Rahmat Allah.
Bismillah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hari ni berapa Rabi'ul Awwal.
Yes, 17.
Dah tiga bulan lebih dah kita hidup dalam tahun 1436H.
Dah baca doa' bangun tidur.?
Ye lah aku kan tulis entry ni pagi. So, sape yang belum tu meh la kita baca. Tak rugi pun.
Malah ikut cara nabi lagi kan.
-----------------------
Hari ni rasa bersyukur sangat. Bukan bermakna hari-hari sebelum ni tak bersyukur.
Tapi hari ni rasa lebih-lebih bersyukur.
Sebab, Allah beri aku sahabat yang selalu ingatkan aku kepadaNya.
Mesej wassep masuk. Sahabat.
Dia kongsi ilmu yang dia dapat dari website mana ntah.
Minta link.
EzzahIslam.
Hampir lupa blog tu. Dah termasuk dalam readlist dah tapi tak tersempat nak baca.
Sebab readlist blog aku banyak sangat.
Moga Allah beri kelapangan masa.
Ouh ya, ni ilmu yang dia kongsi tadi.
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hari ni berapa Rabi'ul Awwal.
Yes, 17.
Dah tiga bulan lebih dah kita hidup dalam tahun 1436H.
Dah baca doa' bangun tidur.?
Ye lah aku kan tulis entry ni pagi. So, sape yang belum tu meh la kita baca. Tak rugi pun.
Malah ikut cara nabi lagi kan.
-----------------------
Hari ni rasa bersyukur sangat. Bukan bermakna hari-hari sebelum ni tak bersyukur.
Tapi hari ni rasa lebih-lebih bersyukur.
Sebab, Allah beri aku sahabat yang selalu ingatkan aku kepadaNya.
Mesej wassep masuk. Sahabat.
Dia kongsi ilmu yang dia dapat dari website mana ntah.
Minta link.
EzzahIslam.
Hampir lupa blog tu. Dah termasuk dalam readlist dah tapi tak tersempat nak baca.
Sebab readlist blog aku banyak sangat.
Moga Allah beri kelapangan masa.
Ouh ya, ni ilmu yang dia kongsi tadi.
Okay berdasarkan cerita dia atas dan pengalaman saya, ada 7 cara yang sumpah cool untuk menegur sahabat kita. In Sha Alah boleh diguna pakai untuk kedua jenis muslimah yang saya nyatakan diatas.
- Pilih seorang sahabat kita yang thiqah untuk memberi teguran.
- Ajarkan diri kita mendidik bukan mengherdik.
- Jangan buatkan seseorang berasa terhina dengan teguran kita. Mari ajar diri kita untuk buat orang rasa nak berubah, bukan rasa bersalah. Please, spot the differences.
- Pilih waktu yang sesuai untuk menegur.
- Memahami kedudukan orang yang ditegur.
- Gunakan sindiran yang bijak. Hati-hati menggunakan kaedah ini ya!
- Tegurlah sahabat kita dengan cara kita mahu ditegur.
Okey, terus dapat idea nak tulis apa.
Terima kasih Ya Allah!
Oh ya, sebelum itu. Ini cuma pendapat aku. Kalau aku salah tolong betulkan. Masing-masing ada pendapat sendiri kan.
Jadi, khilaf tu kan rahmat. Senyum.
Khilaf = perselisihan pendapat.
Kalau kita lihat (aish, apesal skema sangat ayat), banyak page fb yang mengajak atau mengingatkan kita kepada Allah.
Atau senang cerita page fb yang post bende-bende islamik.
Kan.
Tarbiah Sentap ke.
Pendakwah Cute ke.
Aku Bukan Suparmen ke.
Muharikah ke.
Taujihat jiwa ke.
Ruh baru ke.
Banyak. Sangat banyak. Sampai tak terbaca kadang-kadang.
Dan, masing-masing ada cara dan gaya penulisan yang tersendiri. Right?
Ada antara mereka, punya gaya penulisan style yang sentap terus masuk dalam hati.
And, ada yang tak setuju kan.
Ada yang lebih kepada cara mengajak ataupun memberi harapan.
Mereka ada sebab sendiri kenapa mereka guna gaya penulisan yang begitu dan begini. *ost Itu Ini Begitu Begini - Mirwana ft Altimet (tetibe)
Ini pendapat aku. Sekian. Kalau tak nak teruskan bacaan boleh padam je blog ni.
Guna pemadam kay.
Okey merepek kat situ.
Sebenarnya kan. *tarik nafas panjang*
Macam mana cara pun kita guna, alat apa pun kita guna, gaya penulisan apa pun yang kita guna untuk membawa kita semua ummat Nabi kepada Allah dan Rasul, pastikan yang paling penting niat.
Yes, niat ni bende yang memang tak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kita.
Perlu ke kena ingatkan lagi tentang bende basic ni? Niat.
Yes, perlu ingatkan sebab manusia ni kan pelupa.
Saya manusia juga.
Lagi satu, jangan kita lupa yang pegang hati kita semua ni adalah Allah.
Yes, Allah. (berapa banyak dah perkataan yes aku guna?) okey tak payah scroll ke atas semula just untuk kira berapa banyak 'yes' aku dah guna.
Kita nasihat cara sentap ke.
Kita nasihat cara lembut ke.
Kita nasihat cara macam mana pun.
Paling penting.
Paling penting.
DOA'.
Doa' kat Allah supaya orang yang kita nasihat kan, ataupun orang yang kita ajak kembali pada Allah tu terima nasihat dan terguran kita.
Aku ulang balik. Sebab yang pegang hati tu adalah Allah.
Dan beza la, cara kalau kita nak tegur secara umum, dengan cara kita nak tegur one-to-one.
Aku dulu ada jugak nasihat orang secara agak sentap sikit la.
And, yeah setakat ni aku tengok takde perubahan pun. Dari segi luaran la. Dalaman tak tahu la kan mana tahu dia tengah struggle untuk berubah ke arah yang baik kan.
And, manusia tak cukup kalau hanya diingatkan sekali je. Perlu berkali-kali. Supaya nasihat tu sebati dalam jiwa. Kan.
Tapi, betul jugak kan. Tak kan la, kita baca ayat Quran tentang orang Munafiq, tentang neraka jahannam tu kita tak terasa sentap?.
Ke. Memang tak terasa?.
Nastaghfirullah.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
[Al-Anfaal:2]
Paling sentap ayat ni.
Jap ada sambungan lagi.
"Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka."
"Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga)."
[Al-Anfaal:3-4]
Masalahnya, kita dah benar-benar beriman ke belum?
Sampai ayat Quran kita dengar watlek je.
Tak terpanggil pun.
Okey akun pun sama.
Cakap je lebih.
Jadi marilah bersama-sama.
Berjalan pimpin tangan sampai syurga. :D
Jap aku rasa perkataan 'kan' lagi banyak aku guna dari perkataan 'yes.'
Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment