Jom nanges sesama part 2

Bismillah.



Tekan butang play lagu This Worldly Life - Maher Zain.


Sambungan post Jomm Nangess Sesama

You will know you are getting attached to Dunya when :


4. All you care about is how to accumulate more and more wealth
Huhu.

Tajdid niat bagi kita yang dah bekerja makan gaji.
Kalau kita selalu fikir kerja nak kumpul duit banyak-banyak supaya nanti boleh beli segala benda apa yang kita nak bila duit dah banyak.

Uhu. Dunia ni hanya sementara.


This beautiful worldly life has an end

It's a just bridge that must be crossed

To a life that will go on forever

Bak kata Maher Zain la kan :P



Tak salah menjadi orang kaya, tapi ke manakah kita salurkan kekayaan kita itu?
Jom contohi 'Abdurrahman bin 'Auf, Abu Bakar AsSiddiq & Uthman Bin 'Affan.



5. You argue unnecessarily when you are told something you
are used to doing is haram

Na'uzubillah.
Nak bandingkan kita dengan para sahabat Rasulullah jauh sekali.
Mereka bila dapat perintah tutup aurat dengan sempurna, terus mereka cari kain-kain yang ada untuk menutup aurat mereka.

Apabila mendapat tahu bahawa arak diharamkan 100% terus mereka tuang segala tong-tong arak yang ada di rumah mereka.

Kerana apa mereka boleh berbuat begitu? Kerana Iman.


Eh iklan jap.
Kalau lagu tadi dah habis boleh la tekan replay.
Macam lama sangat je nak baca. Padahal pendek je pun. Je pun. Jepun.


Next, last untuk post kali ni. InsyaAllah ada sambungan. Part3. Bukan PT3. Heyy.


6. You keep on delaying good deeds -i’ll do it tomorrow,or the next, etc’

Ohoiiii.
Saya bagi contoh. Eh saya la pulak. Lantak la.

Sebelum nak solat fardhu ann.
Antara nak buat solat sunat Qobliyah ke taknak.

Fikir. Peperangan antara nafsu dan syaitan serta malaikat.

Tup tap tup tap.
Akhirnyaaa.

Eh takpelah terus je laa solat fardhu nanti takut lambat pulak. Lepas solat fardhu nanti janji nak buat solat sunat ba'diyah. Okeyy?

Kira okey la jugak ann. Tak buat yang sebelum, buat yang selepas je pun okey jugak. Jepun lagi.

*selepas solat fardhu*

Puttt.
Terbuang angin pulak. Allah!
Mula la dah datang malasss tu alasan dah takde wudhu'.

Haihh.

Ataupun banyak je lagi contoh.
Lalu tepi jalan ke tengah jalan nampak orang yang perlukan pertolongan. Rasa macam eyhhh.

Nak tolong ke tak nak. Nak ke tak nak.
Eh takpelah esok la tolong.

Sekali esok, orang yang kita nak tolong semalam tu takde dah.
Kan dah rugi?

Ataupun.
Lalu lalang, jenjalan.
Nampak ramaaiii sangat orang tak tutup aurat sempurna.

Nak tegur tapi bagi alasan alaaa biasa dah ramai snagat dah orang tak tutup aurat sempurna sekarang ni rilek la.

Rilek ye.
Kat akhirat awak jawab lah ye.

Tapi memang susah.
Nak dapat kekuatan mengajak orang ke arah mempraktikkan Islam dengan sebenar-benarnya memang susah.

Tapi, kekuatan tu kan daripada Allah.
Jadi mintalah kepadanya.

Salah satu daripada malu yang tercela ialah, malu untuk membuat amr ma'ruf nahi munkar.

Allah dah beri kita beribu cara untuk dapat pahala.
Walaupun dengan hanay perkara kecil.

Senyum.
Gembirakan hati orang lain.
Tak menyusahkan orang lain.
Buang duri dari jalanan.

Even sebut Subhanallah. Dapat pahala dah.
Maka jangan kita bertangguh.

Ayuh!

Wallahu'alam.
To be continued insyaAllah

Comments

Popular Posts