Hati-hati, wahai hati.

Bismillah. 
Susahnya nak beramal ikhlas kerana Allah kan?



Rilek rilek wehh.
Kadang kena check balik biar betul amalan kita buat ni kerana Allah.

Perghh serius bende ni aku cakap pasal diri hati aku.

Hatta, setakat kutip sampah yang kecik pun kita kena cek buat sebab sape.

Aaaaa. Rasa nak nangess.
إن اللهَ تعالى طيبٌ
لا يقبلُ إلَّا طيِّباً

Sesungguhnya Allah itu baik, suci & bersih daripada segala kekurangan.

Allah tidak menerima kecuali yang baik.

(Hadis ke-10 dalam Kitab Hadis Arba'in karangan Imam Nawawi. Hadis riwayat Muslim :1015)

Allah tidak terima segala amalan kecuali yang baik.
Segala perkara. Termasuk amalan, harta benda, perkataan dan juga iktiqad (kepercayaan).

Allah tak terima segala amalan yang ada unsur riya' & 'ujub.

Allah tak terima harta benda kecuali yang baik dan halal.
Means, nak bersedekah kena guna harta yang halal.

Tutur bicara kita Allah tak terima kecuali yang baik.
Rujuk (Surah Faatir : 10)

Rilek la makcik. Baru suruh datang awal sikit daripada biasa.

Takut je datang awal ni bukan sebab kerana Allah.

T.T

Kalau nak ikut kan malasss..
Huishhhh jauh jauhh.

Macam mana umat Islam nak maju kalau malas & tak tepati masa.

Maka, marilah bersama-sama mentajdid (perbaharui) & mensucikan serta memurnikan niat & hati kitaaa :)

Wallahu'alam.

Bende kita buat bende baik kut buat ape nak risau. Lain la kalau kita buat dosa ke bende buruk ke tu lain citer la.

Chill. Yakin janji Allah. Allah nak suruh kita dekat dengan dia lagi la tu. 

Cuba cari keikhlasan dalam diri :D


p/s: ada pembaca komen dia nangesss lelaju lepas baca post aku yang lepas. Wehwhwhw.

Eh baru cakap pasal ikhlas kan. Mana? Mana?



Comments

Popular Posts