

"Merepeklah kau ni., Ayat ni haaa.(43:67)"




"Dann... Satu hadis Nabi ni"..




Wallahu'alam. 



Comments

Popular Posts