Bulan islam? Erm jap nyanyi dulu.

Bismillah.

Ehe.
Tajuk dah macam agaha sentap.

Sebelum tu. Korang perasan tak sesuatu.
Ehem.

Aku punya entri,
Selalu takde kaitan dengan tajuk.

Kalau ada pun, tak sesuai.
Tak menarik & ape kena mengena nya dengan tajuk?

Haaa macam tu. Kan.?
Perasan tak?

Oke takpe. Aku perasan sendiri.
Nanti pandai-pandai la tengok balik. Betul ke tak statement aku tu.

Aku akui memang aku tak reti pilih tajuk yang sesuai dengan entri.
So, jangan selalu judge entri aku melalui tajuk.

Harap maklum.
Don't judge an entry by it's title.

---------
Muzic please, ececece.
nah! kata Rindu Ramadhan.

Muharram,
Safar,
Rabi'ulawwal,
Rabi'ulakhir,
Jamdilawwal
Jamadilakhir.
Rejab.
Syaaban.
Ramadhan.

Allah.
Semalam tetengah usrah, tetibe akak sorang tu tanya;

Sape yang dah sedia nak sambut Ramadhan.

herm.
soalan sentap semua speechless.

Pastu akak sorang lagi beri satu anologi yang perghh. Tepat & benar.

Jom basuh cawan!

eh? apa kena mengena topik Ramadhan dengan cawan?

Macam ni.

Si A & Si B nak beli air dekat kedai Si C.

Tapi kedai Si C ni tetapkan setiap pembeli mestilah membawa sendiri cawan masing-masing & setiap pembeli hanya boleh mengisi air ke dalam cawan masing-masing hanya dalam masa 60 saat.

Jadi, Si A dan Si B ni pun bawa lah cawan masing-masing ke kedai Si C.

Tapi, mereka bawa cawan yang berlainan.

Si A bawa cawan yang kotor, belum di basuh.
Si B  bawa cawan yang dah siap di basuh kat rumah.

Jadi, apabila mereka berdua sampai di kedai Si C, apabila Si C kata kepada pembelinya, "Ok, boleh isi air ke dalam cawan masing-masing 60 saat dari sekarang."

Apa yang terjadi agak-agak?

Yep, Si A perlu membasuh cawannya terlebih dahulu akibat daripada dia tak bawa cawan yang bersih ataupun kerana dia tidak membasuh terlebih dahulu cawannya itu di rumah.

Tapi, Si B, boleh terus mengisi air ke dalam cawannya kerana dia telah pun membersihkan terlebih dahulu cawannya di rumah sebelum dia datang ke kedai C.

Kira macam dia dah buat persediaan la.

Agak-agak boleh tak teka ape hasil dia?.

Ofkos, Si B dapat isi kuantiti air yang lebih berbanding Si A kerana dia tidak perlu membasuh terlebih dahulu cawan yang dia bawa.

Haa.

So apa kaitannya?.

Cawan tu ibarat hati kita. Air ibarat amalan kita.
Masa yang Si C beri tu ibarat bulan Ramadhan.


Kalau kita masuk dalam bulan Ramadhan dalam keadaan hati kita dah pun dibersihkan dicuci terlebih dahulu dari dosa, maka kita akan dapat mengisi hati kita dengan amalan-amalan lain lebih lebih lagi berbanding, keadaan hati yang bila masuk bulan Ramadhan baru la nak dibersihkan.

Dapat?.
So sekarang ni keadaan hati kita macam mana?.

Tanya iman ye :D

-----------------------------------

Ramadhan.
Asal daripada perkataan Ramadha.
Bermaksud panas terik membakar.

Orang dulu, sebelum Rasul alayhissalam datang bawa Islam, mereka namakan bulan ini iaitu bulan yang ke-9 setiap tahun mengikut peredaran matahari sebab bulan 9 tu memang bulanyang sangat panas terik. Mereka takleh keluar rumah kecuali dengan alas kaki.

Bila Nabi Muhammad datang, Nabi kekalkan nama bulan Ramadhan sehingga disebut dalam Quran. ha. Ayat apa?.


[2:185]

Walaupun ketika itu kalendar dah ditukar ikut peredaran bulan, tapi Nabi still kekalkan jugak nama bulan Ramadhan. Sebab maksud Ramadhan yang panas terik tadi ialah, panas terik sehingga membakar dosa-dosa manusia.


Sya'aban.
Berasal dari kata Tasya'aba.
Bermaksud berselerak (?) *tak jumpa ayat yang sesuai. hee
Sebab orang Arab dulu mereka pada bulan ini mereka keluar rumah mencari mengumpul bekalan untuk menghadapi sebulan musim panas yang sangat terik iaitu Ramadhan.

Bila Nabi datang, Nabi kekalkan nama Sya'aban itu. Tapi membawa maksud orang Islam bersiap-siap menghadapi bulan Ramadhan dari segi ibadah.


Puasa.
Asal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud, mendekatkan diri kepada yang Maha Berkuasa.
Iaitu.

Allah.

Puasa bukan bermakna takleh makan ye :D

Taqarrub.
Mendekatkan diri pada Allah.


Wallhu'alam.
Sumber : Usrah Nurani IKIM.fm.

Ramadhan Kareem semua!


Comments

Post a Comment

Popular Posts