Kongsi buku : Ainul Farihah - Anugerah Teragung Dari Tuhan

Bismillah

Haaa, panjang kan nama novel tu hehe.

Kalau baca depan orang memang pelik la sebab akan ade satu cover tu terbalik




Anugerah Terangung Dari Tuhan (ATDT)
Penulis : Ainul Farihah & Nur Afirah
(dua penulis, dua cerita gais, tu yang cover depan belakang dia terbalikkan je)
Harga : RM30 tapi haritu beli kat Pesta Buku Mara so dapat diskaun RM5
Ketebalan : 391 m/s

Intro sikit; Penulis novel ni iaitu Ainul Farihah ialah salah seorang penulis novel yang aku minat la. Lepastu kagum cuba bayangkan novel pertama yang beliau tulis iaitu Vehan : Satu Cerita, ditulis ketika beliau sekolah menengah! (ok sila teruja dari jauh!)


beg tu yang besar haha

Yang bestnya, setiap novel yang Ainul tulis, mesti ada tema yang berkaitan dengan satu nasyid tu. So kalau memang nak feel baca sambil dengar nasyid-nasyid yang dia sebutkan. Perghh memang menusuk.

Tapi kali ni, bukan aku yang akan reviu buku ni, tapi kawan aku. hehe (dia paksa rela tauuu)


so ni lah dia, ambil gambar ni pun kena paksa haha
***

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Amrullah Khairi yang dahulu hidupnya penuh dengan perkara² yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, membuli dan lain-lain. 

Dia melakukan semua itu kerana ingin mendapatkan perhatian dari keluarga yang menetap di luar negara. Dia merasakan bahawa dirinya kekurangan kasih sayang dari keluarga yang jarang sekali pulang ke Malaysia utk melawatnya. 

Perubahan seorang Amrullah ini bermula dari sekolah agama yang kuat bi'ah (suasana) solehahnya. Dia dihantar oleh bapanya selepas di'kantoi'kan kes peniruannya padad peperiksaan besar yang lepas oleh kawannya sendiri , Imran Fatih. (kalau korang baca Vehaen, korang akan kenal siapa Imran Fatih ni.)

Amrullah seorang yang sangat² minat pada muzik dan seorang yang sangat² menghayati lagu dengan mendalam. Perkenalan Amrullah dengan sahabatnya Adam Ezuddin (ataupun lebih dikenali sebagai....takleh sambung nanti spoiler heheh) dan rakan-rakannya menjadikan Amrullah kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik. 

Sepanjang Amrullah melakukan aktivitinya bersama Qa'id dan rakan-rakannya dia memperlajari sesuatu tanpa dia sedar. Amrullah lebih cenderung kepada nasyid² yang telah diberikan oleh rakannya, Anas. Dengan itu dia terus menerus mengahayati setiap bait lirik nasyid yang ada pada mp3nya. (bawak mp3 gi sekolah senyap-senyap bhaii, sape pernah buat camni hahah.)

Akan tetapi persahabatan antara Amrullah dan Qa'id terganggu apabila Amrullah terlalu sibuk dengan musyawarah MPP (Amrullah jadi MPP?MEsti tak percaya :P) sehinggakan dia terlupa (paling tak sangka kutt part ni aduiii) tarikh perpindahan Qa'id disebabkan masalah kewangan yg dihadapinya.

Perubahan Amrullah ini lebih kepada memerhati dan bertanya kepada yang lebih arif apabila dia sendiri tidak memahami sesuatu. Dia tidak terlalu bergantung kepada sahabatnya, Qa'id sepenuhnya.

****

Aku kalau baca novel Ainul mesti ade part tu gelak sensorang. Hermm..
Okey, haa tu je lah kut.

Jadi, novel ni ada kaitan tau dengan novel Vehaen, siapa tak baca lagi aku sarankan baca dua-dua. Sebab best!

Dan novel ni menyedarkan aku la sebab Qa'id ni dia hafal Quran, and dia tak tinggal pun hafalan dia, pastu bila dia pindah sekolah biasa, dia struggle sorang-sorang sebab takde kekuatan dari sahabat untuk buat semua benda kebaikan yang dia selalu buat waktu kat sekolah agama.

Tambah pulak dengan masalah keluarga yang dia hadapi. Adik dia yang tak menjaga pergaulan dan pakaian ketika di luar, ayahnya yang tidak bekerja, neneknya yang menghidap sakit dan terlantar di rumahnya.

Jadi, bagaimanakah Qa'id menyelesaikan masalah yang dihadapinya dalam keadaan dia masih lagi bersedih kerana terpaksa berpindah dari sekolah agama. haaa nak tahu kena lah baca! heheh.

Dannn lagi satu aku suka part yang mula-mula Amrullah dah makin rapat dengan kawan-kawan Qa'id, waktu tu diorang main satu game ni dekat asrama.. perghhh, waktu tu Amrullah dilantik jadi ketua tanpa dia kenal sesiapa pun dalam kumpulan dia sebab dia memang tak rapat dengan orang pun. Mula dari situ lah yang dia dapat rasakan kemanisan ukhuwwah walaupun waktu tu diorang semua tak kenal pun Amrullah dan Amrullah pun tak kenal diorang.

Haaa, nak tahu game tu macam mana, boleh laaaa beli dan terus baca!

***

Rating : 5/5 pergh
Siapa yang macam ade perasaan tak suka kat sekolah agama tuuu boleh kut baca dan lihat sendiri wujud tak sebenarnya watak-watak dalam novel tu. last sekali Ainul ada hurai panjang.

Wallahu'alam.

Comments

Popular Posts