'Eid part2

Bismillah.

Seriously, nak lawa kena tekan view web version.

*gelak sensorang.
Ok.
Behave.

Mesti. Ramai yg bash lepas habis baca post ni.

---------

Antara hari-hari yang perempuan takleh tahan nafsu nak berlawa, berhias berlebihan dengan erti kata lain, bertabarruj ;
1. Hari Raya
2. Majlis perkahwinan
Seakan hari-hari itu 'halal' untuk bertabarruj.
Quoted- 
---------



"Eh asal kau tak tegur dia tu tadi bertabarruj ( berhias berlebihan )lebih sangat tu. Setakat mekup ala kadar biasa okey lagi.. Aku tak mampu nak tegur tadi. Lemah gile iman weh, kau kan kenal dengan dia minta kau tolong tegur dia. Lagipun aku bukannya kenal sangat dengan keluarga dia.."

"Ehhh kau jangan nak sebok hal anak orang lain boleh tak? Mak bapak dia ade en tadi."

Nganga besar jugak lah mulut dengar dia cakap camtu. Orang yang selama ni kalau berbual memang pasal agama je dengan aku.

Memang islam ajar supaya tak terlalu menjaga tepi kain orang duk sibuk kehidupan rumah tangga orang lain.

Tapi kalau bab mencegah kemungkaran?

Haaa.

Sori ah direct sikit post ni.

Memang aku sedih giler tengok trend tabarruj kat m'sia nih ahaha.

Saya perempuan.
weh,
Obviously, kuttt.

Saya perempuan. (perlu ke nak ulang lagi?)
Ye, dan saya memahami dan tahu,

Perasaann (*bukan perasan tau! baca betui-betui) nak menarik, nampak cantik, orang pandang, suka bila orang tegur, cakap lawa la nak tunjuk semua bende kat satu dunia (macam dia sorang je perempuan kat dunia ni. ok. jap cam over sikit hahaha.)

Yes, perasaan tu aku pun ada,
Aku pun ada.

opps, jap jap. Baca sampai habis dulu. Bukannya aku kata takleh melawa, cantik berhias bagai.
Tak tak. Sabar ye, anak-anak.

Ikut garis panduan Islam lah.
Islam dah garis dah semua.
Kata islam is the way of life bagai.

Herm?.

Yang paling takleh terima bila budak sekolah agama pun sama: make up, gincu berlebihan pergh.
okey, okey diorang pun manusia kadang iman naik turun kau dah pergi tegur dia privately ke?

okey, tak sekarang aku tegur umum.
tak khusus pada sesiapa cuma budak sekolah agama,ramaii en.
dan bukan sahaja pada budak sekolah agama je.

bila kata perempuan Islam, kena lah ikut apa yg Islam suruh en?

Nampak sangat tak yang tujuan sebenar menutup aurat tu dah tersimpang jauh.?

okey lah aku tanya.
Apa tujuan sebenar kita menutup aurat?
(drop comment below)

------------

Rasa nak tulis banyak lagi,
tapi tetibe rasa takleh nak move lebihhh,
rasa nak stop kat sini lah.

ouh ya, lagi satu,
tudung cukup labuh dah,
tapi make up tu yang tak tahan..

ibarat apa yang Allah dah sedia ciptakan kat muka kita tu, tak lawa ke?

Wallahu'alam


-----------

Ya Allah, mohon kekalkan aku, keluar dari rumah dalam pakaian yang Engkau redha.

Comments

Popular Posts