Osemnya Kahfi!

Bismillah.

Alhamdulillah bertemu lagi dengan malam Jumaat yang diberkati.

Jap jap sebelum tu. Tak lengkap kan kalau takde background music?

So meh la buka utube ke playlist ke hape, tekan butang play lagu It's Jumu'ah - Raef.

Ye, lagu tu pendek je maka sila set kan butang replay. Hee.

Dulu, sangat suka kalau tiba hari jumaat.
Bukan sebab lepas Jumaat, Sabtu boleh cuti yeayy.

Tapi, Jumaat ni bila kita buat sesuatu, macam pahala lebih banyak.

Senang citer hari jumaat ni peluang kita nak buat pahala lebih banyak berbanding hari lain.
Heee.

Kan kan?

Sumber gugel la apa lagi :p


So, tadi terbukak la tafsir waktu tengah baca surah kahfi :)
Maka, nak kongsi beberapa ayat2 chenta Allah kat kita..

Baca dengan hati ye :)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?


(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.


(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

[18:103-106]



Tak rasa macam kita termasuk ke dalam golongan yang disebutkan dalam ayat-ayat chneta Allah di atas ni. 

Na'uzubillah.
Menanges kutttt...





Wallahu'alam.

Comments

Popular Posts