insan.

Bismillah.
         
"Di Malaysia, ramai ibubapa yang tidak mempunyai ilmu teori pendidikan yang menekankan pihak guru untuk memberi anak mereka 'gred' kerana mereka lebih 'percaya' kepada gred atau skala berbanding dengan rekod guru yg membuat pemerhatian spesifik terhadap perkembangan anak mereka.." 
Petikan buku Bukan Salah Cikgu karya Azmira Amran
Penerbit KopiPress

------------/------------/

"Jah.."

"Yup?"

"Sampai bila jah nak ngajar.."

"Tak tahulah sampai bila.. Kenapa tanya camtu?"

"Ana mengajar jadi guru ganti pun dah tak larat, cepat sangat nak marah."

Wush.

"Darjah berapa? Sekolah apa?"

"Darjah 2&3, ....."

"Eyh nakalbaik sangat jugak ke budak-budak situ?"

"Budak-budak sekarang lain..."

"Cuba bayangkan ana mengajar budak-budak yang satu sesi persekolahannya di sekolah kebangsaan..."

Tak nafikan. Fasa darjah 3,4 memang antara fasa yang terhebat. Mengikut pengalaman aku. Tapi tak tentu jugak. Ada batch yang ok.

Teringat aku pergi satu seminar keibubapaan, penceramah dia tanya soalan killer, peh.

"Anak-anak kita terbahagi kepada dua betul tak?"

Angguk. Ramai jugak pastinya jawapan dah ada dalam kepala, iaitu:

"Baik dan?"

Spontan ramai jawab,

"Jahat."

"Siapa yang kata macamtu? Siapa kata anak2 kita ada yang baik dan ada yang jahat?" 

Allahu.

"Bagi saya bukti..."

Senyap.

"Dalam hadis Nabi ada menyebutkan bahawa semua anak-anak dilahirkan fitrah. Fitrah kita semua baik. Cuma, yang tidak baik itu kalau salah guna formula. Ibarat kereta yang diisi minyak yang tak bersesuaian dengan jenis kereta, maka kereta tersebut akan berasap.. Betul tak?.."

Yep.

"Sebabtu kat luar tu ramai manusia yg berasap."
"Yang keluar asap rokok dari mulut tu hah."

Kay :D gelak guling-guling. K. Over.

"Apa definisi baik bagi kita? Kita nak anak-anak kita baik kan?"

Senyap. Definsii baik? Nak kena selak kamus?

"Bagi kita baik tu bila anak kita ikut semua kehendak kita cita rasa kita kesukaan kita.. Betul tak?"

Betul jugak. Suruh buat itu buat. Suruh buat ini buat. Baik lah tu en.

"Tak, sebenarnya bukan itu definisi baik..."

Serius?

"Baik ialah mengikut apa yang Allah perintah, apa yang Allah suruh.."

Hush.

Okey cukup kut sampai situ je dulu perkongsian tentang seminar ni kalau tak sampai bila tak habeh. Haha :P

-------------/-----------/

Kay. Baru intro tdi tuh. Eceh. Panjang pulak.

Sebenarnya aku nak cerita ni,

                                     
boleh zoom klu tak jelas tapi rasanya dah cukup besar dah tulisan dia tu. k.


-------------/---------------/
Haritu, selepas jamun hari guru secara kecil-kecilan, aku pun tolong la kemaskan sampah sarap dengan murid-murid perempuan, masukkan dalam beg plastik hitam semua.

Tetibe, ada sorang budak perempuan bagitahu kat aku, 

"Ustazah, Ammar ada bagi hadiah kat Ustazah. Dalam kelas."

"Ouh okey", tengah sibuk nak habiskan urusan sampah ni cepat hahah. perasan jugak tadi pelajar yang nama Ammar tu ada masuk dalam kelas aku, tak tahu apebenda yang dibuat padahal sepatutnya semua pelajar dah diarahkan untuk ke surau solat berjemaah asar & bacaan ma'tsurat.

Lama sikit, aku masuk kelas, takde satu kasut pun kat luar. dia dah pergi surau lah tu.

Masuk terus ternampak apa yang dia tulis kat papan sekali dengan hadiah tu.

Terus speechless, tergelak. 
Pastu, jap jap ambik gambar jap.

hahah.

send kat grup family,
abang aku balas :
"dia dah makan dulu maruku tu sebelum bagi hadiah.."

"makan dulu rasa sedap ke tak.." 
k.

haih. 
Sebenarnya dia antara murid yang namanya sering jadi perbualan antara guru di sekolah. disebabkan akhlaqnya yang agak kurang memuaskan.

Rata-rata guru tak tahu dah nak buat camne dengan dia ni.
Cuma aku sering ambil pendekatan lemah lembut.

alahhh. ada satu nasyid tu,

"Selama -lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan.." *ost Warkah Cinta - Imam Muda Nazrul ft. Unic.

gitu... 

Pernah satu hari tu, baru je keluar dari surau lepas baca Yasin hari Jumaat.
tetiba Ammar marah kat sorang budak lelaki ni, keluarlah segala perkataan tak sedap didengar oleh telinga. 

Mula-mula dah pesan dalam diri jangan terus terjah sabar jap, tengok dulu keadaan cehh poyo en.
mesti ada sebab kenapa berlaku begitu. walaupun dah biasa dah budak-budak ni gaduh kadang benda kecik je pun boleh jadi punca pergaduhan.
tapi bila dia cakap perkataan yang tak elok tu aku mula lah tarik dia cubit sikit,

pastu terus cakap kat dia suara kasar sikit,
"Awak ni takde rasa bersalah langsung kan cakap bende macamtu?"

terus dia tarik badan dia nak lepaskan dari pegangan aku.
terus lari masuk surau buat muka. 

haihhh.
pastu bila jumpa balik petang tu buat muka cool je, padahal nampak la dalam hati dia bersalah sebenarnya. 

nak katanya, memang takleh berkeras langsung dengan dia.

tapi, ada perkara-perkara yang kita kena berkeras. 
bab-bab ibadah. solat terutamanya. lagi-lagi bila dah besar. 

ouh Ammar tu darjah5 thun ni.

mak aku kata betul la tu. nanti dia takda langsung rasa bersalah bila cakap yang tak elok.
rasa tenang sikit, sebab aku yang rasa bersalah pergi jerit kat dia. hahah.

solusi dia, aku pergi jumpa kat budak yang dia jerit tu, tanya kenapa Ammar marah kat awak.
......(cerita nya begitulah.) :P

                     
                                    
  Belanja satu gambar. tapi ini bukan Ammar. Ini Faris. dia baik. ke. boleh lah.


Wallalhu'alam
      

Comments

Popular Posts