Kembali, tak sampai setahun.

Tak sangka, doa umrah ramadhan yang lalu;
 termakbul - bila Allah izin jejak kaki kesini lagi,
 menatap Kaabah yang suci.

Semoga doa kali ini; moga bukan ini yang terakhir - termakbul juga.



Semuanya bermula dengan...



"Ustazah, minggu depan (which is minggu akhir kem hafazan) saya takde tau.."

"Awak takde? Pergi mana?" (haha sebab aku selalu fly kut so terus je eh soalan tu yang keluar)

"ermmm. Umrah. "

Hah? Nganga mulut.

"Bukan haritu baru gi ke..."

"Tu la.."


-------


Sebenarnya abah aku la ni yang nak gi sangat.

Alang-alang tuh, ajak sekali abang aku, Muhammad & kakak ipar aku, Kak Anis sementara baby dalam perut belum keluar, memandangkan Kak Anis tak pernah lagi jejak kaki ke Haramayn.

Samada nak gi Mesir, lawat abang aku atau kitaorang jumpe kat Mekah buat Umrah sesama.

Itu lah plan kitaorang.


------

Jadinya, bila abang aku dari Mesir, kena lah apply visa tourist sebab lebih mudah, tak perlu bawa passport pulang ke Malaysia macam visa umrah. Jadi lebih mudah ye.

Visa tourist ni valid setahun boleh banyak kali keluar masuk Saudi, sekali masuk tu paling lama 30 hari.

So, sesiapa yang memang plan nak gi Saudi banyak kali tu boleh apply visa touris, takde la setiap kali nak buat Umrah, kena apply visa Umrah banyak kali.

ok, sekian membebel tentang visa.


hahah.

Jadi, kitaorang pun cari lah pakej yang boleh buatkan visa tourist untuk abang & kakak ipar aku.

Cari punya cari, betul-betul lagi dua minggu dari tarikh penerbangan tu baru jumpa pakej yang boleh buat; cepat dan mudah. Alhamdulillah.

Tu yang pergi dengan Harmony Excellence Holidays jugak, kalau tak... nak gi dengan pakej lain atau nak pergi diy je.

Jalan pergi-balik hotel ke Masjidil Haram


Apa pun, Alhamdulillah.

Selamat pergi dan balik.

------

Waktu sampai kat KLiA, aku ternampak seorang Atuk ni, dia satu grup dengan aku, dia sorang je yang dah siap pakai ihram full, orang lain semua macam rilek je en. (abah aku tukar ihram dalam kapal terbang sikit je lagi kain ihram dah nak tertinggal kat KLiA)

Dalam hati aku cakap, semangat nya atuk nih.. MasyaAllah..

Lepastu aku tegur la sorang makcik yang duduk sebelah aku, rupanya dia tu isteri Atuk tadi.. Dia kata first time nak pegi Umrah, tu suami dia la tu yang dah siap pakai ihram..

Subhanallah, mereka dah la baru sampai naik bas dari Kelantan, nak naik flight 7 jam lagi ke Mekah..


Kakak ipar aku cerita, Atuk ni laju je waktu nak buat Sa'i..

Semoga Allah rahmati Atuk ni.

Comel je dalam bas otw ke Airport Jeddah, dia urut kaki isteri dia.

-----


Bagi aku, aku redho je bila dah sampai sana, dapat hotel apa - dekat ke jauh ke; itu semua rezeki. Makanan sedap ke tak sedap ke; kalau kat Tanah Haram; kena jaga mulut.

Mungkin sebab aku masih muda #perasanmuda jadi takdelah risau sangat ke ape en. Kuat lagi nak jalan jauh pun setakat ni. Alhamdulillah.

Cuma nasihat aku, kalau ade orang berumur yang dah lanjut usia ikut sekali. memang better ambil dan pilih pakej yang duduk hotel dekat dengan Masjid. Kalau boleh turun hotel masuk pintu 1, pintu King Abdul Aziz sebab pintu tu yang paling dekat dengan Ka'abah.

Kat Mekah, kalau hotel dekat - mahal.
Kalau hotel jauh - murah sikit

Kalau dapat hotel dekat tapi murah - tu maksudnya hotel lama tu. Kena redho lah kalau kelengkapan tak macam hotel 5 bintang. Gituh.

Mak aku kata, tak pa, hotel jauh sikit dapat pahala berjalan kaki ke Masjid lebih.

Semoga setiap langkah ke Masjid dikira pahalanya.
------

Pengalaman aku, setiap kali pergi, mesti berbeza. Takleh nak expect sama ya, setiap kali pergi, mesti dapat pengalaman yang berbeza.

Kali ni, aku pergi pertama kali dalam cuti sekolah akhir tahun dan musim sejuk ye. Selama ni pergi memang musim panas.

Tak sangka kat Madinah sejuk yang amat ye. (musim sejuk malam panjang, siang pendek huhu)

Kali ini, aku ke Mekah dulu.

Ujian kali ni adalah, sehari sebelum aku bertolak ke Mekah, aku period pulakk.

Untuk pengetahuan semua, kalau perempuan yang haidh bila nak masuk Mekkah masih tetap kena niat umrah ye bila sampai miqat (tempat niat nak buat umrah), kalau kita masuk Mekah (yang kali pertama tu) tak niat umrah, kena bayar dam.

Jadi, kena tunggu lah sampai haidh kering, baru mandi wajib dan buat tawaf, sa'i dan bertahallul. Dalam sepanjang masa haidh tu kena jaga ya pantang larang ihram semua :)

Kalau sampai hari yang dah nak balik masih tak kering haidh, bila bas dah berjalan meninggalkan kota Mekkah, kira dah terlepas la seorang perempuan tu daripada ihram.

Pengalaman la. gituh.

Kalau ada satu masa tu haidh korang kering, cepat-cepat mandi wajib dan terus gi tawaf. Yang penting habiskan tawaf tu. Sebab syarat sah tawaf adalah suci daripada hadas.

Jadinya, kalau korang sempat habiskan tawaf, lepastu haidh korang keluar semula, tak apa, teruskan sa'i, dan tahallul.

Tapi, kalau korang rasa haidh keluar waktu tawaf, haa waktu tu takleh la, kena balik hotel, dan tunggu haidh kering semula.

Ini apa yang aku belajar lah.

Kalau salah tolong tegur.

------

Kali ni, pergi sebab bukan bulan Ramadhan kan. Jadi aku rasa lapang betul kat Masjidil Haram nih. Kalau Ramadhan tu payah nak dapat boleh duduk lama bersantai depan Ka'abah. (mesti berebut bergaduh tempat duduk je dengan Mak Arab. haha)




Kali ni, Alhamdulillah, kalau waktu dhuha tu dalam pukul 7:30-8:30 pagi tu memang sikit je orang yang kat depan Ka'abah dan tawaf.

Untuk yang first timer, boleh la datang dalam bulan 12,1, atau bulan 2. Sebab cuaca pun nais je, tak panas sangat.

Kat Mekkah suhu dalam 23-30 darjah je.
Kat Madinah yang sejuk amat. Subuh boleh cecah 10 darjah, kalau zuhur tengah-tengah hari tu 17 darjah je. (sila bawa baju sejuk ye)


------

Lepastu boleh pulak kat Mekah ni aku duk satu hotel dengan Shamsul Ghau Ghau. Memang jumpa je lah kan selalu kat dewan makan hotel.

emm.

Tinggal lagi satu hari nak gerak ke Madinah, Isman Hijjaz pulak baru sampai, duk satu hotel dengan aku jugak.

Bila tengok ig; lahh, ramai ye ustaz-ustaz femes yang datang time nih cuma jumpa dengan tak je.

UNIC, Ustaz Amin haa semua lah.

Kawan aku kata dia nampak Caprice.


ok sekian cerita tentang artis hahah.


-------



Kat Madinah, kalau boleh, pilih hotel yang dekat dengan Raudhah ye. Sebab mudah la untuk kita yang perempuan nih, nak masuk Raudhah takyah jalan jauh sangat.

Pastikan pilih hotel yang kalau nak masuk Masjid Nabawi tu lalu pintu 23-29 haa gitu.

Ada satu pagi ni aku nak gi solat Subuh, hari first sampai tu memang aku rilek je ye, pakai dua lapis baju tanpa baju sejuk kat luar.

Hahah, beku ye kat luar tu sekali dengan anginnya. Dah la tu kalau dah lambat tak dapat nak masuk dalam Masjid sebab dah penuh.


Satu hari tu aku dapat la pergi Subuh awal sikit, on the way tu, ade sorang pakcik tukang sapu nih, dia baca ayat nih;

رب اشرح لي صدري

ويسرلي أمري

واحلل عقدة من لساني

يفقهوا قولي


Aku serius ingat dia tengah baca doa belajar yang kita selalu baca sebelum mula kelas agama tu tau.

Sekali dia sambung;

وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي
هَارُونَ أَخِي

Rupanya dia tengah menghafaz Surah Toha ye gais.

Jangan pandang rendah ye pada tukang sapu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bahkan mereka lagi beruntung ye, sebab dapat berkhidmat di kedua-dua Masjid yang sangat mulia.


--------

credit gambar : Nazira

Macam mana, air mata tak mengalir, kalau jasad kekasih bersemadi di sini :'

Kali ni, aku puas dapat duduk sekali dengar halaqah menghafaz kat Masjid Nabawi.

Pelbagai peringkat umur tau diorang ni hafaz quran, dari umur budak-budak tadika, sampai lah ke usia tua. Gigih menghafaz ye.

Yang mak-mak ada baby kecik pun gigih juga tau, takde alasan ye untuk tak menghafaz quran.

-------

view dari Hotel Nazira duduk. Yes tu bukit Uhud

Fakta yang aku baru tahu ialah, negeri Madinah yang asal pada zaman Rasulullah hanyalah sebesar pagar luar Masjid Nabawi yang sekarang ni je.

Nak katanya dulu Madinha tu kecik je sangat,

Dan rumah sahabat-sahabat banyak nya antara raudhah dengan perkuburan Baqi' tu je.

Sebab tu kalau kita baca Sirah Nabi, peperangan Uhud berlaku di luar Madinah, hasil mesyuarat Nabi dengan para sahabat, walaupun sebenarnya Nabi nak umat Islam bertahan dalam Madinah je.

Tapi kalau pergi sana, kita tengok bukit Uhud tu dekat je dengan Masjid Nabawi, kalau duk hotel tu boleh nampak view bukit Uhud.

So maksudnya, kalau sekarang ni kira Uhud tu berada dalam kota Madinah la kan.

Tapi rupanya bandar Madinah dulu zaman Rasulullah kecik je, sebesar kawasan dataran Masjid Nabawi yang dipagar.

kredit cerita : Abang Aku

------

Waktu pergi Uhud, mutawwif aku ni sampai menangis kut waktu dia cerita tentang peperangan Uhud dan pengorbanan para sahabat.

First time lah aku betul-betul menghayati, dan mengalir lah jugak air mata aku.

Mengenangkan tapak-tapak yang kita pijak tu disitu lah peperangan berlaku, membayangkan darah para syuhada' mengalir.

Waktu kat perkuburan syuhada' Uhud pun aku menangis.

Kalau tak kerana pengorbanan mereka berjuang berjihad di jalan Allah, mungkin Islam tak sampai pada kita. :'


yang bukit ada orang panjat tu Bukit Pemanah (kisah paling syahdu kalau baca)
 belakang tu Masjid Jamek Syuhada', belakang Masjid tu lah Bukit Uhud

ni Masjid Jamek Syuhada' tu. Kredit gambar : Nazira

-----

Last sekali, aku nak cerita tentang raudhah.

Ye, raudhah.

Taman syurga yang disebutkan dalam hadis Nabi.

Biasa kalau kita dengar cerita memang payah sangat nak masuk dengan kena berebutnya.

Kali ni, aku nak cerita pengalaman kali ni lah, pengalaman yang sebelum ni jadi kenangan je lah lagi-lagi waktu bulan ramadhan. Hahah. Paling tak boleh dilupakan. Dia punya ramainya ummat Nabi Muhammad, masyaAllah.

Kali ni, sebab aku punya hotel jauh dari pintu nak masuk ke Raudhah, jadi hari last baru aku ada masa untuk pergi, sebelum tu aku hanya ziarah maqam Rasulullah dari luar sahaja.

Pagi subuh tu, aku dah buat solat hajat, sebab orang kata macam tu lah kita minta bersungguh-sungguh dengan Allah supaya permudahkan.

Kitaorang diarahkan untuk kumpul dekat lobi hotel untuk gerak pulang ke airport dalam pukul 10 pagi tau. Cuba lah bayangkan.

Jadi, pagi tu memang aku doa sungguh-sungguh kat Allah, supaya permudahkan urusan aku dan keluarga untuk ke Raudhah.

Lepas Subuh, aku balik hotel cepat-cepat (ceh padahal sempat la shopping barang dalam setengah jam), sarapan sekejap je lapik perut, lepastu mandi, siap-siap wangi semua, sebab nak jumpa kekasih en, Rasulullah.

Dalam 8:15 kitaorg gerak dari hotel, sampai kat pintu 23 untuk masuk ke Raudhah tu dalam 8:30 macam tu, kitaorang gerak slow-slow sebab mak aku dah agak tua dan kakak aku mengandung (tapi naik wheelchair lah kan laju siket)

Nak kata memang rezeki betul, beberapa minit lepas aku sampai kat dalam tu, terus je pintu untuk masuk ke depan tu dibuka. Ya Allah rasa macam tak percaya.

Lepas dah masuk tu aku tak ikut line ibuk ibuk Malaysia dan Indonesia.

Hahah

Sebenarnya aku tersalah masuk line orang yang naik wheelchair.

Tapi, hikmah dia, aku dapat terus keluar ke depan sekatan betul-betul sebelum nak masuk Raudhah.


Depan ni ha, sepatutnya sebelum sampai sini, ade lagi satu sekatan kena tunggu ikut kumpulan ibuk ibuk.

Tapi, kat sini je memang dah dekat sangat dah dengan Maqam Nabi.

Dan akhirnya, air mata mengalir laju gila kat sini.

Nabi kata, kan, kalau ziarah waktu baginda dah wafat sama seperti ziarah baginda ketika baginda masih hidup.

Siapa tak nangis weyh.
Aura dia lain macamm, bukan 18, 19 kali,
 tapi tiap-tiap kali masuk tu memang rasa macam Rasulullah hidup. 


Aku tunggu depan ni pun tak lama sangat.

Sebelum pukul 9 dah dapat masuk. (sempat lagi tengok jam) hahah

Awal-awal masuk tu memang berebut lah.

Tips dia duk kat tiang, jadi kalau orang himpit ke ape takde la sesak sangat sebab ada tiang support kita.

Alhamdulillah. Dapat solat lama sangat dekat Raudhah.

Ada makcik Arab ni, dia solat banyak rakaat sebab spot dia dapat betul-betul kat tiang.

Siapa yang tak menangis masuk raudhah, sila lah paksa diri untuk menangis, dan cek balik hati tu.

9:30 kitaorang keluar dan betul-betul tepat sampai hotel pukul 10.

Memang rasa Allah permudahkan sangat sangat sangat

Key dia; doa lepastu kena yakin gila dengan doa kau tuh.

------

okey, habis dah cerita aku.

Aku nak cerita pasal kawan aku nih, Nazira.

Haha.

Femes dia ye.

Aku ingat lagi, awal tahun 2019, dia bagitahu kat aku; "kita nak gi umrah hujung tahun satu family"

Waktu tu memang aku teruja sangat sebab dia gi first time dan dapat pergi satu famili.

Rupanya, aku pergi lebih kurang sama waktu dengan dia, cumanya takde rezeki nak jumpa kat Haramayn, sebab dia pergi beberapa hari awal sebelum aku dan dia pergi Madinah dulu.

Kitaorang plan nak jumpa kat Mekah, siap dah set dah tempat nak jumpa; iaitu - kat tandas ye hahahah.

Senang en, sebab tandas tu besar dan semua maklum dah tandas kat mana. Cumanya kalau sorang tunggu kat dalam tandas memang tak jumpa la sebab bawah tu ade berapa banyak pintu tandas >,<

Tapi, tu lah takde rezeki nak jumpa, takde rezeki aku nak bawak dia jenjalan explore dekat-dekat Masjidil Haram. Tak de rezeki jugak nak belanja dia aiskrim sebab hotel aku kat Mekah depan kedai aiskrim.

Walaupun dia first time pergi, tapi Allah bagi dia macam-macam.

Dapat kucup hajarul aswad.

Dapat masuk kat hijr ismail.

Dapat masuk Raudhah 4 kali.

Dapat hotel kat Madinah dekat dengan pintu masuk Raudhah.


------

Hajarul aswad tuh, kalau aku memang tak gi ah, sebab pernah nampak orang kena baling keluar hahah. aduii biasanya orang perempuan Pakistan je yang semangat waja berempuh dengan orang lelaki.

Dia cerita, lepas dia kucup tu dia rasa macam telekung dia tersangkut, jadi dia pun tarik lah telekung dia semula, sekali bunyi prakkkk, prakkk macam kain koyak tuh,

yang dia pelik orang sebelah dia pergi gelak, dia ingatkan orang tuh gelak sebab telekung dia koyak,

rupanya,

dia tertarik telekung orang lain bukannya telekung dia. lol

kesian tau orang tuh. hahaha.


-----

Lagi cerita dari Nazira, sebab dia malas nak tulis so dia minta aku tuliskan. hahah.

Ada satu malam selepas solat isyak, dia nak keluar lah kan dari Masjid Nabawi, untuk balik ke hotel, sekali, dia cari selipar dia, hilang.

*memang perkara biasa ye hilang kasut/selipar kat Haramayn nih*

paling selamat masuk dalam plastik/bag kasut bawak je ke mana-mana kita pergi. Takut ade orang yang terambil kasut kita sebab nampak macam sama.

Lepastu dia pun buat keputusan untuk masuk Raudhah la sebab cari selipar tak jumpa kan. Alang-alang tuh masuk je la Raudhah.

Dia pun beratur.

Dipendekkan cerita, dia tertidur jugak lah sementara menunggu pintu untuk masuk ke Raudhah dibuka.

Dalam Raudhah tu, dia doa sungguh-sungguh supaya selipar dia dijumpai semula.

Sebab dia teringat mutawwif dia cakap kalau kat Tanah Haram nih, apa-apa masalah berlaku, mengadu pada Allah dulu, baru lah bagitahu kat manusia.

Jadi, lepas dia keluar Raudhah tu, Allah detikkan hati dia untuk toleh ke arah rak kasut yang kecik. Dia tak expect pun kasut dia kat situ.

Alhamdulillah jumpa.

Mungkin ade orang alihkan.

Nak kata doa terus maqbul kan.

Dulu aku pun pernah camtu, macam ade orang teralihkan kasut aku.

Cari je dekat-dekat rak kasut berdekatan, insyaAllah jumpa.

Nak katanya kalau kita yakin dengan doa kita tu, insyaAllah.


Hat tu je lah kut..

Perkonngsian aku yang tak seberapa.

Saja nak share pengalaman.

Kalau ade soalan boleh la tanya, sesiapa yang nak gi umrah, nanti jangan lupa habaq kat aku, sebab Rasulullah pesan, jangan lupa kirim doa dekat orang yang nak gi umrah/haji.

Gituh.

Wallahu'alam.

Semoga rindu ini tak akan pudar.

Rindu yang tak pernah habis.

Buat dua Tanah Haram,

Mekkah dan Madinah <3


kredit : Nazira

Kredit : Nazira

Ni view dari rooftop Masjidil Haram




Buat yang rindu.
Pastikan selawat sentiasa meniti di bibirmu.
.
Buat yang rindu, 
Jaga lah Islam dan Iman dalam dirimu.
.
Buat yang rindu,
Berdoalah, agar Allah izinkan kita ziarah ke sini selalu.



 Rasulullah pernah bersabda : "Aku rindu akan kekasih-kekasihku.."

Para sahabat berkata : "Bukan kah kami kekasihmu wahai Rasulullah"..

Rasulullah menjawab : "Tidak, kamu semua adalah sahabatku, kekasih ku adalah mereka yang tidak berjumpa dengan ku, tetapi beriman kepadaku "

*sebak*


*now playing Kekasih Nowseeheart

Alangkah indahnya jika dapat bersua 
walaupun seketika bersamaMu wahai kekasih Allah.

Telah lama Kau pergi meninggalkan kami.

:'



Nih Masjid Quba', Masjid pertama yang Nabi bina bila Nabi sampai ke Madinah,

Kalau kita dari hotel di Madinah, siap berwuduk lepastu datang ke Masjid Quba', lepastu solat kat Masjid Quba'
 dapat pahala seperti pahala Umrah.

ini lah kelebihan orang duduk di Madinah, sebab penduduk Mekah boleh sentiasa buat Umrah kan.

Kredit : Nazira

*LAWAA*


--------

Waktu balik ke Malaysia, aku dapat seat tepi tingkap, atas sayap pulak. 

Marilah merenungi kebesaran Allah, 

Allah sebut dalam Al-Quran,


أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ - 88:17

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ - 88:18


Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?


Kalau kita lihat ciptaan langit ni, tanpa tiang, takde cacat cela pun.

Ada awan, bintang bulan. 

Ada awan yang bawa hujan, semuanya dalam kekuasaan Allah.

Subhanallah.












Tapi, nanti waktu hari qiyamat, ciptaan Allah yang hebat ni akan hancur, musnah dan binasa juga, kerana Allah sahaja lah yang akan kekal.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

إِذَا السَّمَاءُ انفَطَرَتْ - 82:1

Apabila langit terbelah

وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انتَثَرَتْ - 82:2

Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan


-------

إِذَا السَّمَاءُ انشَقَّتْ - 84:1

Apabila langit terbelah,


Wallahu'alam.



Comments

  1. Wahh sazahhh bestnya hajar baca terasa macam nak pergiii jeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajaaarrr tq sebab sudi luangkan masa.. ustazag doakan hajar dapat sampai sana

      Delete

Post a Comment

Popular Posts