Setahun berlalu

Bismillah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(2:183)

"Kita nak hidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah yang luar biasa dari malam hari yang biasa, rugilah orang yang menghabiskan hari-hari Ramadhannya sama seperti hari-hari biasa yang lain"
-Ustaz Abu Hisham,
Malam 1 Ramadhan 1439H
Kuliah pertama, selepas witir


--

Aku ingat lagi, betul-betul Sabtu lepas, setahun yang lalu. Iaitu ketika malam akhir konsert Gema Gegar Vaganza 2017, aku ketika itu berada di Kota Kinabalu, Sabah bersama keluargaku.

Tak pernah terjangkau dek akal, 3 hari berada di Sabah untuk bercuti bersama keluarga abangku yang ketiga, kemudian 7 pagi, Selasa sampai ke KLiA dan 5 petang itu, pada hari yang sama bertolak ke KLiA lagi sekali untuk umrah sebulan ramadhan.

Ye. Sebenarnya lebih sikit dari sebulan. 36hari termasuk perjalanan.

--

(Dapat la jugak tengok GGV2017 akhir kat tv, selalunya tengok live youtube je, UNIC pulak yang menang hehe)

(Tahun ni pulak, dengan izin Allah, aku balik kampung, jadi dapatla jugak tengok kat tv, lepastu Fitri pulak yang menang. Memang semuanya UNiC ke camne)

--

Ha.

Sambung tahun lepas punya cerita.

Aku memang tak bagitahu orang awal-awal yang aku akan pergi umrah sebulan. Sebabnya, antara orang-orang disekeliling aku, (saudara dan sahabat ibubapa aku) , aku rasa keluarga aku lah yang pertama pergi umrah sebulan.

Sebab selama ni aku selalu dengar cerita yang orang tak tahan cuaca yang amat panas kat Mekah sampai ada yg tak puasa la sebab tak tahan buat umrah + puasa. Tapi, Alhamdulillah yang bagi kekuatan itu kan Allah! Dan tahun lepas suhu di Mekah, kira tak panasa sangat la 40 darjah celcius je. Kalau tahun sebelum-sebelum ni ade mencecah 50 darjah. Wuwu.

Lagi satu, umrah ni, kalau kita excited - riya' - sangat duk cerita kat oramg takut kita pulak yang kecewa, takut last minit tak dapat pergi.

Sebab jadi pergi dengan izin Allah, satu hari, anak murid mengaji mak aku dia minta cuti untuk tak mengaji waktu bulan Ramadhan sebab dia nak gi umrah dua minggu terakhir Ramadhan..

Jadinya, mak aku bila dengar terus je cakap "MaSyaAllahhhhh seronoknyaaa Ramadhan di Masjidil Haram.. Pergi dengan pakej apa?"

"***** ***"

Aku dan keluarga pernah pergi umrah dengan pakej ni 16 tahun yang lalu, waktu tu kira umrah pertama aku, ketika 6 tahun

"Saya tahu pakej tu.. Tapi dah lama tak dengar ingatkan dah tak beroperasi, cuba tanya kan ada kekosongan lagi tak?"

dan makcik tu pun pergi tanya kan. Padahal time tu lebih kurang dah seminggu je lagi nak Ramadhan biasanya pakej dah tutup dah sebab nak uruskan visa semua tu.

 Tapi, Alhamdulillah pakej ni kata ada lagi kosong. Lepas mesyuarat semua, keluarga aku decide untuk pergi sebulan terus, sebab alang-alang en.

Jadi, selepas dua minggu aku di sana, dan kumpulan jemaah yang pergi dua minggu awal pun dah sedia untuk pulang ke Malaysia, maka mak aku pun menunggu kedatangan anak muridnya yg dijangka tiba dua minggu terakhir Ramadhan.

tapi, tiada khabar berita. Dari makcik tu mahupun pihak pakej pun senyap je. huhu. kami ingatkan dia duduk hotel lain sebab tu tak jumpa.

Rupa-rupanya, bila dah balik Malaysia, baru aku tahu yang makcik tu tak dapat pergi. Tak tahu lah atas alasan apa. Padahal makcik tu yg sangat bersemangat untuk pergi. ..

Tapi, memang hotel penuhhh dah bila 10 akhir Ramadhan. Kemungkinan pihak pakej tak bayar kat pihak hotel kut.

Wallahu'alam

-------
Aku bertolak tiga hari sebelum Ramadhan, terus ke Madinah. Kiranya memang full sebulan Ramadhan kat Mekah la. Tak sempat rasa pengalaman Ramadhan kat Madinah, sebab malam first Ramadhan tu aku dah bertolak ke Mekah. Kawan aku kata kat Madinah meriah kalau time buka puasa.

Sampai je Mekah, jemaah Masjidil Haram tengah terawih, dengar suara Syeikh Sudais. Terus rasa nak menangis weh.

---

Bezanya Mekah dengan Malaysia, adalah waktu isya' dia akan dilambatkan (maksudnya dia akan azan) lambat setengah jam dari waktu masuk isya' yang sebenar. Tapi kalau Ramadhan waktu musim sejuk dimana malam akan lebih panjang berbanding siang, maka azan isya' akan dilambatkan selama satu jam.

Apa sebabnya? Cuba anda semua bayangkan, di Malaysia, lepas je Maghrib, berbuka lepastu kelam kabut nak gi isya' kan? Sebab waktu antara maghrib dan isya' tu pendek je.

Jadi, kalau di Mekah anda boleh menikmati hidangan berbuka puasa anda dengan tenang.

Ouh, tapi bila diorang azan maghrib, dalam 10 minit lepastu terus solat maghrib. Jadi, memang kebiasaannya, sempat minum air, makan kurma kemudian kumur-kumur dan terus solat maghrib.

Makanan berat dimakan selepas solat maghrib. Baru lah khusyuk nak makan! Eh tetibe.

---

Waktu aku pergi tu, isya' masuk dalam 8:30pm, jadi azan isya' pukul 9 lah diorang lambatkan selama setengah jam. Sebab musim panas malam dia pendek je, dapat tidur sejam tu pun dah cukup baik, kalau Arab menang dia tak tidur langsung.

Dalam pukul 9 - 11:30 malam, solat isya + terawih 20 rakaat + witir 3 rakaat. Setiap rakaat satu muka surat standard lah kan. 20 rakaat dapat satu juzu' satu malam. Balik hotel biasanya pukul 12:30am atau pukul 1am sebab tak larat nak keluar awal-awal akan merempuh lautan manusia, masing-masing dengan hal sendiri. Jadi, aku akan stay jalan-jalan tengok Kaabah.

Tapi, kalau 10 malan terakhir tu.. pergh memang ibadah digandakan lebih, dan orang lebih ramai, sampai hotel pun penuh! Orang solat sampai kat jalan depan hotel aku gaiss. Setiap ruang inchi masjid tu dipenuhi orang. Kecuali pada laluan orang ramai (polis tak bagi solat kat laluan nanti kena halau, bahaya en kau tengah solat orang nak lalu, nanti kau yang kena pijak)

Kalau 10 malam terakhir, lepas habis solat terwaih 20 rakaat, dalam pukul 11 tu dia akan rehat dalam satu jam. So dalam pukul 12 ke 12:30am dia akan solat lagi 8 rakaat plus witir 3 rakaat tambah dengan doa qunut tu paling sekejap setengah jam laaa .gaisss, dia panggil Qiyamullail la walaupun kadang tak sempat pun nak tidur, Arab dia pergi makan lagi antara satu jam ni. Hahaha

Memang la solat sunat orang kata boleh solat duduk en, tapi segan gile kut kalau makcik-makcik arab yang tua dan bertongkat ni diorang tak solat sambil duduk pun yg kau orang muda nak duduk ni pehal. Haa

Ok, kalau 10 malam terakhir, jangan pergi Masjid selepas maghrib alamatnya kau akan solat di dataran luar Masjid je la. Kalau nak masuk dalam Masjid, kena pergi sebelum Maghrib. Berbuka di Masjid, lebih meriah. Sepanjang perjalanan aku nak berbuka di Masjid, memang sangat ramai orang bersedekah. Berebut tak yah cite la oii.

Jadi, kalau kau tak bawak makanan untuk berbuka pun takpe, sepanjang jalan tu ade je orang bagi kurma, roti, laban (ni fav la sampai berebut dengan Arab haha), cheese, kadang ada la yang bagi roti dengan kari kambing pergh. Tapi jarang la dapat.


Nanti sampai Masjid, ada lagi orang sedeqah sementara tunggu waktu berbuka. Teh, kopi tu konfirm la, ada satu hari tu dapat Teh halia muaahha. Tapi, kena pandai pilih tempat, ada sesetengah tempat yang Ya Allah dia punya berebut tu, tak boleh cakap sampai bergaduh mungkin kemuncak waktu kelaparan time nak berbuka en.

Sebab tu aku selalu pergi rooftop. Kat situ kalau dah datang lambat memang situ je la tempat yg masih bukak. Dan orang-orang kat situ semua behave. Tak berebut makanan dan tempat.

Kalau tingkat yang sama level dengan Kaabah tu ya Allah. Sangat ramai. Kalau lambat takyah la duduk situ. Sebab tempat fav, dapat lihat Kaabah terus en.

Tingkat dua pulak, ada aircond. Memang takyah cite la diapunya sesak dia tu. Sujud atas kaki orang itu biasa. Biasanya yang kuruih memang kena himpit lebih. Nak bagi kuruih lagi.

Dan segala persepsi aku terhadap susahnya umrah di bulan Ramadhan adalah meleset sama sekali.

Allah yg bagi kekuatan tu.
Alhamdulillah, dapat la buat beberapa kali umrah.

Aku pun dah tiru gaya Arab, malam tak tidur, siang je aku tidur ahahah.

---

Arab ni memang dia berpegang pada malam 27 adalah malam Al-Qadar. Memang dah dijangka Masjidil Haram akan penuh tahap sampai jalan depan hotel.

Aku pun pergi la sebelum maghrib, and guess what, semua tempat penuh tinggal satu tempat ni yang kat rooftop jugak tapi... belakang dia construction, dan sangat lah panas.

Memang kat rooftop rasa panas sikit tapi malam 27 tu aku rasa extra panas dia, semua orang berkipas-kipas.

Pastu, mak aku kata haa kalau malam AlQadar tak panas camni.

---

Satu malam tu, malam yg ke-23 kalau tak silap aku, tengah khusyuk solat, tetibe angin kuat datang menderu.

Alhamdulillah tak kuat sangat. Mak aku kata kalau apa2 berlaku, orang kat rooftop ni yang kena dulu. huhu

----

Aku ingat lagi malam 'Eid, lepas je isya' terasa kosong, selalunya kan akan ready nak solat terawih semua.

Tapi, malam 'Eid tu memang pekerja semua bersihkan Masjidil Haram betul2 punya, sebab nak ready untuk solat sunat 'Eid.

----

Pagi esok nya aku pergi laaa Masjidil Haram sejam awal sebelum Subuh.

Tahu tak apaaa, orang dah penuh kat jalan bhai.. ada sorang makcik ni tergesa-gesa balik hotel, aku jumpa dia kat tangga hotel, dia cakap semua pintu masjid dah tutup tak boleh masuk, kita solat kat hotel je. Aku macam whatt

Tapi aku kuatkan azam pegi jugaak rugi oii solat sunat eid kat hotel jer.

Alhamdulillah dapat la solat kat dataran Masjid, walaupun sebelum tu sebenarnya try hard gak nak masuk, tapi pak guard dia tegas betui

Pengalaman betul, memang tak balik la lepas Subuh. Kalau balik solat kat hotel je la namanya.

Meriah betui, arab ni solat raya dia angkut semua anak-anak dia. Baling gula-gula perkara biasa.

haa tu je lah kut aku nak cite.
dah nak balik tu baru tahu ade sekumpulan jemaah dari grup aku ni stay sampai puasa enam. pheww jeles

tapi, tahun ni baru dapat tahu yg visa sebulan ramadhan kena cukup2 30 hari je takleh lebih so sad. sebab nanti akan bazir masa Ramadhan kat dalam perjalanan je.

dan kalau nak gi tiap2 tahun, visa dua ribu gais. huhu

Dan orang yg pernah pergi umrah Ramadhan, tak terasa nak pergi umrah luar bulan Ramadhan

orang yg pernah pergi umrah sepuluh terakhir Ramadhan, tak terasa nak pergi umrah awal Ramadhan je.

semoga Allah jenput kita.

itu je aku nak share.
banyak pengajaran yg aku dapat, aku rasa selama ni sikit sangat ibadat yg aku buat dalam bulan Ramadhan.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
كل عام وانتم إلى الله أقرب
كل عام وأنتم بخير

Semoga Allah menerima daripada kami dan kamu amalan-amalan soleh

Setiap tahun semoga kamu lebih dekat kepada Allah ;-)





Comments

Popular Posts