Kongsi buku : Suamiku Dajjal - Aiman Banna
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا -
- 25:74
Bismillah.
Buku ni dah lama beli. Waktu pesta buku hari tu, tapi disebabkan oleh beberapa komitmen lain, maka aku tangguhkan sebentar hasrat nak baca buku ni walaupun dia punya keinginan tu menggunung tinggi sebab ni novel first yang penulis ni tulis, so nak mendalami gaya penulis ni tulis en.
Tapi jadi tak excited sangat bila aku baca novel ni sebab kawan aku yang dah baca dulu, dia dah bagi sedikit spoiler yang Encik Kopiah dan watak utama adalah............
So aku sama dengan DayanaZawani ni, buku first Aiman iaitu #Henshin sampai tertido-tido aku baca [luls dah macam baca buku sejarah?] tapi aku baik sikit ah, aku gagahkan diri baca buku tu sampai habis sebab last-last ada komik sikit dengan cerita pasal Abrar, serius cerita Abrar ni terkesan sangat kat diri aku, mungkin sebab last-last tu Abrar...[spoiler kali ke dua]
.
Bila aku cerita kat kawan-kawan aku pasal Abrar ni, diorang duk cakap nanti nak bubuh nama anak Abrar lah... aduii.
jadi, siapa belum baca cerita Abrar dalam buku #Henshin sila baca ye.
.
Walaupun aku dah dapat sikit ah spoiler untuk novel Suamiku Dajjal ni tapi, still aku tak tahu kenapa perempuan ni gelarkan suami dia Dajjal, dan bila aku tahu, memang macam nak nangis, actually dah nangis dah pun. haha over kan aku novel camni pun nak nangis.
.
Sinposis nya, novel ni menceritakan tentang Anis Safia yang hobinya membaca novel sehinggakan dia impikan hidupnya seperti watak-watak dalam novel yang dibacanya,
Sampai lah suatu hari, dia kahwin tak lama lepastu jahiliyyah suami dia zaman dahulu kala dia dapat tahu, dan dia rasa sangat tertipu dengan kesolehan seuaminya yang sekarang haaa gitu lah.
.
tapi ending dia, aku banyak gelak. haa.
Jadi, pengajarannya novel ini tersangat lebih baik daripada novel-novel cinta yang lain, yang langsung tiada manfaat, malah kalau dibaca semakin layu.
Apa yang aku dapat ialah;
1. Iman yazid wa yanqus, Iman yazid bil amal soleh.
-Iman tu menurun dan menaik, naiknya Iman dengan amal soleh dan turunnya Iman kerana kurangnya amalan soleh.
2. Sahabat yang soleh ini memang tak boleh tak nak, kita memang kena sentiasa bersama dengan sahabat yang soleh, Weh, tak kan nak masuk syurga sensorang?
3. Semua orang ade jahiliyyah masing-masing tersendiri tapi kalau Allah boleh terima taubat hambaNya kenapa tidak kita?.
****
"Novel first Aiman, kan"
"Haah"
"Dia suka banyak ulang setiap scene"..
Hee :]
okey je, worth baca.
4/5 bintang.
***
Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment