Alasan.

Bismillah.

"Okey, ni huruf apa?"

Aku baru lepas tulis huruf ش kat whiteboard.

"Syiin"

"Ustazah, apa kata ustazah sebut huruf, lepastu suruh kita orang tulis kat depan."

Pandai anak murid mengarah/memberi idea kepada Ustazah nya. Wehehe.

"Haaa. Okey boleh. Sape nak mula dulu?"

"Dia. Dia."

"Okey, awak tulis huruf dal."

-------------------

Bukak radio. Lagu Suwaru Fil Quran.

Rindu kem hafazan.
Okey tetibe.


Sekolah.

Okey lately ni selalu citer pasal sekolah je kan.

Sebab dulu aku,

Pelajar.

Sekarang,

Pengajar.

Alhamdulillah.

Dulu sebelum habis sekolah, sebelum SPM. Waktu tyme form4/form5, memang tanam niat dalam hati bila ade waktu free lepas SPM aku nak datang sekolah.

Nak bantu apa-apa yang perlu.

Kadang rasa pelik jugak kenapa senior-senior dulu tak selalu jenguk pun junior yang kat sekolah ni. Sibuk bebenar agaknya.

Mesti korang dulu pun ada terfikir camtu gak an?.

Angguk je la. Nak nafikan pulak. hehe :P

And, sekarang. Bila aku dah menjadi senior yang meninggalkan sekolah a.k.a alumni, baru aku tahu macam mana perasaan senior-senior yang pada pandangan junior, senior ni dah tak nak jenguk sekolah dah ke?.

ehe. Jap. Sebelum tu nak ajak pembaca semua baca post ini.



Lepas habis SPM tu memang bukan nya tak nak datang sekolah. Memang rasa warghhh hari-hari nak pergi sekolah.

Tapi, aku ada banyak kekangan.

Paling-paling penting ialah, sebab sekolah aku dengan rumah aku jauh.

Jarak jauh. So, kalau takde event atau perkara yang memang sangat penting memang tak berbaloi jugak kalau sesaje nak datang.

Walaupun aku tahu, bila kata datang sekolah tu ofkos insyaAllah takdenya la buat bende sia-sia.

Kedua, komitmen.

Yeah.

Menjadi kelaziman (wahaha, lama dah tak buat ayat skema) memang dari dulu, abang-abang aku bila habis sekolah je memang mak aku suruh mengajar.

Even, ada yang tyme f3 dah start mengajar. *woa, sila kagum dari jauh.

Sebab tak nak bagi ilmu hilang.

Jadi, mula-mula tu rasa mcam bajet tak nak lah mengajar. Rasa macam malas  takde bakat nak mengajar.*bakat? mengajar perlu ada bakat ke?. hahah merepek je ayat.

Awal-awal tu, tolong ajar mengaji je.

Last-last, bila ada guru tak datang, aku kena ganti.
And, bila dah selalu masuk dalam kelas mengajar, rasa sayang kat anak murid tetibe je muncul.

Rasa, banyak bende ilmu nak beri dekat harapan ummah ni.
Banyak bende nak diperbetulkan.

Akhirnya, Alhamdulillah, tahun lepas berjaya aku mengajar hingga akhir tahun.

Eh jap. Mesti ada yang tanya kan.

Aku tak sambung belajar ke?

Eish, mestila sambung.

Kan ke menuntut ilmu tu satu kewajipan bagi orang Islam.

Tapi tak semestinya kalau kata sambung belajar tu mesti masuk Uni, Kolej atau Matrik kan.

Kan.

Kat rumah pun boleh sambung belajar.
Disiplin kena lebih la tapi.

Haa.

Kepada alumni yang berkesempatan atau yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjenguk sekolah maka aku tabik sangat-sangat.

Dan, kepada junior kat sekolah yang tertunggu-tunggu kedatangan aku.(perasan betui ada orang nak tunggu aku). Aku minta maaf sangat-sangat.

Sila manfaatkan masa bersama senior yang berkesempatan untuk datang jenguk sekolah.


Wallahu'alam.

Comments

Popular Posts