Coretan 2

Bismillah

Malam kedua.

Acah nak study kat bilik [yes. Pelajar cemerlang memang cni plss. Hahha riyak detected kali kedua] sekali tertidur. Ye lah ikut waktu m'sia lagi ni lepastu dalam bilik aircond sejuk. Haih.

Jangan acah sangat boleh lawan nafsu tu.

------

Hari ke3 , Subuh

Ahhh. Aku dah mula rasa rugi sebab semalaman hanya dibilik. .
Jadi, Subuh ini aku ikut ke Masjid duduk di luar. Sekali lagi, air mata mengalir ketika azan. Allah.....dekatnya aku dengan Rasulullah...

Imam membacakan Surah Mutoffifin, menghayati  beberapa ayat yang boleh difahami secara bahasa. Kalau Surah Al-Mutoffifin ni pasti aku teringat satu cerita dalam buku #Henshin oleh Aimaan Banna cerpen tajuk Abrar. Sedih citer tu. Kisah benar aku rasa.

Inspirasi dari ayat dalam Surah Mutaffifin tu. Aku nangis start ayat إن الأبرار لفى نعيم [dayana, boleh la kut baca part ni je dalam buku #Henshin tu heheh]

Habis je solat, ade dua orang Makcik2 arab, berbual ape ntah tapi yang pasti aku dengar diorang sebut "Imam baca Surah Al-Mutaffifin" haa gitu lah.

---------
7:30am

Ziarah Masjid Quba', Masjid pertama dibina okeh Nabi selepas sampainya Nabi ke Madinah. Masjid yang dibina atas dasar ketaqwaan. [boleh cari dalam ayat Quran cerita ni. Cari sendiri jangan malas sangat bukak Quran pls Ramadhan dah kan]

Pahala pergi ziarah Masjid Quba' ni ade disebut dalam hadis ;

Lebih kurang camni lah bunyinya : Siapa yang keluar dari rumah dalam keadaan berwudhuk, kemudian solat dua rakaat di Masjid Quba', maka baginya pahala satu umrah.

Disebabkan janji pahala sebegitu maka Masjid Quba' ni sentiasa penuh dengan orang ramai terutamanya hari Khamis, sebab hari Jumaat pakej2 tak ziarah Masjid Quba' kerana persediaan untuk solat Jumaat.

Dan juga hari Sabtu ramai kerana mengambil sunnah Nabi yg diriwayatkan sentiasa datang ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu.

--------

Zuhur,

Keluar je hotel ahhh okey, dah rasa dah bahang kepanasan Ramadhan tu.
رمضان ، رمضان ، رمضان يا حبيب

Aku sempat tidur sementara tunggu azan zuhur. Luls.

Dalam masjid sejuk aircond so sebab tu lah kut ramai berebut nak masuk dalam selain fadhilat dia lebih besar. Luar tempat aku tidurduduk ni memang panas tapi redah je lah.

Bangun, ade sorang makcik Arab ni, letak barang sebelah aku, solat tahiyyatul masjid. Lepas habis, dia yang bagi salam dan mulakan perbualan dengan orang sebelah kanan dia, ouh Arab jugak memang berbual habis lah depa ni. Sekali, dia pandang aku, perbualan pertama selepas bagi salam mestilah " Kau pandai cakap arab? "

Aku cakap sikit -sikit je. Pastu makcik ni jenis apa2 yg dia cakap semua puji Allah, semua doa.

Alhamdulillah, dia kata.
Pastu dia tanya " Awak dari Pakistan ke?" Err maaf makcik tekaan makcik salah sila cuba lagi . Luls ok tak. Hahaha. Aku cakap Malaysia, dia ambil masa sikit nak ingat Malaysia yg mana eh? Last2, dia angguk je lah.

Pastu dia tanya nama, pastu dia puji lagi, nama yg baik, nama yg cantik nama isteri Nabi Muhammad s.a.w.

Dia sambung berbual dengan makcik arab sebelah dia, yang aku faham :
"Udara panas, tapi kat hari kiamat nanti lagi lah."

Ok deep makcik.

Pastu dah azan, tak sempat nak tanya dia dari mana, tapi nampak kat bag dia tulis Casablanca. Balik tu terus tanya kat mak aku, mak aku kata Tunisia 🇹🇳 tu. Ouhh.

First time k orang kata aku dari 🇵🇰 Pakistan.

---------

Sebelum nak balik, sorang lagi makcik arab tegur,

Dia tanya : awak orang cina? [hahahaha ni dah biasa dah dulu pun ade je yg agak kitaorg ni cina :) sebab dia tengok ibu aku, sepet dan muka putih]

" لا لا لا ، ماليزي "

-------

Balik je kepala terus pening mungkin sebab panas dan mungkin jugak hormon. Last-last tidur sampai orang habis bagi salam soalt isya'.

Aduii so dah membazir dua malam tak pergi masjid. Cuti lah katakan.

Esok, Jumaat lepas solat Jumaat nak gerak gi Mekah dah. InsyaAllah. Kalau sempat terawih di masjidil Haram

----------


11pm
Hotel Safaraa' Al-Huda
سفراء الهدى
مدينة المنورة
٢٩ شعبان ١٤٣٨ه

Comments

Popular Posts