Kongsi Buku : Checklist Muslimah - Zahirah Zamree

Bismillah.


"Lemahnya tarbiyah atau didikan sesorang ibu kepada anak-anak di rumah,
maka bertambah bebanan sesebuah kerajaan
 ingin mendidik anak muda di jalanan atau masyarakat."
-Mufti WP


Tajuk buku : Checklist Muslimah
Penulis : Zahirah Zamree
Penerbit : Puisi Tarbiah Publication
Harga : RM27 
(beli dekat pbakl dapat diskaun ; RM25)
Ketebalan : 109+
Rate : 5/5

---------------------

Aku suka baca buku penulisan Zahirah Zamree, sebab buku dia nipis, ringan, cover lawaaa sangat, ayat dan bahasa yang santai, dan yang paling penting sekali isu yang disentuh memang fokus kepada wanita.

Dan yang paling menarik sekali, ada satu muka surat untuk permulaan setiap bab tu, penuh warna hitamm je, tengah-tengah ada quote. Pergh, jadi tak payah lah kan susah-susah nak highlight ayat yang menusuk jiwa.



Macam ni haa.


Mula-mula aku tak jadi nak beli, tapi, bila PS cakap esok (Ahad hari last pbakl) tuu dia kata boleh je pesan lagi, so aku pun tambah la pesanan lagi dua buku. Ahahah.

Secara umumnya, buku ni menekankan tentang peranan dan tanggungjawab seorang wanita, samada yang sudah berkahwin atau yang muda remaja.

Aku paling suka bab pahala wanita mengalir dari rumah. Sebenarnya, kalau kita betul-betul faham, banyak sangat pahala yang kita dapat buat walaupun hanya duduk dalam rumah.

Kerana di situ, kita sudah memelihara maruah kita sebagai seorang wanita.

Tapi, kalau duduk rumah saje, tak buat apa-apa, goyang kaki, layan drama memanjang, itu dah jadi sebaliknya pulak.

Nak atau tak nak je kita ni.


----------------

Dalam buku ni jugak, pada awalnya penulis berkongsi tentang pentingnya hidup dalam jemaah, pentingnya usrah agar kita tidak lalai dan leka dengan dunia dan sentiasa ada agenda.

Ayat yang paling aku terkesan sekali ialah...

deep kan..huhu
Orang yang betul-betul merasai nikmatnya dalam amal ibadah, pasti tidak mencari dunia ketika waktu rehat...

Terus aku teringat sirah Nabi, tak ingat aku dengar atau baca dari mana, tapi ketika Rasulullah dan para sahabat baru sahaja balik dari berjihad di medan peperangan, ada seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah, (kalau aku salah tolong betulkan ataupun kisah ni tak betul ke ape, tolong bagitahu eh)

"Wahai Rasulullah, bolehkah kami berehat selepas ini.."

Aku tak ingat secara tepat jawapan dari Rasulullah, tetapi lebih kurang begini mafhumnya,

"Sekarang adalah waktu jihad yang paling penting, iaitu jihad melawan hawa nafsu.."

Allah..

Kita boleh bayangkan, kepenatan para sahabat baru sahaja balik dari peperangan, yang bagi kita sangat hebat lah kan berperang tuh, lawan orang kafir kut, dapat mati syahid..

Tapi rupanya ada lagi jihad yang lebih penting iaitu, berjihad dengan hawa nafsu sendiri.


-----------------



 "Ramai dari kita terlupa yang Allah itu sangat baik terhadap hambaNya. Di saat kita diuji, itulah tanda Allah sayang pada kita."
[sebab ayat ni best sangat so aku pun tulis lagi, supaya tak lupa]

--------------------

Paling menariknya, di akhir buku ini, ada ruang yang pembaca boleh tulis apa manfaat dan benda baru yang pembaca belajar sepanjang membaca buku CM ni...

Jarang lah ada buku sediakan ruang siap-siap macam ni, sebab biasanya pembaca pun tak pernah nak tanya pada diri sendiri, apa manfaat atau apa benda baru yang aku dapat dari buku ni?

Lepastu.. ada juga cabaran 30 hari menjadi seorang Muslimah, memang sesuai lah sempena Ramadhan ni...

Kalau tak mampu beribadah banyak-banyak, cuba kita kurangkan benda-benda lagha dalam kehidupan kita.

Itu lebih penting sebenarnya kan..

Daripada buat ibadah banyak-banyak, tapi dalam masa yang sama buat benda lagha pun banyak, jadi tak kemana lah nanti..


Siapa nak tahu 4 syarat mudah untuk seorang wanita itu masuk syurga, dan macam mana cara nak urus tekanan, sila lah beli dan baca buku ni. 

Semoga mampu melaksanakan cabaran 30 hari Checklist Muslimah!

Selamat berpuasa & Ramadhan Kareem <3


Wallahu'alam.

Comments

Popular Posts