Semoga kuat


"Maaf, Ustaz. Hari ni ana hantar dua maqra' je." Ada nada kesal pada kata-katanya.

 Satu maqra' lebih kurang dua muka atau dua muka surat setengah.

"Haa takpe takpe boleh mulakan.. lagipun Surah Hud ni memang Nabi sebut dalam hadis sehingga beruban rambut Nabi untuk menghafal surah Hud."

Ternganga dia seketika.

"Ermm sebab susah nak hafal ke?"

"Nabi ambil masa yang lama untuk menghafalnya.."

Ouh..

------

"Sebenarnya Ustaz cakap macam tu nak perli en." -Puan I

Hehehegegee sengih macam kerang busuk.

Bukan dia tak tahu, masanya selalu dihabiskan untuk apa.

Dua tiga hari nak tasmi' barulah terkocoh-kocoh membelek AlQuran dan mengulang.

Allah,
Bukan dia tidak tahu,
Apa balasan orang yang sengaja tidak berusaha mengingati semula hafazannya.

Moga Allah lindung.

------

Orang yang menghafaz,

masanya tidak boleh sama seperti orang yang tidak menghafaz,

Tika orang lain berehat,

Dia tidak boleh berehat terlalu lama,

Dia perlu mengulang hafazannya,

Supaya tidak terlupa,

Supaya hafazannya terjaga,

Kerana masa sungguh berharga.

-----

Wahai diri,

Moga tangan lebih kerap ambil, pegang dan buka AlQuran lebih dari handphone,
Moga hafazan kau terjaga.

Itu tanggungjawab untuk Ummah.




Comments

Popular Posts