Kerepek.

Bismillah.

Ouh perasan tak aku dah lama tak update, pastu tetibe banyak pulak post aku en.

Mestilah ade sebabnya tetibe rajin pulak nak update kan

Ok, kat sini start ceritanya.

****

Family aku jenis tak beria plan raya nak balik kampung mana-mana bila semua bagai.

Just, ikut je perintah ayah. Sami'na wa ato'na. Kami dengar dan kami patuh.

Satunya, sebab taknak kemanisan beribadah hilang begitu saja sebab plan bagai nak rak untuk balik kampung beraya, lagi-lagi lah akhir ramadhan kott.

Kemas baju barang untuk raya dah ambik masa berapa jam sebenarnya boleh khatam dua tiga juzu'.
Sedih.

Jadi, biasanya petang last ramadhan atau kadang-kadang malam raya baru balik kampung. Dekat je jem pun tak so tak risau lah kannn

So, haritu ptg last ramadhan ayah kata jomm, so kitaorg time tu baru nak kemas en.

Selain baju, bla bla, aku mesti akan bawak Quran (ni ofkosss) dengan satu buku.
Jadi, biasanya target laa habis kan baca perjalanan pergi balik, selain daripada murojaah hafazan.

So, kali ni nak cepat, pastu fikir nak balik kmpg nak tunjuk kat sepupu bawak lah buku ringan-ringan sikit, bukan buku fikrah bagai.

Buku pilihan kali ini, Esc. Budak Tomato.
Ha? Ape?

Tak kenal?

Herm. Takyah kenal. Memang dia taknak orang kenal dia pun.

okey, so aku pun bawaklah buku Esc, sebagai peneman sepanjang perjalanan balik kampung. (sepatutnya bawak dua buku sbb kejap je dah habis dah baca ahaha. takpe, Allah suruh baca quran banyak tu..)

Sebenarnya aku nak cerita ni je,

yang jadi inspirasi aku nak tulis post banyak-banyak ni adalah selepas aku habis baca buka Tomato.

so, itu je poin dia.
kalau anda nak rasa semangat semula untuk menulis blog, bacalah buku yang membuat anda terinspirasi untuk menulis

sekian,
tu je poin post ni
asal panjang berjela introduction dia
heih.

Comments

Popular Posts