lessons #3
orang kata, pergi umrah, banyak 'ibrah.
kadang, ibrah tu ada yang sesuai untuk dikongsi, kadang tidak. cukuplah diri kita shaja yang mengambil 'ibrah tersebut.
Haritu, solat asar pergi lambat sikit.
and,
tahu-tahu je lah. sekarang ni kalau lambat je pintu masjid dah tutup. sejam sbelum azan dah tutup.
option,
pergi ke bangunan masjid yang baru siap tapi jauh, membuatkan anda rasa kaki lenguh nak solat pun kemungkinan tak khusyu' cehhh
ataupun, anda solatlah di luar. di dataran masjid.
kalau malam okey lagi sejuk.
kalau ni, waktu asar? matahari masih lagi terasa kepanasannya dan dalam keadaan orang yang ramai, tempat yang redup pasti sudah penuh.
maka, saya lebih memilih bersolat di dataran masjid walaupun agak panas tapi orang kata, neraka lagi panas la weyy.
jadi, habis sahaja solat jenazah, duduk jap. perhatikan gelagat beribu-ribu manusia keluar dari masjid sibuk dengan urusan masiing-masing.
berdiri, lipat sejadah, sarung kasut. pandang depan.
and then, tetibe sorang perempuan muda arab datang.
tangan dihulur. ada tasbih hitam. seakan suruh aku ambil.
lama otak aku ni proses.
eh dia ni sape,
tetibe je datang,
dia nak jual ke apa tasbih tu?
last-last aku pandang mak aku.
mak aku kata ambik lah tasbih tu dia bagi.
ahah lambat pickup betul. ambik, terus cakap syukran.
dia bagi mak aku satu yang warna putih.
terus pergi.
terdiam sekejap aku.
dalam beribu manusia, dia boleh pilih aku, untuk dia hadiahkan tasbih tu. kenapa tidak orang lain disekeililing ku.
aturan Allah. tak tahu apa Allah nak sampaikan.
cuma dah berbulan balik Malaysia baru mak aku kata,
Dia nak suruh kita banyak zikir tu.
oke
deep mak.
kalau pergi umrah yang dulu,
aku dapat ibrah supaya baca quran banyak-banyak,
tapi kali ni,
setelah 3 tahun takpergi,
ini ibrah yang aku dapat.
Banyaaakkan berzikir.
wallahu'alam.
Comments
Post a Comment