Kongsi buku ; Hilal Asyraf - Hikayat Satria-Satria Sejati

Bismillah.

"Ada pilihan ketiga Ishmakil. Yakni menjadi penghalang buat mereka."
-Ryuken Ishiidai
[Epilog Hikayat Satria-Satria Sejati]

Sila sengetkan kepala

Haa. Ayat epilog terus en aku bagi. Muehehe. Sebab tak sabar nak tahu sambungannya bila baca kata-kata Ryuken ni. eish. akan ada lagi sambungannya lima siri paling banyak, paling sikit tiga siri perghh

Tajuk : Hikayat Satria-Satria Sejati Generasi Baru
Penulis : Hilal Asyraf
Harga : RM30
Ketebalan : Siapa tak suka baca novel tebal hermm harap anda cuba 
juga untuk habiskan baca ye! hehe (482 ms) 
Cara nak dapatkan : Follow dan terus order kat HilalAsyraf
atau boleh walk-in kat ImanShoppe
 ______________________

Intro je yang atas ni. hehe.

Mari kita mula. Bismillah.

Pada asalnya aku nak buat post ni bila dah habis baca kesemua novel baru dari Hilal Asyraf, sebab malas nak buat post banyak, nak sekali kan je semua buku Hilal dalam satu post, tapi disebabkan kawan aku nak cepat baca review daripada aku maka aku pun buat la post ni.

***

Ehem, aku memang follow dan sangat meminati penulisan Hilal Asyraf sejak zaman novel VT sampai la sekarang. Bila aku susun buku kat rak, buku paling banyak ialah buku Hilal Asyraf.

Mula aku baca novel dia ialah Sinergi, tak ingat macam mana. Tapi, waktu tu kirim kat kawan yang pergi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL), mula dari situ, aku promote kat kawan-kawan aku sampai hampir satu batch baca novel Sinergi tu. [gigih en, nak bagi gak kawan-kawan aku rasa feeling novel tu]

Okey, lepasni boleh la kut buat post lain khusus untuk novel Sinergi ni. hehe, tapi untuk pengetahuan anda semua(skema nya lol) novel-novel lama Hilal dah tak dicetak tapi akan diulang cetak versi baru, ada penambahbaikan dan sebagainya, jadi tunggu dan sediakan duit sahaja lah ye! hehe (takpe je guna duit untuk kebaikan en?)

Jadi, siapa kat sini suka tengok anime atau baca manga One Piece! 

"Saya, saya."

haha ok.

Korang mesti tak percaya en aku layan gak anime. haha. Aku layan One Piece sebab tu cerita lama kut dari sekolah rendah lagi dah wujud dah cerita tu. Jadi, One Piece ni cerita tentang seorang budak yang keluar mengembara untuk mencapai satu cita-cita, jadi sepanjang pengembaraan dia akan menjumpai pelbagai manusia, menempuhi pelbagai halangan cabaran dan sebagainya bersama dengan sahabat-sahabatnya.

Jadi, kaitannya dengan novel Hikayat Satria-Satria Sejati ni ialah, novel ni boleh dikatakan sebagai  One Piece versi islamik. hehe selamba aku je en. siapa peminat tegar anime ni, anda boleh kaitkan watak-watak dalam novel ni dengan watak dalam anime OP

Bukan sahaja kaitkan dengan watak dalam anime, tapi beliau(erm beliau ke eh?) mengaitkan dengan cerita para anbiya' terdahulu. Sebagai contoh, dalam novel ni watak utama iaitu Ariki dan juga watak Lutello ada persamaan dengan cerita Firaun yang membesarkan Nabi Musa sebagai anak angkat. (secara tak langsung anda boleh teringat semula cerita dalam AL-Quran, tetapi dengan teknik penceritaan yang baharu.)

Dalam novel Takdir juga ada tapi aku rasa nanti aku cerita dalam post lain kut hehe.

Serius, aku sangat kagum dengan penulisan sebegini yang menjadi alternatif kepada karya-kaya lain yang agak cliche. Kalau anda semua nak kan kelainan maka baca lah novel-novel Hilal Asyraf. Sesiapa yang minat genre action maka ini lah novel yang sesuai untuk anda. (Serius ayat tak boleh bla nya malam-malam buta nii) 

Dan siapa yang pernah baca Takdir 1-3, maka tema Novel ini adalah lebih kurang sama namun, ada sedikit perbezaan dari segi watak, tujuan pengembaraan dan sebagainya (mana aci en kalau aku sebut semua kat sini)

Antara kelebihan karya Hilal selain daripada mesej yang mendalam dan padu, boleh la aku nak katakan yang kalau baca novel dia kau akan rasa iman kau meningkat kalau tak banyak pun sikit. Lagi-lagi novel ni, dengan novel Takdir. Sejauh mana keimanan dengan keyakinan kau terhadap janji-janji yang Allah telah sebutkan dalam Al-Quran mahupun yang Allah telah sampaikan melalui kalam Nabi Muhammad.

Terutama nya akusesiapa antara kalian yang menghafal Quran, anda pasti akan sangat terkesan dengan watak-watak yang dalam apa jua situasi terus terkeluar ayat Al-Quran yang berkaitan dengan situasi watak tersebut sedang lalui. 

Dan ini antara sebab aku meminati karya Hilal. Kau akan secara tak langsung akan usaha untuk mengingati ayat-ayat Quran tersebut,  sebab nak rasa lebih feel situasi yang ade dalam novel tu.

Seterusnya, dalam novel ni banyak menyentuh dan menyedarkan tentang kelalaian umat Islam sendiri. Terutamanya tentang solat, Al-Quran dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian yang kadangkala membuatkan aku termenung dan berfikir panjang. Tambahan dalam novel ni, ada kaitkan sedikit tentang isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

"Sudah tidak ramai Muslim sepertimu. Yang aku jumpa , mereka hanya berpakaian sebegini kerana tradisi. Mereka tidak lagi benar-benar mengamalkan prinsip Islam. Sekurang-kurangnya itulah yang aku lihat di Wagangada."
-Jilani Wabiya, 'Pemberontak' Wagangada

Jadi, kalau nak tahu pengembaraan Ariki, mengapa dia keluar dari Istana, dan bersama siapa dia mengembara dan apa tujuan dia mengembara walaupun dia boleh saja bersenang-lenang hidup mewah dengan segala nikmat dunia di dalam Istana Lutello, maka segera lah dapatkan novel ini~

Bintang 5/5 walaupun pada mulanya nak berbelit jugak baca nama-nama watak alahh tapi korang rilek je hafal nama artis korea jepun opsss. Bila lagi nak hafal nama sahabat Nabi. tetibe.

Maaf la tak tahu kenapa ayat dalam post aku kali ni cam skema sangat. Huhu.
Wallahu'alam.



Comments

Popular Posts