Kongsi buku : Penjara - Najmi Fetih

Bismillah.




In Sya Allah harini nak share tentang novel ni.

novel ni, novel kedua yang penulis ni tulis.
pada umur yang sangat muda, aku rasa memang osem sangat lah dia dapat tulis novel macam ni.

komen aku, tak sesedih novel Kerna Syurga Bukan Percuma. 
tapi, mesej sangat mendalam.

gaya penulisan dah semakin mantap.

haa. ye. Novel ni bagus sangat lah untuk orang yang persan diri tu dah bagus sangat. (kembali pada diri aku jugak kut)

Keikhlasan seorang sahabat. Cuba bayangkan ada seorang sahabat yang memang kau thiqah (percaya) dengan agama dia, kira kau anggap dia ni tahap malaikat lah, tapi akibat sesuatu berita yang dia ada buat satu kesalahan yang ntah dari mana datangnya berita ni, lalu kau terus tak bagi peluang langsung kat dia, sangka buruk, tak periksa dulu, terus hukum dia, akhirnya kau yang akan kehilangan seorang sahabat yang sangat baik, dan kau yang rugi akibat perbuatan kau tu.

lagi, tema tentang mata. haaa? mata? hahah.

okey, Allah bagi kita dua mata.
satu untuk... lihat kelemahan diri sendiri, satu lagi untuk lihat kebaikan orang lain.

tapi apa jadi kalau kau gunakan mata tu secara salah, dalam erti kata lainnya,

untuk,

Lihat kebaikan diri, dan satu lagi untuk lihat kelemahan orang lain?

nak tahu? bacalah novel ni.

ouh ye,
aku belajar satu poin penting dari novel Penjara dan novel Kerna Syurga Bukan Percuma,

iaitu ;

Jangan rasa diri kau hebat, walau amalan kau yang fardhu mahupun yang sunat kau buat.
Jangan rasa orang yang berdosa maksiat tu jahat, kan lebih baik doakan daripada mengumpat?
kadang mereka tak tahu, kadang mereka leka lalai dengan dunia, kadang mereka menunggu orang untuk menarik mereka semula mendekati Allah.

jangan pernah merasa senang dan selesa dengan dunia sebab hakikatnya tempat asal kita kat syurga.

minta maaf banyak-banyak kalau ulasan buku aku ni ntah hape-hape, kan akau dah cakap, anda semua kena beli, baca sendiri, nilai lah sendiri.

nilai yang ada pada novel Penjara lebih kepada bersangka baik.

erm ape lagi eh?


tu je kut aku rasa. nanti kalau ada apa-apa nak tambah nanti aku buat post baru lah.

Wallahu'alam

Comments

Popular Posts