Allah 'Azza Wajalla.

Bismillah.

Kau rasa bila kau dah Islam, kau dah ada segalanya,
Kau rasa kau dah cukup segala ilmu di dada.
Sedangkan kita yang 'born as a Muslim' kadang-kadang ilmu agama itu kurang daripada orang Muallaf.

Mereka mencari.
Kita,
takde usaha nak mencari.

Malu.
Walaupun kita tahu,
Masih banyak lagi benda yang kita tak tahu.

-----------------------

Ayunan langkah kaki dipercepatkan.

Suara Ustaz dari corong pembesar suara kedengaran sayup-sayup.

"Allah, terlambat pulak ke kelas harini. Astaghfirullah."

Kaki melangkah masuk ke bangunan Surau yang ber'carpet' hijau dan berlangsir hijau.

Surau yang menjadi saksi tiap-tiap hari Rabu, sekempulan manusia hadir untuk saling ingat-mengingati tentang Allah & Islam.

Mata meliar laju mencari tempat kosong.

"Haa, situ."

Aku terus duduk, disebelah seorang Cina Muslim secara tak langsung aku terpandang tadi.

Belum sempat nak keluarkan buku dari dalam beg, satu suara menyapa.

"Assalamualaikum, sis. Lama tak jumpa."

Aish, ruginya dia yang bagi salam dulu, qudwah (contoh) aku, mana? Kata je orang Islam.

"Waalaikumussalam, ye ye." 

Perbualan terhenti di situ.
Hanya mampu senyum kerana aku nak fokus kepada apa yang disampaikan oleh Ustaz dihadapan.


"Agama itu jika dilihat dari segi luaran, dikenali sebagai Islam.. 

Ustaz dihadapan membaca isi penting di dalam Kitab Mastika Hadith.

"Sebagai contoh, mengucap dua kalimah syahadah, jelas dan nampak perbuatan seseorang itu. Solat, puasa dan mengeluarkan zakat juga begitu. Mengerjakan haji, kita dapat lihat secara jelas orang Islam pergi menunaikan haji.."

Huraian Ustaz yang membolehkan aku untuk lebih memahami ayat di dalam kitab tadi.

"Agama itu, jika dilihat dari segi dalaman, dikenali sebagai Imann..Percaya dan yakin kepada Allah, Rasul dan segla rukun Iman yang 6, tidak dapat dilihat dari luaran, percaya ini benda dalaman."

Tangan aku laju mencatit segala isi tambahan yang tidak ada dalam kitab..

"Tetapi Iman dan Islam itu tidak lengkap melainkan dengan adanya Ihsan...Inilah 3 rukun agama. Jika tiada salah satu, maka tidak lengkaplah rukun agamanya."

Betul. 
Kita kata, Islam ada di barat, nilai-nilai Islam itu ada di Jepun.

Tapi, setakat itu sahajalah. Mereka ada Ihsan, tetapi mereka tidak berIman dan tidak Islam, maka, sia-sia sahjalah.

Sampai pada satu ayat dalam kitab, Ustaz dihadapan baca,

"Ar-Rasul s.a.w menerima wahyu daripada Allah 'Azza Wajalla"

Sis Cina Muslim sebelah aku tu usik tangan aku perlahan, 

"Apa maksud 'Azza Wajalla?". sambil tangan dia tunjuk dekat ayat dalam kitab aku.

Terdiam jap.

Berdasarkan ilmu yang aku ada, 'Azza ni lebih kurang macam kemuliaan, kebanggaan lah kan. daripada perkataan عزّة ،عزّ  . 

*Kalau google translate kata Almighty.

Itu je lah yang aku tahu.

Aku toleh orang sebelah aku.

Melayu Muslim. Aku tanya soalan yang sama.

"Apa maksud 'Azza wajalla?"

Dia pun jawab sama macam aku. 

Okey, time tu speechless nya.

Baru perasan benda basic macamni pun, kalau orang tanya kita ragu-ragu.

Kemungkinan ada jugak Muslim yang tak tahu maksud صلّى الله عليه وسلم. 

"Aish, macam mana nak jawab kat sis sebelah ni."

Aku pun baca lah Bismillah. Bukan apa sebab takut beri jawapan yang salah.

"Lebih kurang maksud dia, Untuk menunjukkan keagungan, kemuliaan Allah. Anyway, nanti saya beritahu jawapan yang betul kalau saya dah tahu.Saya akan tanya yang lebih mengetahui."

Dia catit something kat kitab dia dan dia kata, "Okey."

Walaupun aku tahu dia tak puas hati sebab tak dapat jawapan yang tepat, dan jawapan itu tak dapat nak meyakinkan dia. 

Nak buat macam mana.

Sempat aku kata kat Sis Melayu Muslim sebelah aku, 

"Tak tercabar ke soalan dia tadi, rasa cam lain kali nak duduk sebelah dia lagi lah. Banyak lagi benda kita tak tahu sebenarnya tapi buat-buat tahu".

"Kita ni tak pernah nak tanya pun. Ikut flow je. Orang cakap camtu, camtu lah kita".

Balik tu aku mesej sorang Ustazah ni.

Tanya soalan tu.

"Allah bersifat dengan ketinggian dan kebesaran."


Wallahu'alam. 

Comments

Popular Posts