Murabbi.

Bismillah.




Post ni dedicated untuk yang bergelar murabbi. Tak kesahlah ibubapa, sebagai guru kehidupan, Nabi Muhammad s.a.w yang mengajar kita tentang mengenal Allah. Mahupun memang yang betul-betul bergelar guru, ustaz, cikgu dan sebagainya.

Walaupun dah lambat.

Jazakallahukhairon!

Btw, malam tadi sepatutnya dh update post ni. Sbb dah bagitahu kat insta * sape yang follow je lah kan yang tahu. Tapi sebab semalam tak sempat so, kita updatelah harini ye.


Masih dalam mood : hari Murabbi

Kalau nak list, guru aku kat sekolah tak ramai.
1) ibubapa ni memang dari umur 0 sampai sekarang.
2) guru-guru sekolah rendah (umur7-12)
3) guru-guru sekolah menengah (umur 13-17)
4) anak-anak murid yang banyak mengajar aku tentang kesabaran, kasih sayang, perhatian.
 Banyak mengajar aku tentang kurang nya kasih sayang pada jiwa anak-anak, kosongnya jiwa mereka daripada rohani & tauhid, ni paling sedih. Memang buat aku menangis. Bagaimana mungkin seseorang itu kenal dirinya sedangkan dia tidak mengenali Tuhannya.

Pelajar-pelajar yang mendidik aku kesabaran yang saaaangat tinggi. Fuhhh.

--------------
Nak ceritanya,

Mostly tiap-tiap tahun kan buat jamuan. Tapi tahun ni beza sikit. Sebab bila fikirkan semula, apa sebenarnya yang kita nak didik pelajar melalui mengadakan jamuan setiap kali hari guru?

Adakah kerana mengikut-ikut adat?
Ataupun adakah sekadar sambut makan-makan?

Sudah pasti bukan itu tujuannya.
Lagi lah kalau tujuannya guru-guru bergaya dengan pakaian bukan daripada syariat Islam! *astaghfirullah*

Kita, guru mendidik bukan hanya setakat mengajar. Dalam masa kita buat jamuan tu, banyak perkara yang kita boleh didik pelajar secara tak langsung.

Adakah mengadakan jamuan itu penting? Sedangkan akhlak pelajar terhadap guru semakin merosot?

Ada beberapa yang guru sepatutnya tekankan dalam masa mengadakan jamuan.
1. Adab ketika/sebelum/selepas makan & minum. Tidak membazir, berkongsi, makan dengan sopan mengikut apa yang telah Islam ajar.

2. Ingatkan bahawa rezeki makanan yang ada merupakan daripada Allah, sebab itu perlu jaga syariat perintah Allah, dan jauhi larangannya

3. Mengingatkan saudara2 di syria, palestin yang tiada makanan dan ada yang hanya makan rumput, tidak boleh membazir dan berlebihan.

Memang menangis dan tak terbayang mcmmne diorang makan rumput je untuk hidup.
Lagi satu,

Sorang budak yang nak mati syahid, nak masuk syurga, dekat syurga nak minta roti pada Allah. :'(

4. Sentiasa manusia lupa untuk membaca doa selepas makan (sebab dah kenyang mungkin?) selalu doa sebelum ingat jeh

5. Kebersihan. Tet. Semua tahulah ni.

Wallahu'alam. Moga Allah redha. 

Comments

Popular Posts