Mana ruh istighfar kita.

Bismillah.


Mohon kepada yang belum istighfar harini jom sesame istighfar.

Nastaghfirullah.

Post ni ditulis dalam perjalanan nak balik kampung. 

Eish, tetibe takde idea.

Padahal sepanjang hari dah fikir dah hari ni nak tulis pasal ape.
Allah, mana pergi semua idea. 

Cakap tentang istighfar,

Teringat satu kata-kata ni, lebih kurang bunyinya macam ni la;

         Dalam istighfar perlu diistighfarkan.  

Mula2 tu buat muka pelik gak arr.

Tak paham.
Baca lagi sekali. Slow-slow.

Ulang lagi

Untuk kita yang lidah mudah je nak ucap istighfar.

Astaghfirullah.

Tapi otak ke mana, hati ke laut.

Lidah ucap istighfar, tapi hati tak ingat pun apa dosa yang kita dah buat satu hari ni.

Untuk kita. 

Harapnya itulah yg dimaksudkan oleh tuan empunya kata-kata.
Itu pandangan aku.

Dan ye, lagi satu. Aku lupa tu kata-kata sapa.

Sape yang tahu ingatkan dekat ruang komen. 

Rahmat Allah tu lebih luas tahu.

Pengampunan Allah tu lebih banyak lebih luas, dari dosa yang kita dah buat.

Tapi, kalau minta ampun pun main-main, tak sungguh, ingat Allah nak bagi macam tu je ke?

Okey.
Sama-sama ingatkan kalau ternampak aku istighfar tanpa ruh.

Sila. Dialu-alukan sangat. Sbb taknak jadi org yg rugi.

Wallahu'alam.
10:18 p.m
Traffic light merah,
Bandar Maharani,
Muar. 

Comments

Popular Posts