Kongsi Buku : Indahnya Pesan Luqman AL-Hakim - Ustaz Syaari
Bismillah.
Disarankan untuk baca post ini dan baca buku ini sambil mendengar bacaan Surah Luqman bacaan Muzammil Hasballah
Sebenarnya, aku tak tahu nak ambil quote mana dari buku ni yang paling menarik perhatian aku, untuk aku tulis di awal-awal penulisan ini, sebelum aku memulakan apa-apa bicara [aku-sendiri-yang-ntah-hape-hape] tentang buku ini supaya harapannya pembaca tulisan aku pada kali ini juga tertarik untuk beli dan baca serta ambil manfaat dari buku ini.
Sebab banyak sangat kata-kata yang macam 'wow' gitu, sampai pening nak pilih.
Jadi, aku pilih lah satu. Setelah lama lah jugak nak buat pilihan.
Apa? Quraisy pun kenal siapa Luqman ni?. Tapi kita?
Memang aku rekomen sangat sangat sangat eh (nampak tak sangat tu tiga kali) buku ni, untuk penghafaz Al-Quran khususnya. Sebab sangat membantu untuk hafazan korang tuhh.
Ke korang selama nii hafaalll je tak pernah pun tengok dan baca makna ayat, tak pernah tahu latar belakang ayat tuh.
Ok, kalau tak pernah apa kata meh kita mula.
Korang akan lebih mudah ingat sebab dah faham apa hikmah Allah guna sesebuah perkataan dalam satu-satu ayat. (Memang banyak sangat persoalan selama ni yang bermain di kepala, akhirnya terjawab juga, Alhamdulillah!)
Sebagai contoh, kenapa perkataan Ya Bunayya diulang banyak kali, kenapa tak guna perkataan Ya Ibni.
Itu belum sentuh lagi kenapa permulaan surah dimulai dengan huruf Alif Lam Mim.
Serius ke korang tak pernah ade rasa nak tahu semua tuhhh.
Selama ni baca je lahhh ape ku kesahh.
Gitu ke?
Sempena nak Ramadhan ni marilah.
Kalau tak dapat 114 surah pun, satu surah ni pun dah cukup lah.
Sikit-sikit mula.
Surah ni paling nais, sebab pesanan Luqman tu memang padu, dan korang akan dapat tahu daripada buku ni, kenapa pesanan Luqman tu pesanan yang tertentu sahaja.
Dimulai dengan pesanan jangan mensyirikkan Allah, perkara utama dalam Aqidah, berakhir dengan jangan berjalan dengan sombong, iaitu akhlaq sesama manusia. Itu pun ada kaitan tau antara keduanya.
Ok, itu belum sentuh pesanan kedua tentang taat kepada perintah ibubapa selagi tak bertentangan dengan syarak, walaupun ibubapa itu bukanlah seorang Muslim.. (fuhh)
Disarankan untuk baca post ini dan baca buku ini sambil mendengar bacaan Surah Luqman bacaan Muzammil Hasballah
Tajuk buku : Indahnya Pesan Luqman Al-Hakim
Penulis : Ustaz Syaari Ab Rahman
Penerbit : Paradigma Ibrah sdn.bhd
Ketebalan : 150+ (nipis je tau)
Harga : RM30 (tapi aku beli kombo waktu pbakl
so dapat diskaun; RM27)
Rate : 5/5 (ofkos la kot, buku menerangkan tentang AL-Quran mestilah terbaik!)
------------
Sebenarnya, aku tak tahu nak ambil quote mana dari buku ni yang paling menarik perhatian aku, untuk aku tulis di awal-awal penulisan ini, sebelum aku memulakan apa-apa bicara
Sebab banyak sangat kata-kata yang macam 'wow' gitu, sampai pening nak pilih.
Jadi, aku pilih lah satu. Setelah lama lah jugak nak buat pilihan.
"Seolah-olah Luqman bukan sekadar mengingatkan anaknya sahaja. Bahkan Luqman sedang mengingatkan seluruh kaum Muslimin sejak dari detik ayat ini diturunkan sehinggalah berlakunya hari Kiamat"-Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi
----------------
Mula-mula aku tengok IMAN Publication buat kombo Ustaz Syaari terus terdetik nak beli!
Walaupun selepas je aku tempah kat personal shopper, aku ada lah sikit terlintas kat hati, rasa menyesal pulak beli kombo Ustaz Syaari, boleh jimat dalam RM100, huhu. Namun aku cepat-cepat tepis lintasan jahat tu dengan istighfar.
Ternyata! Lintasan jahat itu hanyalah sia-sia dan penipu belaka.
Serius tak rugi langsung baca. Setiap bab anda akan rasa "banyaknyaaa ilmu yang aku dapat, banyaknyaa perkara baru yang sangat menakjubkan." Subhanallah!
Memandangkan aku pun tengah nak murojaah Surah Luqman, maka aku pun mula membaca buku ni terdahulu berbanding dua buku lain dalam kombo Ustaz Syaari ni.
------------
Untuk siapa yang masih tak kenal siapakah Luqman yang disebutkan dan digelar sebagai Al-Hakim, dan mungkin juga anda tak pernah tahu yang ada surah dalam Al-Quran dinamakan dengan Surah Luqman, maka, buku ini akan menerangkan segala-galanya.
Aku pun pada mulanya memang tak kenal dengan mendalam siapa Luqman AL-Hakim ni, selama ni selalu dengar cerita macam tu je, tentang pesanan Luqman ni, tak silap aku ade lagu en, cuma yang aku tahu, dia bukanlah seorang Nabi.
Hebatkan, seorang yang bukan Nabi, tapi namanya disebut dan dijadikan salah satu nama Surah dalam Al-Quran!
Itulah kehebatan buku ini yang akan menerangkan kenapa, apa hikmahnya Allah sebutkan kisah Luqman yang bukannya seorang Nabi mahupun Rasul dalam Al-Quran. (perghh aku macam wawww sangat bila dapat tahu jawapan disebalik persoalan ni tau!)
"Aneh ketika mereka (Quraisy) memilih untuk berbangga-bangga dengan kata-kata Luqman, namun pada masa yang sama mereka terlupa bahawa Luqman ialah bekas hamba yang bukan sekadar mempunyai kedudukan yang mulia di sisi manusia, bahkan di sisi Allah!"
m/s : 47
buku pertama yang aku guna highlight untuk point baru yang wawww, lagi satu nak rasmikan highlight baru hadiah orang tuh |
Memang aku rekomen sangat sangat sangat eh (nampak tak sangat tu tiga kali) buku ni, untuk penghafaz Al-Quran khususnya. Sebab sangat membantu untuk hafazan korang tuhh.
Ke korang selama nii hafaalll je tak pernah pun tengok dan baca makna ayat, tak pernah tahu latar belakang ayat tuh.
Ok, kalau tak pernah apa kata meh kita mula.
Korang akan lebih mudah ingat sebab dah faham apa hikmah Allah guna sesebuah perkataan dalam satu-satu ayat. (Memang banyak sangat persoalan selama ni yang bermain di kepala, akhirnya terjawab juga, Alhamdulillah!)
Sebagai contoh, kenapa perkataan Ya Bunayya diulang banyak kali, kenapa tak guna perkataan Ya Ibni.
Itu belum sentuh lagi kenapa permulaan surah dimulai dengan huruf Alif Lam Mim.
Serius ke korang tak pernah ade rasa nak tahu semua tuhhh.
Selama ni baca je lahhh ape ku kesahh.
Gitu ke?
Sempena nak Ramadhan ni marilah.
Kalau tak dapat 114 surah pun, satu surah ni pun dah cukup lah.
Sikit-sikit mula.
Surah ni paling nais, sebab pesanan Luqman tu memang padu, dan korang akan dapat tahu daripada buku ni, kenapa pesanan Luqman tu pesanan yang tertentu sahaja.
Dimulai dengan pesanan jangan mensyirikkan Allah, perkara utama dalam Aqidah, berakhir dengan jangan berjalan dengan sombong, iaitu akhlaq sesama manusia. Itu pun ada kaitan tau antara keduanya.
Ok, itu belum sentuh pesanan kedua tentang taat kepada perintah ibubapa selagi tak bertentangan dengan syarak, walaupun ibubapa itu bukanlah seorang Muslim.. (fuhh)
-----------------------
Ustaz Syaari menulis dengan penulisan yang sangat senang difahami, dan contoh yang mudah terutama sekali dalam menghurai makna perkataan dalam Bahasa Arab.
Memang tak mengantuk kalau baca. (hehe, biasanya kala buku selain novel ni memang cepat je nak mengantuk kan.)
Kalau nak cerita semua dekat sini memang sampai bila tak habis dan semestinya tak sama dengan membaca bukunya!
Dan sekarang aku rasa buku ni perlu diulang-ulang baca agar sentiasa melekat segala point-point penting bila kita baca Surah Luqman.
Semoga bermanfaat, dan semoga Ramadhan kali ini kita makin dekat dengan Al-Quran <3
Ramadhan kareem!
Wallahu 'alam.
Casino, Hotel & Racetrack - MapyRO
ReplyDeleteThis casino, hotel and 양산 출장마사지 racetrack is a 정읍 출장안마 racetrack 밀양 출장샵 in southern Indiana. It 삼척 출장샵 features several gaming 의정부 출장샵 areas, including the 2,500 sq ft