lessons #2

Melawat dua orang makcik yang sakit pada hari berlainan.

Namun 'ibrah yang aku dapat.
sama.

Seakan kebetulan pula.
Namun apa yang terlafaz dari mulut kedua-dua orang makcik itu bukan kebetulan,
tetapi telah ditakdirkan oleh Allah.

Supaya aku tidak mengendahkan kata-kata makcik itu begitu sahaja.

Dan sangat memeberi kesan dalam hatiku.

"Makcik rasa sedih, rasa terkilan sangat. Bila makcik sakit ni, makcik tak dapat nak bangun tahajjud."

ouch.
deep makcik.
berulang-ulang kali baca.

makcik, kalau makcik nak tahu, sebahagian muda mudi sekarang ni rasa suka/seronok kalau tak terjaga malam untuk tahajud,

maksud aku, tak rasa bersalah langsung kalau tak terbangun untuk tahajjud. yang tak berusaha ke arah itu pun ada makcik.

tears.
aku pun kalau tetibe terjaga eh, dh azan subuh.

and then tetibe, otak baru nak proses yang eh, tak tahajjud.
and, kita boleh tahu tahap mana kekesalan dan rasa bersalahnya kita bila tak bangun tahajjud tu.

aduiii.
mengambil semangat daripada dua orang makcik ini, 
namun, kudratnya tiada.

maka kita yang muda,
ketika kita masih punya segalanya,
kesihagan,
kekuatan tubuh badan,
masa lapang,
kelapangan.

mari. ambil pengajaran.
jangan hanya melihat, mendengar dan membaca.

.

Wallahu'alam.

    

Comments

Popular Posts