#JHBalkan - Day 1 & 2.

Bismillah.


"Kak Dijah kan selalu fly~"

Hahahah.

Tapi dalam hati, camne dia tahu. Macam tahu-tahu je aku nak fly lagi.
Padahal penat musafir Ramadhan + Aidilfitri kat Aqsa pun tak habis lagi.

Kah.

Bukti dia, post pasal Aqsa pun tak siap lagi gais.

#prayforme

Sori.

Sebab tetibe takde mood nak cerita sambung pasal #JHAqsa tu hahaha.

Syaiton betui.

Padahal cerita Aqsa lebih penting dan interesting.

#donePantun 

-------


So, basically, memang dah lama je plan gitu-gitu nak gi Bosnia.
Sebab kat situ ada kawan ayah aku, jumpa dan kenal kat UK dulu, waktu ayah aku belajar.

Dah alang-alang nak gi Bosnia tu why not kita travel je Balkan terus.

Selalu je en dengar orang gi travel Balkan. Padahal dulu takde sedikit pun ambil kesah pebende Balkan tu hahah.
(Mesti korang pun ramai je kan yang macam aku, first time dengar Balkan haha) 

--------

Dulu, aku ada tanya sorang kawan aku ni;

-Best tak gi Bosnia?

-Best bila tau sejarah dia

Dan aku pun berhuhu.

*teringat dulu pernah terjerit Jom Tido dalam kelas Sejarah*

Tapi takde lah tak suka Sejarah ok, suka je.

------

Jadi, kali ni aku pergi dengan FlyWorld Travel ntah jangan tanya kenapa sebab segala urusan ayah aku yang uruskan semua. 

Mungkin sebab tengok pada itinarary pakej tu.. dua malam kami akan berada di Sarajevo(baca: Sarayevo),Bosnia. So, mungkin lama la sikit masa nak ziarah kawan ayah aku, Pakcik Shukri.

Tapi, last minit, pakej ni cancel pulak, so satu malam je kitaorang kat Sarajevo.

------


So, basically, Balkan ni apaaaa?

Secara ringkasnya lah kan, Balkan ni beberapa buah negara (13 kalau tak silap) terletak atas sikit dari Turki, termasuk dalam benua Eropah, dan nama Balkan tu dapat dari nama pergunungan kat kawasan situ.

Tapi, bila kitaorang dah pergi, kitaorang buat konklusi yang diorang ni negara Eropah tapi tak pandai cakap English haha. 

Kebanyakkannya tak reti la.

Diorang ada bahasa sendiri.
Setiap negara tu pun kena guna bahasa inggeris untuk berkomunikasi antara mereka,

sebagai contoh, orang Albania nak bercakap dengan orang Bosnia, mereka perlu menggunakan bahasa inggeris.

Serius takleh nak paham bahasa diorang.

Melainkan tourguide la. 

Dengan Pakcik Shukri serta keluarga dia.

haa diorang pandai berbahasa Inggeris.
------



Jadi, aku punya pakej ni kembara Balkan 6+1 negara, 12 hari/9 malam.
 Boleh pilih, ade pakej yang 5 negara, ada yang 9 negara. Terpulanglah. 


+1 tu sebab.. sepatutnya kami balik dari Airport Zagreb tapi disebabkan tak dapat tiket,
 jadi kami kena balik dari Airport Ljubljana (baca:Lyublyana). Kira bonus satu negara la haa gitu.
(lihat peta untuk lebih faham)


Lebih kurang perjalanan aku;
ALBANIA -> MACEDONIA -> KOSOVO -> MONTENEGRO -> BOSNIA -> CRAOTIA -> SLOVENIA
(tapi setiap negara ni aku melawat beberapa bandar la)
----
(Kitaorang yang 6 negara ni pun dah rasa macam-what-hectic-nya perjalanan
-cuba bayangkan setiap malam tukar hotel gais-biasanya petang baru dapat masuk hotel baru -
 seharian berjalan-esok pukul 8 pagi kena siapkan bag untuk travel next negara/city)

#pengsan
---

Jemaah kumpulan kali ini ada 20+1 haha banyak betui +1 sebab abang aku join team kitaorang dekat Ataturk International Airport, Istanbul sebab dia dari Mesir.

Ada 7 orang bujangs 1 budak kecik takde la kecik mana dah sekolah rendah la, dan yang lain semua pakcik makcik la. 

----

Day 1 - Istanbul, Turki -> Tirana, Albania

Aku naik Turkish Airlines, so transit kat Istanbul 2 jam untuk solat subuh.
peh memang antara airlines yang aku suka la selain Saudi.

Saudi Airlines siap ada musolla boleh la nak berjemaah dan takde hidang arak.

Turkish punya menu sehat memang aku suka. Siap ada olive oil & homemade lemonade juice with mint. Peh

Ni breakfast, tu sour cherry juice sedappp
and roti dia memang panas baru keluar oven!

Comelll bila Turkish Airlines collab dengan Lego The Movie.
Kalau ade anak sedara aku ni mesti suka sangat diorang haha.

Siap bagi menu gais, and dapat lip balm!
haaha, sebab lip balm aku dah hilang. so excited betu la

----
Day 2 - Tirana, Albania -> Berat, Albania

Bertemu dengan abang aku kat Airport Istanbul, kemudian naik lagi satu flight untuk ke Tirana, (ibu negara Albania) dalam dua jam camtu.

*kalau nak lagi faham, boleh refer peta yang kat atas tu*

Setelah sampai, dibawa naik bas dan berjalan sekitar bandar Tirana, pertama kali jumpa dengan tourguide sepenuh masa, Gerry (selama 12 hari kitaorang bersama dengan dia je lah, sekali dengan pemandu bas, Pakcik Ghazi). Diorang dua ni Muslim, tapi sedihnya diorang ni tak solat. huhu.

(waktu ni sebenarnya penat kut, 12 jam perjalanan dalam kapal terbang, lepastu terus je berjalan dalam keadaan cuaca agak panas dan tak check in hotel pun lagi - maksudnya tak mandi lagi gais)

Gerry ni abang aku kata muka dia persis pemain tengah Croatia, Ante Rebic (ada la sama sikit hahah, tapi Gerry lagi hensem kut?)

So, aku kopipaste sikit tulisan abang aku kat sini :


Albania: Story Behind Bloodshed and a Double-Headed Eagle
(boleh google bendera negara Albania)



Mukaddimah

"Kau transit ke atau memang nak pergi Turki?", tanya pemandu teksi yang membawa saya ke airport.

"Transit. Lepas itu saya akan ke Albania".

"Albania, tempat kelahiran Ali Pasha, bapa kemodenan Mesir. Kau tau?"

"Saya kenal Ali Pasha tapi tak tau pula dia dari Albania".

Begitulah perbualan yang saya jangkakan hanya sekadar satu basa-basi yang basi, tetapi sebenarnya sangat berharga dalam jelajah saya ke negara Balkan ini.

Ali Pasha memang digembar-gemburkan sebagai hero Mesir kerana berjaya menanam jarum nationalisme dan menghasut Mesir supaya membebaskan diri daripada Kerajaan Uthmaniyyah. Tetapi sebenarnya mengikut Muhammad Qutb dalam tulisannya Hal Nahnu Muslimun, beliau adalah tali barut musuh dan dihantar untuk melemahkan Empayar Uthmaniyyah yang dilihat gah. Mustahil untuk dikalahkan kecuali dengan doktrin, phsyco war dan bantuan ummat Islam yang kurang bijak sendiri. Maka terjadilah apa yang yang telah berlaku dan sehingga kini, Ali Pasha diangkat sebagai hero dan diabadikan dalam bentuk sebuah monumen. 

Rupa-rupanya modus operandi tersebut bukan hanya direncanakan oleh musuh di Mesir sahaja. Malah sebenarnya disusun secara terancang di banyak negara. Termasuk negara yang saya ziarah ini.

Turun sahaja di airport Tirana, kami dibawa mengelilingi ibu negara Albania iaitu Tirana. Saya sangat kagum apabila tourguide kami bernama Gerry yang mukanya persis pemain tengah Croatia, Ante Rebic menerangkan falsafah di sebalik bendera Albania berwarna merah. Ia adalah simbolik pertumpahan darah rakyat Albania melawan penjajahan sepanjang sejarah. Tetapi apa yang berlaku selepas itu membuatkan saya mempertimbangkan semula perasaan kagum saya dan mengingatkan kembali saya kepada buku Arab pertama yang saya khatamkan di Mesir iaitu Hal Nahnu Muslimun tulisan Muhammad Qutb. 

Saya bahagikan kepada beberapa scene.

Scene 1

Setelah melawat beberapa bangunan, kami ditunjukkan kepada sebuah monumen berbentuk sebuah lelaki yang sedang menunggang kuda sambil mengangkat pedang. Sebijik macam monumen Ali Pasha di Mesir. 

"Ini ialah Scanderbeg, hero yang kami angkat. Sangat berani melawan penjajahan Uthmaniyah".  Saya berkerut memandang Gerry, tourguide kami. 

Dia sambung lagi dengan menceritakan sejarah Scanderbeg dengan penuh bangga. 

Katanya lagi, "tiada siapa yang berani melawan Uthmaniyyah sehinggalah Scanderbeg muncul. Beliau adalah anak kepada pemerintah Albania dan telah masuk Islam dan belajar ilmu ketenteraan dan kepimpinan di Turki. Beliau kembali semula ke Albania dan mengumpulkan pahlawan-pahlawan Albania yang berbaki, lalu memimpin satu kekuatan menentang penjajah Uthmaniyyah ketika itu dan menang". 


Monumen itu memang diletakkan di tengah dataran Tirana, tempat rakyat Albania akan berkumpul bila ada acara atau majlis peringkat negara. Konsert pun ada dibuat di sini. Bermakna Scanderbeg ini memang pujaan hati semua rakyat Albania.

(Waktu ni langsung takde mood nak ambil gambar kat situ - dahla tengah panas)

Sel otak saya bersambung dan teringat kisah Vlad the Impaler, atau Dracula yang melawan Al-Fateh. Sangat sebijik kisahnya. Ada juga persamaan dengan Ali Pasha dari segi penafsiran Uthmaniyah sebagai penjajah dan memperjuangkan pembebasan negara daripada kerajaan Empayar Uthmaniyah yang membawa kepada kelemahan empayar tersebut akhirnya menyaksikan kehancuran empayar khilafah terakhir yang melindungi ummat Islam.

Benarlah, siapa yang menang dialah yang akan menulis sejarah. Betapa bahayanya kecelaruan dalam salah memilih hero untuk diangkat sebagai tokoh yang akan dikenang sejarah. Seperti Turki yang sehingga kini menyanjung Al-Fateh disebabkan kehebatannya menyebarluaskan Empayar Uthmaniyah, tetapi dalam masa yang sama mengangkat Attaturk sebagai bapa pemodenan sedangkan Attaturk lah yang menjadi duri dalam daging khilafah Uthmaniyah dan silver bullet kepada musuh.

Scene 2

Saya sedih mengenangkan negara ini, 80% Muslim dan selebihnya majoriti Kristian. Tetapi sekarang sudah tiada beza. 2 hari saya di Albania, hanya 2 orang sahaja yang saya lihat memakai tudung. Literally 2 orang. 

Seorang pakcik yang menyertai rombongan ini pernah bertanya Gerry, 

"Here 80% Muslim but where are them? We can't see".
(stress sebab bila nak bagi salam, 
serba salah diorang ni Muslim ke tak)


Dia jawab, "They are Muslim, but not going to the mosque. Me myself don't going to the Mosque, don't pray. But we live here peacefully with the Christian, that doesn't matter at all. The bells ringing form the church and the imam singing, ath the end we are Albanian. That is what matter the most".

Scene 3

Kemudian kami ditunjukkan satu kubu bawah tanah (bunk) yang dibina ketika era komunis yang sekarang telah dijadikan muzium. Di dalamnya terdapat banyak gambar syuhada' yang telah terkorban ketika perjuangan menentang komunis. Ada yang memakai serban persis Asyahid Izzuddin Al-Qassam. 

Gerry menerangkan,

"They were the martyrs that fought the Communist. Some of them are imam and scholars. They fought for the country to be democratic".

Saya tersedak air liur sendiri. Agak-agaknya apa perasaan imam ini bila dikatakan mereka berperang untuk menegakkan negara demokratik?


"We the Albanians face difficult times during the Communist era. No religion, just the communist ideology. Every Muslims and Christians face difficulty to perform their religion. But we fought to the bloodshed until we won. That is us, Albanian. Even we were under Byzantine, Ottoman or Communist, we never lost our faith".

Kalau lah anda menolak ideologi komunis kerana kekejaman, kenapa anda masih boleh menerima Islam kalau benarlah Ottoman Empire itu benar2 suatu penjajahan?

Scene 4




Kemudian kami ditunjukkan sebuah menara jam dan sebuah masjid. Masjid tersebut buruk, tetapi menara tersebut nampak baru. Gerry menerangkan bahawa dua bangunan ini adalah mercu tanda identiti Albania setelah berjaya mengalahkan Komunis. Masyarakat Albania memberikan kepercayaan kepada Islam untuk memerintah.

Tetapi kenapa masjid tersebut nampak lama dan buruk seolah-olah tidak dijaga, tidak seperti menara jam. Lalu saya mampir kepada menara jam tersebut dan melihat lebih dekat. Rupa-rupanya pemulihan menara tersebut telah disumbangkan oleh kerajaan US. Patutlah Albania sekarang dalam kecelaruan identiti tetapi mereka tidak sedar.

Scene 5


Mak saya pernah berbual dengan seorang makcik tua.
(Waktu ni jemaah yang lain naik ke Istana lama, aku dengan mak aku tak naik sebab tinggi jadi, berbua lah kan namanya) 
Meskipun persis ayam dan itik, tetapi saya dapat menangkap maksud perbualan tersebut. Mak saya bertanya,

"Muslim?"

"No. No Christian, no Muslim, no Communist. Just Allah, Muhammad, Jesus, Moses".



(Dia nak cakap yang semua agama sama - percaya Tuhan yang sama,
 jadi takde beza pun, tak kisah lah orang tu Muslim atau tak. 
Berkerut jugak lah kening aku waktu ni)

Ni pemandangan dari atas istana

Scene 6

"The prime minister now, is he a muslim?"
"His mother is Christian, his father is Muslim. I think he is a Muslim. We didn't have issue on religion. We tolerate each other and co-exist. No problem".

Kubur pun campur antara kristian dengan Islam. Ada lambang salib dan juga ada lambang bulan bintang.

Konklusi

Ternyata musuh sekarang tidak perlukan peperangan untuk mengalahkan ummat Islam sepertimana mereka telah lakukan pada zaman sebelum ini. Mereka sudah menemui cara baru untuk menghilangkan identiti Islam dan Muslim. Tidakkah Albanians ini lupa bahawa mereka adalah sebahagian daripada tentera Mamluk yang menewaskan tentera Salib suatu masa dahulu? Jika benar Uthmaniyyah itu adalah satu bentuk penjajahan dengan kejam, bagaimana mereka masih kekal dengan agama Islam, malah ketika era komunis sebelum 1990, mereka tidak terima ideologi Komunis yang melawan agama?

Patutlah tokoh pemikir Islam seperti Al-Banna, Maududi dan Syed Qutb menghabiskan tenaga masa dalam usaha membetulkan kembali pemikiran ummat Islam yang sudah dikelabui terutamanya dalam aliran-aliran pemikiran seperti pelampau nasionalisme, komunisme dan liberalisme. Secara mental mereka telah jatuh ke dasar yang nampak agak mustahil untuk bangkit kembali kerana bagi mereka dasar itulah adalah kebebasan dan kehidupan yang sebenar. 

Moga-moga Malaysia tidak terjerumus ke dalam perancangan teliti musuh yang sangat mantap ini dan berterusan;

1. Tidak hilang identiti Islam.
2. Mengangkat tokoh penentang penjajah yang betul.
3. Mampu membezakan antara musuh dan rakan.
4. Tidak mudah teperdaya dan masuk dalam perangkap musuh.
5. Tidak menggunakan alasan membangunkan negara untuk mengorbankan prinsip-prinsip asas dalam Islam.
6. Jelas had toleransi antara penganut agama Islam dengan agama lain.


----

Haa tu lah serba sedikit coretan abang aku, tapi selepas beberapa hari, aku semakin faham kenapa masyarakat mereka begitu. (Sabar eh, nanti aku cerita - aku dapat jawapan ni bila aku ziarah Pakcik Shukri)

Lepas dah habis pusing kat bandar Tirana, kitaorang pun lunch kat salah sebuah restaurant kat situ, haa, walaupun restoran Halal, tapi tetap ada jual arak ; mungkin definisi halal mereka hanya pada makanan je kut, arak ni masih halal. Mungkin sebab zaman komunis dulu, jadi agak susah nak tinggalkan arak tu.

Sama je jugak macam kat Turki, tapi sekarang ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah.

Tour guide aku yang kat Turki dulu pun tak solat jugak, dengan alasan yang sama; sibuk bekerja, itupun mereka bawa kumpulan kami, orang Muslim. Jadi, tiap-tiap hari mesti akan singgah Masjid jugak kan.

Kitaorang solat, dia tunggu kat luar sambil cakap : Pray for me.

adui.

Yang Gerry ni duk tanya berapa lama kitaorang ambil masa untuk solat, 20 minit cukup tak. hahaha.

Gerry ni first time jadi tour guide jemaah Muslim. Tapi, dia punya baik hati tu, dia gembira sangat dapat bawak kitaorang gi Masjid untuk solat, dan dia gigih berusaha cari Masjid kat sekitar bandar-bandar yang kitaorang akan pergi.

Tapi bila dah 12 hari bersama kitaorang, dia dah faham dah. Paling lama pun setengah jam lah.

haa, kembali kepada cerita kat restoran yang kitaorang singgah makan tu.

Waktu makan tu, ada sorang makcik ni, dia yang pertama kali tegur aku dengan abang aku. Nama dia, Makcik Liza, dan dia cikgu ualls.

Soalan paling best yang dia tanya di mana, aku memang langsung tak sangka dia akan tanya soalan tu;

"Ni kakak ke adik?"

what.

Sebelum ni tade lagi la orang tanya camtu.

hahaha.

Aku nampak matang kan namanya kalau begitu.

----

haa makanan pulak, sama macam Turki.

Mula-mula dia akan hidang sup dan roti, kemudian salad sepinggan. Lepastu, baru nasi dan lauk. Nasi tu semangkuk kecik je tau.

Last sekali pencuci mulut sama ada ais krim atau manisan tradisional diorang.
-----

ouh haa sebelum tu, disebabkan negara ni, negara Eropah, jadi botol air amat penting ye jika anda mahu ke tandas awam. Kerana tidak ada hos paip air. 

Sekian cerita tentang tandas.

-----

Selepas lunch, gerak ke bandar yang seterusnya, Berat, Albania.

*boleh refer peta bawah ni*

Dalam dua jam lebih jugak perjalanan gais. Peh.

Kelakar en nama tempat Berat. Berat nanang. :P

Sebelum sampai hotel, singgah Masjid untuk solat. Sempat solat jemaah asar bersama dengan penduduk tempatan.

Kemudian, jalan-jalan di bandar Berat.

Melihat seni bina kawasan perumahan yang di 'design' oleh kerajaan zaman Uthmaniyyah, dipanggil sebagai Thounsand Windows kalau aku tak silap. Dan tak lupa juga semestinya, ada Masjid di sebelah kanan.


Masjid ni under construction selepas bertahun lamanya Masjid tidak dijaga,
 dan sekarang ni kerajaan Turki yang membiyai kos untuk baik pulih Masjid ini.
oh dan Gerry kata, Masjid kat sini kebanyakkannya takde kubah, sebab nak menjaga hati penganut agama lain.

Dan aku pun berhuhu. Like what????

Salib sebesar-besar alam kat Church tu takpe lak?

Taknak jaga hati orang Islam kerr.

Baik lah ada menara Masjid kalau tak takleh nak beza. huhu.


Dalam pukul 6:30petang, check in hotel dan dinner. (yas, dapat akhirnya baring atas katil dan mandi hahah)

Alhamdulillah, dapat view hotel lawa :]



Bismillahh..

8 pagi esok kena gerak ke Macedonia..


Gambar-gambar yang lain aku upload di insta ye :)


-----

Another day, tengah pening-pening lagi ni...



Comments

Popular Posts