Hensem.

Bismillah.

*baru dapat album FETYA - Kesaksian. Oke excited.
Sape nk boleh pm. Eh. *


Dua orang anak murid jalan depan aku. Adik beradik. Abang darjah 3 & si adik darjah 1.

Rupa paras si adik & abang agak berbeza. Aku pertama kali lihat pun masih susah nak percaya betul ke mereka ni adik beradik.

Eh Allah yang cipta. Semua boleh. Semua yang terbaik. Cuma manusia sahaja selalu anggap jika begini lebih baik. Jika begitu tidak baik. Sedangkan kita hanyalah manusia.

Si Adik agak hitam manis sedikit wajahnya dan berambut kerinting, manakala si Abang berkulit cerah dan berambut lurus dan pacak.

Tiba-tiba terdengar suara murid lain berkata:

"Tengok tu adik dengan abang. Sorang hensem sorang tak."

"Haah sorang putih, sorang hitam."

Cuba teka. Kata-kata di atas ni diucapkan oleh kanak-kanak yang berumur berapa?

Haa.
7 tahun.

Serius?
Ade nampak muka main-main ke?
*tutup muka* haha.

Betapa anak-anak ummat islam sekarang didik dengan mementingkan luaran.
Luaran yang dibanggakan sedangkan yang dalaman itulah yang lebih penting.

Tak salahkan kanak-kanak yang mengucapkan perkara tersebut. Sebab anak-anak sekecil itu memang seorang yang jujur. Apa yang difikir, itulah yang akan diucapkannya.

Sambungan. Perbualan kanak-kanak risng itu.

"Sepatutnya kalau abang hensem adik pun kena hensem."

Aku dah berkerut dahi dah kat tepi. Tapi biar je dulu sebab nak dengar apa lagi yang diorang nak sembang.

"Abang saya hensem". Eh tetibe je buat pengakuan nak cakap yang dia hensem jugak lettew.

Kalau anda ada kat situ, apa yang anda akan repon kepada kanak-kanak itu?
Hanya berdiam diri?

Hanya tersenyum?
Ataupun anda akan kata..

"Eihh persan betul bebudak ni.."

Haaa. Anda yang mana?

Aku sebagai pendidik, aku tak akan berdiam diri. Siapa lagi yang kita nak harapkan betulkan persepsi dan pemikiran mereka.

Ibubapa? Mana ada di sisi mereka. Kerja kann.

Jadi, aku pun kata :
Ehem ehem.

"Awak, kalau muka hensem pun, kulit putih macam manapun, tapi kalau akhlaq tak elok tak guna jugaa.."

Diam.

 Tak tahu la masuk ke tak dalam kepala dia. Tapi apa yang aku harapkan masuk dalam hati dia laa.

Okey tamat.

Sila ambil pengajaran.

Wallahu'alam.


Comments

Popular Posts