Coretan hari 1

bismillah.


hah. tahu dah kenapa kawan aku ckp dia menyesal sbb tak bagitahu kawan2 dia yg dia pindah sekolah.

aku dah rasa dah perasaan tu.

aku ade sebab. and tapi kecewa gak ah. terkilan sedih gak. ha lain kali habaq mai awai-awai. lol. betul ke ni.

-------

semua orang nak. sape yg tak nak. bulan paling mulia di tempat yang paling mulia.

paling semua org nak. Alhamdulillah itu impian ibuku sebelum dia semakin tua dah takut nanti bila takde kemampuan nanti susahkan org lain, jadi masa sihat ni mari lah. 

and aku harap tiap-tiap tahun pls. 

-------

jangan leka, tumpu pada ibadat 100% . aku update post ni pun sebagai coretan takut aku terlupa segala nikmat yg Allah bagi pada aku ni.

dulu pergi mekah madinah tak tahu pun ape berita di m'sia. aduh

itulah ujian beribadat di mekah madinah era kini.

aku sedih, sangat dekat dengan Nabi di sini, tapi perangai kita ibarat Nabi tak pernah ajar kita berakhlaq mulia.

aku hiba, Nabi sangat dekat dengan kita di sini tpi mengapa masih bertengkar bergaduh, bukan kah Nabi dtg pada kita ajar tentang kesatuan hati.

Allah, wahai Nabi, lihatlah betapa ramainya ummat mu harini dtg menziarahimu, tapi mafkan kami, kerana masih lagi kurang dan culas malah malas dalam mengamalkan ajaranmu.

-------

sampai je terus ABC, takpe Alhamdulillah 'ala kulli hal. aku dah doa sebelum pergi, beri masa yg terbaik. makq ini lah, apa yg Allah dah tetapkan. 

baru sahaja berniat nak ziarah Nabi banyak kali umrah yg ke5/6 ini. 

tapi, hanya mampu ziarah dari luar, walaupun tak sama perasaan ziarah di Raudhah, namun cukuplah mengubat rindu ini. lain. lain sangat, tidak se hiba aku menziarahimu dalam Raudhah, ya Rasul.

tatkala azan berkumandang, aku terkenang kisah Bilal, yg menangis ketika melaungkan azan menyebut namamu, bagaimanakah agaknya keadaan ketika itu? tidak dapat aku bayangkan. 


-------

duduk di barisan belakang sekali, datang seorang makcik arab datang duduk sebelah, selesai dia solat sunat tahiyyahtul masjid, aku beri salam menyapa. kemudian dia tanya, pandai cakap arab? aku kata sedikit2 saja. dia minta aku jagakan barangnya dia nak kedalam masjid,ambil mushaf quran.

kemudian, dia keluar, katanya semua mushaf sedang digunakan, ouh takpe lagipun dah nak azan.

rupanya dia dari mesir. dan bermula lah aku cerita pada dia.

walaupun dia cakap menggunakan bahasa pasar, sbb dia duduk di kawasan kampung, maka nak faham tu macam itik dan ayam sikit, sikit je lah.

bila dia nampak aku peganga mushaf quran, dia pun tanya aku hafaz Quran ke? sebab aku tak buka Quran tapi mulut aku terkumat-kamit padahal aku tengah selawat. jalan je lah. 

aku angguk, orang arab ni respek sangat kalau kita hafaz Quran siap doa supaya Allah tambah lagi ilmu kat kita, tapi soalan paling best

"awk faham ke apa yg awk hafaz?"

as expected, most of arab-arab akan tanya camtu.

aku cakap ade terjemahan bahasa melayu, dia masih takleh terima dan tanya aku ada belajar tafsir? aku kata ada. masih dalam pembelajaran.

------

ahhh, cita-citaku memahami dan fasih bahasa arab, perlu diteruskan. 

terima kasih, makcik! insyaAllah jumpa lagi :')

sekarang, lepas Asar, ma'thurat jom!~


Comments

Popular Posts