Ziarah Aqsa - Intro

Bismillah.


Malam 27 Ramadhan 1439H camni penuh dia gais




, لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ وَ مَسْجِدِ الْأَقْصَى -

“Jangan bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.”


--
"Kita nak gi Aqsa."

"Haaa kita punnn."

Nak tergelak aku dengar jawapan dia.

Bila aku jawab esok malam, in sya Allah.

Baru dia perasan yang aku serius.

Ehhh seriius ker..

Ye la.

--

Ini kali kedua sebenarnya, insyaAllah.

Kali pertama ramai yg tak perasan kerana aku pergi sekali dengan umrah. Lepastu, sekejap je tiga hari, serius tak puas.

Kali ni, insyaallah nak bazirkan masa iktikaf kat Masjid Aqsa sepenuhnya.

--

Lagi respon bagi aku yang agak kelakar ialah ;

"Ustazah memang nak kena pergi Palestin ke?"

Haha serius ayat dia macam aku terpaksa pergi lak. luls

----

Pertama sekali aku nak betulkan salah faham anda semua.

ye, aku dulu pun begitu.

Bila orang kata nak gi Palestin, aku akan bayang kan Gaza. Padahal Gaza adalah sebahagian dari Palestin.

Gaza yang tempat perang tu.

Tapi, kalau orang tu nak gi Palestin, biasanya dia akan ke Jerusalem atau Bahsa Arabnya, Baitul Maqdis atau orang sini panggil Al-Quds (ceh gaya aku dah jadi orang Palestin dah ni)

ye, itu adalah ibu negara Palestin. Tak ada perang di situ, insyaAllah aman.

Rusuhan kecil-kecilan itu biasa kadang-kadang berlaku.

Israel tak jadikan Al-Quds sebagai tempat perang, kerana ada orang Israel di sini, dan dijadikan tempat pelancongan.

Tapi boleh je jadi mana tahu en perangai Israel ni tak boleh ikut sangat.

---

Bagi yang tak tahu, di Palestin ini terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian di mana tempat itu, hanya penduduk Palestin sahaja, dan biasanya kawasan ini disekat dan dikepung dan Israel akan mengawasi atau mengawal lima perkara :
air dan elektrik, keselamatan (macam pengawal, polis, imigresen), laluan udara, dan laluan laut.

Contoh ; di Hebron atau dalam Arabnya Al-Khalil,  dan di Ghazzah/Gaza. So sebab tu masih ada je orang Israel kat kawasan ni.

Dan rakyat Palestin terutamanya di Ghazzah, menentang Israel, sebab tu sentiasa berperang.

Kedua, bahagian yang hanya orang Israel sahaja yangg boleh ke situ. Orang Islam Palestin tak boleh ke situ tanpa kebenaran.

 Banyak kawasan ni, antaranya Tel Aviv,(ibu negara Israel kat sini la, negara la sangat kan. Tangan ke bahu, mata ke atas) atau nama Arabnya, Yafa. [kedutaan Israel dulu kat sini la sekarang dah pindah kat Jerusalem/Al-Quds]

Ketiga, kawasan yang ada orang Israel dan orang Islam Palestin. Tinggal bersama.

 Sebagai contoh, Al-Quds/Jerusalem. Ni pun tak semua orang Islam Palestin boleh masuk.

Penduduk Palestin kat sini, rata-ratanya kaya dan moden kerana mereka menyokong Israel malah bekerja dengan Israel. Memang pelik jugak la tengok.

 Cinta dunia orang kata, dan takut mati.

 Kalau diorang menentang pastinya diorang takkan hidup aman dalam rumah kat Jerusalem/Al-Quds ni.

Pastinya diorang akan dihalau keluar dari rumah mereka.

Tapi, tak pelik jugak kut kalau kita kat sini, selesa dan redha berada di bawah pemerintahan orang kafir. Eh tetibe racist.memainje jangan serius sangat pls


---

ok, jelas eh

---

so, jangan lah risau sedih sangat sebab aku memang nak mati syahid pun macam Rif'at.

 Tolong amin kan please.

---

dan, pahala sekali solat fardhu di Masjid Aqsa bersamaan 500 kali ganda dan ada riwayat mengatakan 1000 kali ganda.

di Masjid Aqsa ini lah Qiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke Ka'bah di Masjidil Haram.

dan tempat di mana Rasulullah s.a.w menjadi imam kepada 124,000 para Nabi, ketika peristiwa Mikraj.

Dan bermacam ratus ribu juta sejarah lagi ada di Al-Quds ni, sampai Qiamat nanti.


dan tempat yang dijanjikan oleh Allah keberkatannya dalam AlQuran rujuk Surah Al-Isra' ayat pertama.

Antara keberkatannya ialah, Masjid Aqsa ni terletak atas bukit tau.

 Jadi, kalau terik matahari macam mana pun waktu siang tu masih rasa sejuk kerana angin yang boleh dikatakan agak kuat jugak la, sejukk je rasa.

Dan paling best sekali ialah aku tak bawak baju sejuk. hahah. Best.

dan, biasanya atas bukit takde perigi/telaga tapi di Aqsa ni, ada.

 Jadi, kat sekitar Aqsa, air paip dia dari telaga boleh minum & ambil wuduk.

Banyak lagi sebenarnya keberkatan di Al-Quds ni yang aku akan cerita mengikut peringkat.

---
Peraturan untuk masuk Masjid Aqsa pada bulan Ramadhan adalah luas berbanding luar dari bulan Ramadhan.

Kalau bulan selain Ramadhan, sepuluh minit selepas isya' dia dah tutup pintu pagar luar masjid di mana askar Israel yang jaga,
(memang kalau nak pergi Masjid Aqsa kena lalu askar dia, so buat tak tahu je)

manakala, bahagian dalam, orang Islam Palestin yang jaga. Pintu luar tu akan dibuka jam 3 pagi, satu jam sebelum Subuh (so orang boleh Qiamullail)

Kalau Ramadhan, pintu akan ditutup setengah jam selepas terawih dan witir.

 Biasanya dalam pukul 12am, dan akan dibuka jam 3 pagi jugak.

Tapi, untuk yang stay iktikaf kat masjid, akan dapat join Qiamullail dia dalam pukul 1-2:30 pagi.

Rugi la kalau balik hotel, memang tak kan dapat masuk untuk join Qiamullail, kena tunggu pukul 3, Qiamullail sendiri lah namanya.
Dengan nak sahur lagi en.

ouh ye dan aku pergi, Ramadhan kali ni, musim panas. Malam pendek. Siang panjang.
Subuh pukul 3:50 pagi, Maghrib pukul 7:50 malam.

Takde la rasa susah sangat pun, sebab dah dapat pengalaman tahun lepas sebulan Ramadhan kat Mekah.

Alhamdulillah, Lebih kurang jer waktu puasa dia.


-------------

2 minggu sebelum bertolak.
Pejabat ALCC Al-Amin Travel,
Shah Alam.
10 pagi.


Aku dan ayah hadir ke taklimat perjalanan.
Excited sebab nak jumpe Ustaz Amin sebenarnya. haha luls.

Hakikatnya, Ustaz tak dapat hadir haritu disebabkan oleh kematian salah seorang saudaranya di Johor. (redha lah, sebab wakil travel cakap nanti kat Airport Ustaz datang, in sya Allah.)

Aku tanya pasal niqab sebab risau jugak.

Dulu pergi kali pertama pergi dengan Tabung Haji, dia kata dia tak tahu dan tak pernah berpengalaman bawa orang pakai purdah/niqab.

 Jadi, aku buat keputusan untuk tak pakai. Tapi bila tengok Fynnjamal pergi  haritu ok je en.

Jadi, aku tanya la kat wakil pakej ni, nama dia Kak Liana, dia kata okey, takde masalah sebab dulu kami bawa Fynnjamal.

Pastu aku macam ouh Fynnjamal pergi dengan pakej Ustaz Amin gak ke auu. (fangirling detected)

Waktu ni, visa pun tak dapat lagi.

Kak Liana suruh kitaorang semua doa sungguh-sungguh selama dua minggu ni, sebab nak dapat visa tu ikut la Israel tu.

Kadang nak bertolak malam ni, pagi baru dapat. Kadang dah sampai Jordan baru dapat. Haa gitu.

Kalau tak dapat visa tu jalan kat Jordan je lah kita ye.

Kami juga diminta untuk berdoa dipermudahkan urusan ketika di imigresen.

Kami, kumpulan UK84 (Universiti Kehidupan) seramai 36 orang merupakan kumpulan yang ketiga pergi untuk Ramadhan kali ini.
--

Masjid Aqsa, pengubat rindu aku untuk menghabiskan sisa Ramadhan di Mekah.

Sebab kalau nak gi umrah tiap-tiap tahun, kena bayar RM2000 atau kena tukar passport baru. 
--
Perjalanan Hari Pertama, akan disambung pada post seterusnya.

InsyaAllah :)


Comments

Popular Posts